Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, October 19, 2012

Tidur Dengan Sut, Antara Lapan Fakta Tentang James Bond





Lapan Fakta Yang Patut Anda Tahu Tentang James Bond

PENERBIT siri francais James Bond iaitu Barbara Broccoli dan Michael Wilson bersama pelakon utama 007 sendiri, Daniel Craig, telah ditemu ramah dalam rancangan televisyen Amerika, 60 Minutespada malam Ahad.

Dalam rancangan itu, mereka telah mendedahkan beberapa fakta buat pertama kalinya kepada umum tentang siri filem tersebut.

Filem James Bond ditayangkan buat pertama kali pada tahun 1962 dan diterbitkan oleh bapa Barbara iaitu Albert Cubby Broccoli.

Filem Bond yang ke-23, Skyfall, akan ditayangkan di seluruh dunia pada 9 November depan.

Berikut ini adalah lapan fakta tentang filem James Bond sebagaimana yang didedahkan dalam Rancangan 60 Minutes itu:

1. Nasihat Albert Broccoli kepada anaknya sebelum bersara:

Albert bertanggungjawab menerbitkan 15 siri filem Bond sebelum dia mengambil keputusan untuk bersara dan menyerahkan tugas seterusnya kepada Barbara dan juga anak angkatnya Michael Wilson.

Dan nasihatnya ialah Jangan biarkan orang lain menjahanamkan filem James Bond.

2. Penulis cerita James Bond, Ian Fleming berpendapat Sean Connery bukanlah calon yang sesuai sebagai ejen 007.

Sean Connery adalah 007 yang pertama tetapi dia hampir tidak terpilih sebagai ejen rahsia British itu kerana penulis novel yang mencipta watak Bond iaitu Ian Fleming tidak begitu yakin yang pelakon itu sesuai membawa watak Bond.

Ketika ditanya oleh pengacara 60 Minutes, Anderson Cooper apa yang dikhuatiri oleh Fleming, Barbara memberitahu, Fleming beranggapan, Connery tidak memenuhi ciri-ciri tipikal seorang hero British.

Tetapi Barbara berkata, bapanya dan seorang lagi penerbit, Harry Saltzman melihat Connery bagaikan permata yang belum digilap. Mereka dapat merasakan getaran elektrik yang terdapat pada Connery.

Connery akhirnya diuji bakat dan membintangi lima filem Bond sekali gus meletakkan dirinya sebagai salah seorang legenda Bond.

3. Connery telah diminta melakukan sesuatu yang luar biasa pada sut 007 miliknya.

Pengarah filem Dr. No, Terence Young telah membawa Sean Connery kepada tukang jahit popular London, Savile Row untuk membuat sut 007 dan kemudian telah meminta Sean tidur bersama-sama sut itu bagi memastikan sama ada ia benar-benar selesa untuk watak Bond.

4. Barbara fikir James Bond adalah watak sebenar ketika dia kecil.

Kata Barbara: Semasa saya kecil, saya fikir Bond adalah watak sebenar dan bukan satu lakonan.

Ini kerana seluruh isi keluarga bercakap mengenainya siang dan malam sehinggakan saya percaya Bond adalah seorang pakcik atau saudara jauh yang akan singgah ke rumah kami bila-bila masa.

5. Penaja tidak bayar produk dalam filem tetapi terlibat memasarkanfrancais Bond.

Kenderaan ikonik Bond seperti Aston Martin dan lain-lain kenderaan yang mengambil bahagian dalam pembikinan filem-filem Bond misalnya tidak menaja produk mereka.

Sebaliknya mereka bersetuju untuk membelanjakan berjuta dolar dalam pemasaran filem-filem berkenaan. Ini termasuklah produk-produk lain yang digunakan dalam siri filem Bond.

6. Daniel Craig pada mulanya menolak berlakon sebagai 007.

Kata Craig: Tidak, terima kasih banyak-banyak kerana kamu perlu mencari pelakon yang sesuai untuk watak Bond bukan saya.

Craig mengambil masa dua tahun sebelum memutuskan untuk menerima tawaran tersebut.

Ini kerana jika dia berkata ya, watak ini akan mengubah hidupnya termasuklah bagaimana dia akan diterima sebagai Bond. Perkara itu membuatkan dia gementar.

Craig juga khuatir watak ini akan menjadikannya seorang pelakon yang stereotaip. Tetapi kini dia menerima hakikat yang watak tersebut akan kekal bersama-samanya seumur hidup.

7. Craig melakonkan sendiri babak lagak ngeri dalam Skyfall.

Dalam filem ini, hampir sebahagian besar babak aksi ngeri dilakonkan oleh saya sendiri bukan pelakon babak ngeri, jelas Craig.

8. Francais James Bond tak akan berakhir:

Selagi kami merasakan penonton mahu ke pawagam untuk menyaksikan aksi Bond, selagi itulah kami merasakan yang kami akan terus menerbitkan filem ini. Sebenarnya soalan ini patut ditanya 20 tahun lalu tetapi nampaknya ia tetap ditanya sekarang, kata Barbara dan Wilson.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...