Di sini ada beberapa fakta yang menarik tentang mimpi. Memang semua
orang pernah mimpi , sape kata tak pernah mimpi tu memang menipu la.
Kadang2 best jugak bermimpi ni, lebih2 lagi klu mimpi jumpa ngan awek
cun atau sebagainya…..
Orang Buta pun bermimpi
Orang yang memang dilahirkan buta juga boleh bermimpi, tapi mimpi mereka
tak sama macam orang biasa yang mana boleh menunjukkan imej atau
gambar, sebaliknya orang buta bermimpi tentang suara, sentuhan dan emosi
yang mereka rasakan. Memang agak sukar untuk orang yang normal
membayangkannya.
Kita akan lupa 90% dari mimpi kita
Percaya atau tidak 5 minit jika kita terbangun dari buaian mimpi, maka
anda akan lupa 50 % dari mimpi anda, dan 10 minit kemudian anda akan
terlupa 90% dari jalan cerita mimpi anda.
Semua Orang Bermimpi
Seperti yang saya nyatakan tadi semua orang bermimpi. Kecuali ada orang
yang mengalami kerosakan mental mungkin dia dah tak boleh mimpi lagi.
Mimpi dapat mencegah gangguan emosi
Bermimpi dapat menenangkan emosi kita, dan juga dapat memulihkan konsentrasi, pemikiran dan mental anda sendiri.
Rangsangan dari luar dapat mempengaruhi mimpi kita
Dalam istilah lainnya disebut “Dream Incorporation” , tentang ni pasti
anda pernah mengalaminya, contoh kalau anda bermimpi terasa haus sangat,
nak minum air banyak2… tup tup bila terjaga memang anda terasa haus
betul, lebih-lebih lagi kalau anda mimpi terasa nak cirit, kencing atau
sebagainya.
Tubuh akan lumpuh ketika bermimpi
Ini terjadi bagi mengelakkan tubuh kita dari turut bergerak ketika
bermimpi, bayangkanlah kalau bermimpi panjat gunung, lari 100km atau
mendaki gunung everest, takkan badan pun nak bergerak. Ada hormon yg
dihasilkan ketika kita tidur yg membuat saraf menghantar isyarat ke
tulang belakang menyebabkan tubuh kita menjadi rileks dan seterusnya
lumpuh.
Kita hanya bermimpi tentang perkara yang kita tahu sahaja.
Sebagai contoh kalau anda bermimpi berjumpa dengan sesape atau kahwin
dengan mana2 janda, atau ,mana2 wajah yang kita tak kenal, tapi
sebenarnya di dunia nyata kita pernah melihat wajah tersebut cuma tak
ingat atau mungkin anda pernah kenal dengannya dahulu. Secara logik juga
memang kita telah melihat beribu-beribu wajah manusia tak kira di mall,
sekolah atau mana2. Pakar percaya kalau memori kita mampu merakam itu
semua, kerana ingatan manusia memang mengaggumkan.
Mimpi Itu Tidak Seperti Apa Yang Terlihat
Apa yang kita mimpi hanyalah sebagai simbolik bagi hal yang anda
mimpikan. Ketika kita bermimpi otak kita sedang mencari ingatan yang
dalam
Tidak Semua Orang Mimpinya Berwarna.
Menurut kajian 12% orang normal mimpinya selalu hitam-putih dan yang selebihnya adalah berwarna.
tambahan……
Ketika anda berdengkur, anda bukan sedang bermimpi
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..