Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, October 09, 2012

Pakej Setan - Jurujual mengaku tidak bersalah merogol,seks luar tabii,curi & samun

 ~gambar hiasan~
KUALA LUMPUR - Seorang jurujual mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan merogol, melakukan persetubuhan luar tabii, mencuri dan menyamun, di dua hotel berasingan di ibu negara.

Bagi pertuduhan merogol dan mencuri, Chai Ruong Huei, 29, didakwa merogol dan mencuri sebuah telefon bimbit dan ipad milik seorang wanita berumur 21 tahun, di My Home Hotel Sdn Bhd di Jalan Usahawan 7, Setapak, pada pukul 11.40 pagi dan 11.45 pagi, 15 Sept lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat dan Seksyen 392 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Chai turut didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada keesokannya, iaitu 16 Sept lalu, pada 11.35 pagi di tempat yang sama mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Lelaki itu turut mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan merogol seorang pelajar wanita berumur 19 tahun dan menyamun barangan milik pelajar itu antaranya wang tunai RM500, pada 1.15 tengah hari 25 Okt 2010 di dalam sebuah bilik, di Hotel Royale Bintang, Jalan Bukit Bintang, di sini.

Bagi kesalahan menyamun itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Ooi Chean Ling tidak menawarkan sebarang jaminan atas alasan tertuduh terlibat lebih dari satu kes rogol dan ada yang masih dalam siasatan.

Bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkan jaminan terhadap tertuduh, pihak pendakwaan mencadangkan RM35,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam pula memohon supaya dia dibenarkan diikat jamin tetapi Hakim Emelia Kaswaty Mohamed Khalid tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 9 Nov ini untuk sebutan bagi tertuduh melantik peguam. - Bernama

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...