Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, June 28, 2013

Kapal angkasa China kembali ke Bumi

BEIJING - Kapal angkasa China, Shenzhou-10 selamat kembali ke Bumi semalam, menurut siaran stesen televisyen rasmi negara berkenaan.

Shenzhou-10 mendarat selepas melakukan misi angkasa lepas paling lama dalam sejarah China.

Membawa tiga angkasawan termasuk seorang wanita, kapal angkasa itu mendarat di tanah besar China selepas 15 hari berada di angkasa lepas.

Mereka berada di orbit bagi membantu Beijing mencapai matlamat membina sebuah stesen angkasa lepas kekal menjelang tahun 2020.

Rakaman stesen televisyen China menunjukkan Shenzhou-10 mendarat pada pukul 8.07 pagi (waktu tempatan) di kawasan padang rumput wilayah autonomi Inner Mongolia di utara negara itu.

Sejurus selepas kapal angkasa itu menyentuh Bumi, sekumpulan juruteknik bergegas untuk mengeluarkan ketiga-tiga angkasawan tersebut.

China pertama kali menghantar manusia ke angkasa lepas hanya pada tahun 2003 manakala keupayaan negara itu dilihat tidak setanding Amerika Syarikat dan Rusia.

Namun, Beijing bercita-cita tinggi menerusi program angkasa lepasnya termasuk misi menghantar manusia ke Bulan. - AFP

~ Money2Gold : Akhirnye barang made in china terbukti dah leh sampai angkasa hahahaha.

Thursday, June 27, 2013

Hujan Air Batu Selepas Jerebu

Rumah dihujani ketulan air batu



PONTIAN - “Saya dan anak bergilir-gilir melaungkan azan ketika hujan air batu secara tiba-tiba turun,” kata Ahmad Mahmud Jufri ketika menceritakan detik cemas apabila rumahnya di Kampung Parit Serong Benut, dekat sini, dihujani dengan hujan air batu, lewat petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut disertai dengan angin kencang dan hujan lebat selama hampir setengah jam.

Menurut Ahmad, ketika kejadian dia bersama isteri, Salbiah Malik dan anak mereka Masehor sedang berehat di luar rumah sebelum dikejutkan dengan kejadian angin kencang.

“Cuaca sangat cerah pada petang itu, tapi tiba-tiba saja keadaan berubah, memaksa kami sekeluarga masuk ke dalam rumah menyelamatkan diri.

“Tidak lama kemudian hujan turun dan kami dikejutkan dengan bunyi bising batu dibaling ke arah atap zink rumah,” katanya.

Katanya, bunyi kuat itu menyebabkannya sekeluarga berada dalam ketakutan kerana tidak pernah berhadapan situasi sedemikian sebelum ini.

“Kalau hujan lebat sebelum ini, atap zink tidak berbunyi kuat seperti itu. Kami juga tersentak dengan bunyi angin yang begitu kuat menyebabkan zink rumah bergoyang.

“Ketika itu, ketulan ais kecil seperti batu halus membolosi atap zink rumah dengan jumlah yang banyak,” katanya.

Bimbang atap zink rumah akan jatuh kerana hujan air batu yang semakin lebat, Ahmad terus melaungkan azan yang turut diikuti oleh anaknya agar keadaan kembali reda.

“Syukur hujan air batu berlaku hanya kira-kira lima minit saja, bagaimanapun kawasan ruang tamu rumah dipenuhi dengan ketulan ais kecil,” katanya.

Sementara itu Ketua Kampung Kawasan Tiga, Mukim Ayer Baloi, Mahadi Mahadan berkata, hujan air batu yang berlaku itu adalah kejadian pertama berlaku di sini.

“Sebanyak lapan rumah dari tiga kampung iaitu Kampung Parit Bujang, Kampung Parit Serong dan Kampung Parit Kasan mengalami kerosakan di bahagian atap zink rumah akibat hujan air batu, itu” katanya.



sumber:


~ money2gold : hujan batu nie tanda tanda akan disusuli oleh banjir besar pulok

Menteri L.U.C.A.H

Kenapa lah dia buat simbol jari tu agaknya?



~ Admin : Apalah masalah dia...hebat sgt kot...

Cara solat sunat Istisqa’ Minta Hujan

Solat ini biasa dilakukan bertujuan untuk memohon kepada Allah Taala supaya menurunkan hujan. Ini disebabkan kerana waktu kemarau yang panjang.
Antara perkara yang perlu dilakukan oleh para jemaah untuk solat ini ialah :
Puasa tiga hari, sambil itu bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan segala dosa dan kezaliman.
1. Pada hari yang keempat, semua penduduk disuruh keluar dengan berpakaian sederhana menuju ke tanah lapang. Di samping itu binatang-binatang ternakan juga perlu dibawa bersama. Maka pada hari tersebut semua penduduk disuruh supaya memperbanyakkan membaca istighfar.
2. Pada rakaat pertama sesudah membaca surah al-Fatihah bacalah Surah Sabbihisma Rabbikal A’la, dengan suara keras. Dan pada rakaat kedua pula dibaca surah Hal Ataaka Hadithul Ghasyiah.
3. Sesudah itu, khatib harus membaca dua khutbah, pada khutbah yang pertama dimulai dengan membaca Istighfar 9 kali dan pada khutbah kedua pula dimulai dengan 7 kali istighfar.
4. Sunnah memperbanyak membaca do’a minta hujan di dalam khutbah yang kedua, yang diucapkan oleh khatib (pengkhutbah) terkadang dengan jahir (suara keras) dan terkadang dengan sir (suara perlahan) menzahirkan harapan dari alunan suara. Adapun jika do’a itu diucapkan dengan jahir maka ma’mum mengucapkan “amin” dengan jahir pula, dan jika diucapkan dengan sir maka ma’mum berdo’a sendiri dengan sir.
i)Sunnah pada akhir khutbah yang kedua ;
1) khatib menghadap qiblat (membelakangi makmum)
2) Bagi khatib dan sekalian makmum membalikkan selendangnya (sorbannya) dengan menjadikan yang sebelah atas menjadi kebawah dan yang sebelah kanan menjadi kekiri.
3) kemudian berpaling lagi oleh khotib membelakangi kiblat pada akhir khutbah yang kedua itu.
NIATNYA
أُصَلِّي سُنَّةَ الإِسْتِسْقَاءِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat ististiqa’ 2 rakaat kerana Allah Taala.
DOA SOLAT ISTISTIQA’
الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِين . الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ مَالِكِ يَوْمِ الدِّيْنِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيْدُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ . أَنْتَ الْغَنِّيُ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ ، أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ عَلَيْنَا قُوَّةً وَبَلاًغًا إِلَى حِيْنَ .
Maksudnya : “Segala puji bagi Allah pemelihara alam semesta, Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Raja hari kiamat, tiada Tuhan selain Allah, Yang berbuat menurut kehendak-Nya. Ya Allah, Engkaulah Allah yang tiada Tuhan selain-Mu. Engkaulah Maha Kaya, sedangkan kami adalah papa, turunkanlah kepada kami hujan, dan jadikanlah apa yang Engkau turunkan itu menjadi bekal sampai beberapa lama.
DOA2 LAIN
اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا ، اللَّهُمَّ أَغِثْنَا
Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami, Ya Allah siramilah kami”
‏اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا‏ مُغِيثًا ‏ ‏مَرِيئًا ‏ ‏مَرِيعًا ‏ ‏نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Maksudnya : “Ya Allah siramilah kami dengan hujan yang menyuburkan dan yang baik kesudahannya yang bertapis-tapis yang memberi manafaat tidak memberi mudharat segera tidak berlambat-lambat”
‏اللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ وَأَحْيِ بَلَدَكَ الْمَيِّتَ
Maksudnya : “Ya Allah siramilah hambaMu dan haiwan-haiwan ternakanMu dan sebarkanlah rahmatMu dan hidupkanlah negeriMu yang mati”



Wednesday, June 26, 2013

Keluarga Kugan Menang Saman PDRM, Kerajaan Malaysia



Keluarga mendiang A Kugan – tahanan yang mati dalam lokap polis Subang Jaya pada 2009 – hari ini menang dalam saman sivil yang dikemukakan mereka ke atas polis dan kerajaan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan responden membayar ganti rugi RM751,700 kepada keluarga si mati dan RM50,000 lagi untuk kos lain.

Ibu Kugan, Indra Nallathamby, 43, pada Januari tahun lalu memfailkan saman sivil untuk menuntut kerugian RM100 juta dari kerajaan dan polis yang didakwanya melakukan “pembunuhan kejam” terhadap anak lelakinya.

Beliau menamakan Ketua Polis Selangor ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini ketua polis negara), pegawai polis Navindran Vivekanandan, Ketua polis Subang Jaya ketika itu, Zainal Rashid Abu Bakar (kini meninggal dunia) termasuk ketua polis negara ketika itu, dan kerajaan sebagai defenden.

Wartawan Malu Besar, Alat Mainan Seks Disangka Cendawan



Penduduk kampung dari Liucunbu, masyarakat luar bandar di barat China Xi’an, menemui mainan seks (sex toy) ketika sedang melakukan kerja menggerudi. Oleh kerana bingung dengan apa yang mereka temui, mereka pun menghubungi Xi’an TV station, yang terus menghantar wartawan wanita muda Yunfeng Ye ke lokasi kejadian.

Selepas membuat kajian, Ye pun mula mengulas dengan ayat “Kita boleh lihat ada sesuatu seperti mulut dan di sisi lain terdapat satu lubang yang menghubungkan semua jalan hingga ke hujung yang lain. Ia sangat licin dan kenyal seperti daging”. Ye mendakwa bahawa ia sejenis cendawan ‘Taisui’ yang jarang ditemui dan hanya tumbuh dalam keadaan tertentu.




Walau bagaimanapun, ramai penonton siaran itu yang telah menghubungi stesen TV Xi’an dan mengatakan bahawa misteri ‘cendawan’ itu sebenarnya mainan seks. Seorang pengguna telah menulis “Bagaimana anda tidak tahu perbezaan antara silikon dan kulat organik?” dan satu lagi menyatakan “Itu langsung tidak serupa seperti cendawan – adakah orang-orang stesen Tv ini tidak melakukan penyelidikan mereka?”

Pada hari selepas program itu disiarkan, pihak stesen Tv telah memohon maaf melalui Sina Weibo, sebuah laman web blog Cina.


~ Admin : wartawan tu tak pernah kenal kot benda ni..tu kata cendawan
siap ada payung tu,

Tuesday, June 25, 2013

MENGUMPULKAN KEKAYAAN DENGAN UNIT AMANAH DAN PRS?

kesinambungan dari Pelaburan Mudah Public Mutual

MENGUMPULKAN KEKAYAAN DENGAN UNIT AMANAH DAN PRS?



Sebelum ini saya telah berkongsi berkaitan tapi Public Mutual tapi tidak secara detail..nanti akan saya cuba buat kupasan secara detail..ok sekarang info dari laman web FIMM yang bertajuk Mengumpulkan kekayaan dengan unit amanah dan PRS. Dalam artikel ini akan diselitkan tentang pengurusan risiko dalam unit amanah, kepelbagaian, melabur menggunakan wang KWSP anda, bagaimana hendak memastikan kita mempunyai wang simpanan KWSP yang mencukupi untuk bersara dengan selesa, cara melabur dengan menggunakan simpanan KWSP anda dan Skim Persaraan Swasta (PRS).







Pengenalan



Para pelabur adalah digalakkan untuk melabur dalam tabung unit amanah untuk jangka masa panjang secara berterusan. Mereka tidak harus melabur untuk jangka masa pendek (sama ada dalam saham atau unit amanah) kerana ini hanyalah spekulasi. Setiap tabung unit amanah mempunyai tempoh matang yang ditetapkan. Ianya memerlukan masa dan usaha untuk mengumpul kekayaan dan memaksimumkan faedah daripada pulangan berganda. Lebih-lebih lagi kebanyakannya menyimpan untuk jangka masa panjang sebagai persediaan persaraan.


Kekayaan merupakan nilai aset yang dimiliki oleh seseorang, setelah ditolak jumlah tanggungan (nilai bersih), dan kebanyakan dari kita akan cuba mengumpul kekayaan sebanyak mana yang boleh selagi kita mampu bekerja. Ini akan meningkatkan lagi nilai bersih kita dari semasa ke semasa. Untuk itu, kita perlulah melabur dan menguruskan tahap risiko sewajarnya jika ingin memperolehinya.


Mengapa kita harus melabur dalam unit amanah? Pertama, pelaburan dalam unit amanah adalah untuk jangka masa panjang, ianya sejajar dengan strategi kita untuk mengumpul kekayaan. Kedua, pelaburan dalam unit amanah memberikan faedah untuk kita mempelbagaikan pelaburan, dengan cara ini kita “tidak meletakkan risiko hanya pada satu tabung”. Akhir sekali, tabung unit amanah diuruskan oleh pengurus dana yang professional dimana ia menyediakan saluran terbaik untuk kita mengumpul kekayaan melalui perkembangan unit amanah yang berterusan.




Pengurusan Risiko Dalam Unit Amanah


Sebagaimana yang telah dinyatakan, melabur tidaklah semudah yang disangkakan kerana setiap pelaburan mempunyai risiko yang harus ditanggung oleh para pelabur. Lebih tinggi potensi pulangannya maka lebih tinggi pula risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur. Oleh itu, para pelabur mestilah mengetahui toleransi tahap risiko mereka sebelum melabur di dalam mana-mana tabung unit amanah. Terdapat pelbagai jenis tabung unit amanah disediakan untuk para pelabur di mana setiap tabung itu mempunyai tahap risiko yang berbeza. Para pelabur perlu mengetahui tahap risiko yang harus dihadapi sebelum melabur serta menilai profil risiko melalui soal selidik atau melalui bantuan Perunding Unit Amanah mereka. Fungsi profil ini ialah untuk membantu para pelabur mengenal pasti tahap risiko yang harus dihadapi oleh mereka.




Kepelbagaian


Tabung unit amanah melabur di dalam pelbagai jenis pelaburan seperti saham, bon, komoditi dan lain-lain. Ini memberi faedah kepada para pelabur untuk mempelbagaikan pelaburan mereka. Dengan mengumpulkan tabung pelabur-pelabur, pengurus tabung akan melabur di dalam aset yang berbeza yang tiada kaitan langsung di antara satu sama lain. Dengan cara ini akan mengurangkan risiko dalam portfolio unit amanah tanpa menjejaskan faedah pulangan sekaligus mengurangkan risiko kepada para pelabur.




Melabur Menggunakan Wang KWSP Anda


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah institusi keselamatan sosial yang diwujudkan oleh undang-undang bagi memastikan warga Malaysia menyimpan untuk persaraan mereka, seperti yang telah ditetapkan kepada pekerja dan juga majikan. KWSP akan memastikan pencarum memiliki simpanan apabila mereka bersara. Malangnya kebanyakan mereka tidak memiliki simpanan yang mencukupi untuk bersara dengan selesa.


• Warga Malaysia memerlukan di antara RM1.4 hingga RM2.8 juta untuk bersara dengan selesa, tetapi kebanyakannya tidak mencapai jumlah ini walaupun mempunyai wang simpanan dan KWSP yang tinggi. Kurang daripada 10% daripada jumlah pencarum KWSP yang mempunyai simpanan lebih daripada RM100, 000 di dalam akaun, apabila mereka layak untuk mengeluarkannya; 90% daripada jumlah pencarum hanya mempunyai purata sebanyak RM106, 000.00 apabila mereka bersara, jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung persaraan mereka.
• Jangka hayat warga Malaysia pada tahun 2010 masing-masing ialah 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi wanita. Berdasarkan purata simpanan KWSP, jumlah yang dikumpulkan oleh ahli KWSP apabila mereka berusia 54 tahun ialah sebanyak RM149,216.00. Ini bermakna jumlah bulanan yang boleh dikeluarkan oleh mereka apabila bersara ialah RM570.39. Ini adalah andaian sekiranya ahli tidak mempunyai apa-apa simpanan tambahan selain KWSP dan juga tiada kesan inflasi.
• Sebanyak 70% individu lelaki yang mengeluarkan simpanan KWSP mereka pada usia 55 tahun akan menghabiskan simpanan mereka hanya dalam masa 3 tahun.




Bagaimana Hendak Memastikan Kita Mempunyai Wang Simpanan KWSP Yang Mencukupi Untuk Bersara Dengan Selesa?


Kita boleh:


1) Bekerja selepas bersara, mungkin sehingga mencapai usia 65 tahun, atau pun lebih
2) Meningkatkan pendapatan dengan cara mendapatkan gaji yang lebih tinggi dan
kenaikan gaji tahunan
3) Pastikan wang KWSP anda menjana faedah dengan lebih baik


Akta KWSP telah memberi mandat bahawa 60% daripada portfolio pelaburannya, hendaklah dilaburkan dalam pendapatan tetap seperti bon kerajaan atau Sekuriti Kerajaan Malaysia. Ini bermakna hanya 40% dibenarkan untuk dilaburkan ke dalam ekuiti atau saham. Oleh itu, mungkin sukar untuk menjana pulangan tetap melebihi purata. Pada bulan November 1996, KWSP memperkenalkan Skim Pelaburan Ahli, di mana pencarum boleh melabur dalam tabung unit amanah yang diluluskan. Tujuannya ialah untuk memberi lebih banyak pilihan kepada ahli untuk melabur dan menentukan jenis pulangan dan tahap risiko yang sesuai untuk mereka. Pencarum boleh memilih untuk mengeluarkan sebahagian daripada simpanan di dalam Akaun 1 mereka di setiap suku tahun, tertakluk kepada umur dan Simpanan Asas, untuk melabur ke dalam tabung unit amanah yang diluluskan, mengikut pilihan mereka. Dengan cara ini, pencarum KWSP boleh mempelbagaikan simpanan mereka di dalam pelbagai tabung yang boleh menjana pulangan yang lebih tinggi bagi pelaburan mereka (dengan mengambil risiko yang lebih sedikit daripada hanya menyimpan dalam akaun KWSP mereka, yang bersifat konservatif).




Cara Melabur Dengan Menggunakan Simpanan KWSP Anda


Langkah pertama untuk melabur dengan menggunakan simpanan KWSP untuk tabung unit amanah yang diluluskan ialah dengan menyemak baki simpanan di dalam Akaun 1 anda. Anda mestilah mengekalkan jumlah minimum (dikenali sebagai Simpanan Asas) di dalam akaun 1, mengikut usia anda seperti yang telah ditetapkan oleh KWSP. Hanya 20% daripada baki Simpanan Asas dibenarkan untuk melabur. Ia adalah jumlah maksimum pengeluaran bagi setiap suku tahun, manakala RM1,000.00 adalah jumlah minimum pengeluaran. Syarikat pengurusan unit amanah pula akan mengenakan caj perkhidmatan permulaan yang tidak melebihi 3% untuk tabung yang diluluskan. Apabila pelaburan untuk tabung tersebut ditebus semula, wang anda akan dikreditkan terus ke dalam Akaun 1 anda.




Skim Persaraan Swasta (PRS)


Selain KWSP sebagai platform simpanan persaraan untuk rakyat Malaysia, pihak kerajaan juga telah mengumumkan satu skim baru bagi persaraan iaitu Skim Persaraan Swasta (PRS) ketika pembentangan Bajet 2012:


• Skim PRS ini adalah skim tambahan bagi rakyat Malaysia untuk mengukuhkan simpanan persaraan mereka. Penyedia PRS yang diluluskan akan menawarkan skim persaraan jangka panjang yang mengandungi pelbagai tabung. Ini untuk memudahkan majikan dan individu memilih tabung yang fleksibel dan mudah digunakan bagi profil pulangan faedah dan risiko yang berbeza
• Sebagai insentif kepada individu yang mencarum dengan skim PRS yang diluluskan, pelepasan cukai sehingga RM3,000 setahun selama 10 tahun, akan diberikan kepada individu tersebut
• Pengecualian cukai juga diberikan kepada faedah pulangan yang diterima dari tabung PRS. Manakala potongan cukai diberikan kepada majikan yang mencarum melebihi kadar yang ditetapkan iaitu sehingga 19% gaji pekerja
• FIMM telah diberi mandat untuk memastikan pasaran yang adil dan saksama diwujudkan untuk produk PRS dan para pelabur mempunyai akses kepada maklumat pelaburan dengan mudah


Secara ringkasnya, pelaburan dalam unit amanah dan PRS ialah satu pelaburan untuk jangka masa panjang. Ia amat sesuai dengan strategi pengumpulan kekayaan dan perancangan untuk persaraan. Demi mencapai perkembangan lestari jangka panjang, para pelabur tidak harus melabur untuk jangka masa pendek, tetapi harus melihat pada keseimbangan dalam menjana pulangan yang lebih tinggi dan pengurusan risiko.

Sumber: www.fimm.com.my


~ Admin : byk info kita dpt dari sini..

Majalah S.3.K.S.1 Khas Untuk Orang Buta




Mungkin agak kelakar, tetapi ini berlaku di Kanada, sebuah majalah pornografi telah dilancarkan khas untuk orang buta. Majalah itu ditulis dalam tulisan braille dan lukisannya dalam lukisan yang tertimbul memaparkan gambar wanita dan lelaki berbogel.



Majalah itu diberi nama Tactile Minds hasil karya Lisa Murphy. Majalah ini lengkap dengan ayat-ayat yang lucah dan gambar bogel lelaki dan perempuan yang dijual dengan harga RM 675 senaskhah.
Terdapat sebanyak 17 keping gambar ditampilkan. Antara lukisan timbul yang terdapat dalam majalah ini ialah perempuan bogel yang menari disco, perempuan dengan ‘perfect breast’ dan ‘male love robot’.



Lisa Murphy menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambat yang seksi.
Antara tahun 1970 dan 1985 Playboy mencetak salinan majalah terkenal itu dalam braille – tetapi tanpa gambar-gambar yang timbul.
Dia juga menghasilkan buku ini kerana dia merasakan bahawa golongan buta seperti telah ditinggalkan dan dipulaukan oleh gambar-gambar yang seksi.


sumber

Monday, June 24, 2013

Tutorial mudah Letak Auto Ping Busuk



~Mula-Mula paparan PINGBUSUK yg BARU mcm nie kan...Jadi pilih spt step dibawah
~1- KLIK Banner AutoPing Code dan paparan spt ini akan keluar dan bacalah utk buat pilihan

~ 2- Dah buat pilihan Copy dan past updated jer kt tempat widget anda yg lama tu kan dah siap.
Atau Pun jika tak suka widget.Code ini khas untuk blogger yang tidak suka cacatkan layout mereka dengan widget.

Letakkan code banner ini untuk auto-ping artikel anda.


~ - Dah buat pilihan Copy dan past updated jer kt tempat widget anda yg lama tu kan dah siap.

CHECK DOMAIN

Check utk tgk samaada proses anda tadi berjaya atau tidak, KLIK CHECK DOMAIN paparan spt dibawah akan keluar  dan copy link domain anda klik GO!

Kalau semua YES YES maknanya Anda dah berjaya dan nak check detail KLIK SINI


maka akan keluarlah statistik ping anda ke PINGBUSUK

TAHNIAH anda Berjaya!!!





~ Money2Gold : Best Auto PingBusuk nie...post jer dah terus keluar kt sana ...

PINGBUSUK dah TIADA huhuhu...

~ huhu PINGBUSUK dah tiada..bila cari cari tadi tak jumpa tempat nak post link..

tgk-tgk rupanya dah bertukar baru..kena letak wigetbaru nie..adaoii..auto ping...hmmm mcm best jer..kita try tgk dulu...

Bulan besar 14 % : Supermoon dekatkan jarak bulan dan bumi

FENOMENA Supermoon dirakam di Kuala Lumpur malam tadi

Supermoon dekatkan jarak bulan dan bumi

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia malam tadi menyaksikan fenomena kedudukan bulan paling hampir dengan bumi yang dikenali sebagai Lunar Perigee atau Supermoon.

Fenomena itu hanya berlaku sekali setahun. Bulan yang disaksikan oleh orang ramai malam tadi merupakan bulan paling besar boleh dilihat oleh rakyat negara ini.

Bagaimanapun, jerebu buruk yang melanda beberapa kawasan telah mengganggu orang ramai melihat fenomena tersebut.

Satu kenyataan Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam memberitahu, orang ramai dapat melihat bulan berada pada fasa penuh dan uniknya bulan penuh kali ini merupakan bulan penuh yang terletak paling hampir dengan bumi iaitu pada jarak 356,989 kilometer.

“Keadaan ini berlaku kerana bulan mempunyai orbit yang sedikit bujur, bukan berbentuk bulat sempurna dan ini menyebabkan jarak bulan dengan bumi sentiasa berubah-ubah.

“Kesan fenomena jarak bulan yang dekat dengan bumi menyebabkan berlaku air laut pasang surut yang besar berbanding pada hari-hari kebiasaan,” kata kenyataan itu lagi.




sumber;

DJ Paling S.E.K.S.1 Di Dunia...video..


Dia adalah Colleen Shannon, DJ paling seksi di dunia, IMHO.
Dia cantik, hot dan lihatlah sendiri.

DJ dan bekas Playboy Playmate .....Colleen Shannon, "DJ Dunia paling seksi," di Seminole Hard Rock Hotel and Casino pada hujung minggu, untuk kasino "Parti Pink" di tepi kolam renang.

Mereka bergerak dalam parti, di mana hiasan termasuk majalah Playboy, bulu dan lotta seluruh merah jambu.









Saturday, June 22, 2013

Pengacara TV Paling S.E.K.S.I. Di Dunia..




It really is simple. This female host has it down Perfect! This is Pamela David and she is an Argentinian Hottie Who Hosts the Show "Noche de Juegos". Bellisima!!!







Friday, June 21, 2013

Jerebu kembali 'menyelubungi' Malaysia



KUALA LUMPUR - Penjawat awam Hazeman Hassan dari Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini menyuarakan kepada isterinya agar tidak membenarkan anak lelaki mereka, yang berumur empat tahun, bermain di luar rumah. "Kalau boleh, awak pun jangan banyak berada di luar rumah kerana udara di luar sana tidak sihat," jelas Hazeman lagi kepada isterinya.Pada 16 Jun lepas, Malaysia sekali lagi diselubungi jerebu yang dikatakan berpunca daripada kebakaran hutan di Sumatera, Indonesia menyebabkan bacaan pencemaran udara yang tidak sihat di beberapa lokasi di seluruh negara. Menurut laporan Jabatan Alam Sekitar (DOE), Indeks Pencemaran Udara (API) pada Ahad lepas mencatat paras melebihi 100 di empat lokasi.Melaka mencatat bacaan API yang paling teruk pada tahap 161 diikuti Port Dickson di Negeri Sembilan (120), Kemaman di Terengganu (108) dan Pelabuhan Klang di Selangor (103). Enam lagi lokasi mencatat bacaan API bawah 100. Tempat-tempat ini ialah Putrajaya (94), Kuala Lumpur (87), Petaling Jaya (86), Johor Baharu (80), Ipoh (72) dan George Town (64).

Masalah tahunan Menurut pakar-pakar alam sekitar, jerebu adalah satu fenomena di mana debu, asap dan partikel-partikel kering yang lain termasuk habuk berkumpul hingga menjadikan langit mendung.Jabatan Kajicuaca turut menyatakan masalah jerebu di negara ini menjadi masalah tahunan semasa musim monsun dari bulan Mei hingga September bila angin meniup asap dari 'tompok panas' di Sumatera menyeberangi Selat Melaka.Menurut laporan media, Ketua Pengarah DOE Halimah Hassan berkata jabatan itu mencatat 46 tompok panas di Sumatera melalui tinjauan satelit pada 16 Jun (Ahad) lepas. Bacaan API 101-200 adalah dalam kategori tidak sihat manakala bacaan 51-100 adalah sederhana. Bacaan bawah 50 menandakan udara yang sihat.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut menasihati orang ramai agar mengurangkan aktiviti luar rumah dan minum banyak air.Dalam laman Facebook beliau, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kesihatan adalah keutamaan untuk semua dan jerebu yang dilanda sekarang ini dijangka menjadi lebih teruk dengan angin yang membawa asap dari tompok panas di Sumatera.

Pembakaran terbuka

Jerebu, yang kebanyakannya dikesan berpunca daripada kebakaran hutan di Indonesia, meningkat pada musim panas dan ini boleh membawa kesan negatif ke atas sektor pelancongan dan kesihatan terutama yang berkaitan pernafasan.Malaysia menguatkuasa peraturan yang melarang aktiviti pembakaran terbuka dan tidak terkecuali dalam hal ini, Indonesia 'mengharamkan' aktiviti itu. Masalah jerebu mencatat tahap paling tinggi pada tahun 1997-1998 menyebabkan rantau Asia Tenggara mengalami kerugian AS$9.0 bilion (RM28.5 bilion) terhadap sektor pelancongan dan perniagaan. Pihak berkuasa penjagaan kesihatan juga menasihati mereka yang berada dalam kelompok risiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak dan yang menghadapi masalah pernafasan seperti asma agar mengelakkan aktiviti luar rumah dan memakai penutup muka jika perlu berada di luar. Para doktor juga menyarankan agar mereka yang mengalami masalah pernafasan, demam, rasa hendak muntah, pening-pening, sakit mata dan batuk agar mengambil rawatan perubatan. Sementara itu, sumber Polis Marin juga menasihati nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut kerana jarak penglihatan di Selat Melaka dilaporkan bertambah buruk. "Semua bot menangkap ikan dinasihati agar berjaga-jaga dan bot pukat tunda juga dinasihati memasang lampu," menurut sumber itu lagi.- Bernama

China bangun pantai bo_gel


GAMBAR menunjukkan imej pemandangan pantai di Luan, Hebei, China yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.- Agensi

TANGSHAN - Pihak pentadbiran sebuah daerah di wilayah Hebei, utara China akan membuka sebuah pantai yang membenarkan pengunjungnya berbogel, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Timbalan Ketua Daerah Luan, Tian Wenxue berkata, daerah itu akan melabur sebanyak AS$516 juta (RM1.6 bilion) untuk membangunkan pantai berkenaan.

Lokasi pelancongan itu meliputi kawasan seluas 533 hektar bersebelahan dengan sungai Luan.

Sebanyak 100 juta yuan (RM52 juta) lagi akan dilabur untuk pembangunan kelengkapan multimedia.

Katanya, lokasi tersebut akan dilengkapi padang golf dan ladang ternakan kuda.

Daerah Luan terletak di timur wilayah Hebei dan berada di bawah pentadbiran Bandar raya Tangshan. - Agensi


sumber;

Cara Mengenali Perniagaan Yang Menggunakan Pelaris-



Cara mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.

(Tolong sebarkan untuk pengetahuan orang lain)
Note : Gambar Diatas Sekadar Hiasan.

Berbo_gel naik basikal ramai sekitar bandar


Berbasikal Tanpa Seurat Benang Beramai-Ramai

BANDAR RAYA MEXICO - Beribu-ribu penunjuk perasaan menunggang basikal dalam keadaan berbogel di sekitar jalan-jalan utama di sini kelmarin.

Tindakan tersebut dilakukan bagi memprotes sikap buruk pemandu kenderaan bermotor terhadap penunggang basikal.

Diadakan pada setiap tahun, acara antarabangsa itu berlangsung di sini buat kali kelapan.

Ia merupakan sebahagian daripada acara Menunggang Basikal Berbogel Sedunia (WNBR) yang diadakan di 29 buah bandar di seluruh dunia sejak 2004.

Acara tersebut bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan semasa berbasikal.

Mereka berbasikal tanpa seurat benang untuk menunjukkan kerapuhan tubuh manusia.

Selain itu, acara kontroversi itu turut bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap isu alam sekitar dengan menggalakkan mereka basikal berbanding memandu kereta.

Gerakan WNBR bermula pada 12 Jun 2004 di Vancouver, Kanada. - Agensi

Thursday, June 20, 2013

Tun Mahathir Nak Jadi PM semula



"Saya nak jadi Perdana Menteri seminit je, saya nak ubah sistem pendidikan dan kembalikan Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris, for the better future,"

TUN DR MAHATHIR
CEO FORUM 2013


Sumber: facebook.com/Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad



Dr M Akui Kesilapan semasa berkuasa

Dr M akui kesilapan tidak sekat internet semasa berkuasa


Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui kesilapannya semasa masih berkuasa kerana memberi jaminan tidak akan menyekat internet, ia ekoran keputusan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini dimana media baru banyak memainkan peranan.

Dr Mahathir berkata beliau kini terpaksa menimbang semula keputusannya selepas memberikan kebebasan penuh internet semasa mengetuai Multimedia Super Corridor (MSC) pada 1996.

"Ketika saya mengetuai MSC, saya ditanya oleh seorang wanita Amerika sama ada kami akan menyekat internet.

"Saya beritahu dia tidak, kami akan jadi sangat bebas... tapi kini saya terpaksa berfikir dua kali," kata beliau semasa berucap pada majlis penutup CEO Forum 2013 di Berjaya Times Square Convention Centre disini.

Beliau juga berkata tidak menyangka keputusannya tersebut menyebabkan perubahan yang drastik sehingga ia disalah guna oleh pihak tidak bertanggungjawab hinggakan orang ramai mengeluarkan kenyataan berbentuk provokasi antara satu sama lain.

"Bila berikan kebebasan, kamu fikir tiada banyak yang akan berubah tapi sekali kamu beri mereka kebebasan, mereka cenderung menyalahgunanya.

"Sekarang kamu lihat orang ramai melakukan provokasi antara satu sama lain, kenyataan-kenyataan tersebut menyebabkan kita semua tidak dekat antara satu sama lain," katanya lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berjanji tidak akan melakukan sekatan terhadap Internet, namun akan mendekati rakyat Malaysia melalui media sosial.

Najib menegaskan kerajaan tidak akan bertindak melesenkan portal berita dan blog sebagaimana dilakukan negara jiran, bagaimanapun, katanya, bagi memelihara keharmonian nasional, kerajaan akan tetap menguatkuasakan undang-undang sedia ada.

Media sosial, terutamanya Facebook dan Twitter, telah diakui menjadi sebahagian daripada pencetus "Arab Spring" di Mesir apabila rakyat negara itu menuntut presiden mereka Hosni Mubarak untuk meletak jawatan.

Kira-kira 13.6 juta pengguna Facebook di Malaysia dari 28.3 juta penduduk, mewakili 48 peratus dari keseluruhan penduduk, menurut laman web socialbakers.com.

Dua puluh sembilan peratus pengguna Facebook di Malaysia berusia antara 25 hingga 34 tahun.

Penganalisis politik berpendapat rakyat Malaysia lebih menggunakan Internet untuk mendapatkan maklumat, yang menyebabkan ahli politik menggunakan Facebook dan Twitter untuk mendengar kata pengundi, dan tidak lagi bergantung kepada media arus perdana, menyaksikan penjualan akhbar semakin merosot dan tontonan di televisyen semakin berkurangan. - 18 Jun, 2013.

Guru mengajar dari angkasa lepas

Guru pertama di dunia mengajar dari angkasa lepas

BEIJING - Guru pertama yang dihantar ke angkasa oleh pemerintah China dijadualkan memberi kuliah kepada para pelajarnya melalui satu sidang video hari ini, lapor rangkaian Televisyen Pusat China (CCTV).

Kuliah yang disampaikan guru wanita berkenaan, Wang Yaping, akan disiarkan oleh CCTV bermula dari pukul 10.04 pagi sehingga 10.55 pagi waktu tempatan.

Jurucakap Program Kejuruteraan Manusia ke Angkasa Lepas China, Wu Ping berkata, Yaping yang berusia 33 tahun itu merupakan angkasawan wanita China kedua dihantar ke angkasa lepas.

Dia akan memberikan kuliah tentang graviti dari angkasa lepas kepada para pelajar sekolah rendah dan menengah.

Terdahulu, China telah melancarkan roket Long March 2-F yang membawa kapal angkasa lepas Shenzhou-10 ke angkasa lepas pada 11 Jun lalu.

Tiga angkasawan yang berada di dalam kapal angkasa tersebut berlepas dari pusat pelancaran Jiuquan di padang pasir Gobi, dalam wilayah Gansu.

Kapal angkasa itu berlabuh di stesen angkasa lepas milik China, Tiangong-1. - Agensi

Gambar Wanita Yang Hina YDP Agong Ditangkap Polis |



 Kecoh mengenai isu hina Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. Terbaru, terdapat seorang wanita berbangsa Cina yang dikatakan telah menghina YDP Agong di laman Facebook miliknya.





Sejauhmana kebenarannya? Bersumberkan beberapa blog di internet, suspek wanita itu bernama Melissa Gooi dan bekerja sebagai Pengurus Pemasaran L'oreal Malaysia.

Berdasarkan Malaysia Today, wanita berumur 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, Ampang di sini pada 9.30 pagi.


Sebahagian dari snapshot komen FB Melissa


Tangkapan dilakukan bersabit dengan siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, katanya dalam satu kenyataan.

Pihak polis turut meminta individu bernama Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay untuk tampil membantu siasatan.

Terdahulu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan berasingan berkata wanita berkenaan ditahan hasil kerjasama suruhanjaya itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia.

Turut dilaporkan bahawa suspek menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyiarkan identiti beliau.

Sumber -

Petua Untuk Menghilangkan Parut Demam Campak

PETUA MELAYU LAMA

Petua Untuk Menghilangkan Parut Demam Campak

Pilihan 1: Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama 3 hari.

Pilihan 2: Rebus daun semambu diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

Pilihan 3: Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Amalkannya selama beberapa hari.

Wednesday, June 19, 2013

Budak beli senapang di internet

Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd Nasir Said (kiri) menunjukkan senapang angin dan senjata tiruan yang dirampas, semalam.

Ipoh: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Perak mengesan pembelian senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi internet oleh seorang pelajar 15 tahun di sini pada Sabtu lalu.

Dikesan kastam



Pembelian dua laras senapang MP5, masing-masing selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol Glock itu dikesan menerusi pengimbas Unit Kastam Pos yang ditempatkan di pejabat Pos Malaysia di sini.

The Rifles kid

Boy nabbed for buying air rifles

Ballistic seizure: Perak Customs director Datuk Mohd Nasir Said (second from left) showing off one of the air rifles bought by the student and seized at the Ipoh post office. -Bernama

IPOH: He's just 15 and still a schoolboy, but with a liking for guns. He ordered five air rifles complete with ammunition online.

But they didn't get past the post office. The secondary school student was arrested after the Ipoh post office found the five air rifles with the brass pellets that he had ordered without an import permit.

The Perak Customs Department seized the rifles worth RM2,045 with unpaid duty of RM879 on Saturday.

The post office detected the weapons after scanning the parcels, which came from a foreign country, said Perak Customs director Datuk Mohd Nasir Said.

“The boy described the contents of the parcels as toys to fool the authorities. He admitted that the parcels belonged to him when he was arrested at his home the same day,” Mohd Nasir added. He was released on bail under Section 116 of the Customs Act 1967 with investigations ongoing.

“The air rifle is categorised as a weapon because it can cause fatal injuries to animals and humans, especially with the brass pellets. Therefore, an import permit with approval from the police is needed,” Mohd Nasie told a press conference yesterday.

He said the department was working with police to find out the boy's financial source as it was learned that he wired the money for the weapons.

“We do not rule out the possibility that a few friends chipped in to buy the weapons.”
Also seized were pellets that served as ammunition for the guns. —Bernama

Mohd Nasir declined to identify the originating country or the website through which the boy bought the weapons.

This is a very serious matter as the boy could be charged under Section 135 (1)(a) of the Customs Act 1967 for importing weapons without a police permit, which carries a fine of up to 20 times the value of the contraband or up to three years' jail, or both, he said.

Mohd Nasir added that the boy could also be charged under Section 36 (1) of the Firearms Act 1960 for possessing fake weapons which carries a maximum jail term of one year and a fine.

Mohd Nasir urged parents to monitor their children's activities online to curb any attempt to buy such items, including fake weapons.

He said that this was the sixth case in the state since January involving the importing of weapons or fake weapons without permit by purchasing the items online, declaring them as toys, dog training tools or spare parts and receiving them through the post office.

“It is a serious offence as even fake weapons which use rubber pellets can be modified to become lethal,” he added.




wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...