ISTERI Salman (kiri) ditahan bersama kekasihnya dan seorang wanita lain (kanan) di sebuah pangsapuri di Melaka pada Ahad lalu.
MELAKA - Suami keluar mencari rezeki, isteri pula bermain cinta dengan
lelaki lain.Itulah nasib seorang kontraktor yang terkedu apabila
mendapati isterinya menjalin hubungan sulit ketika dia bekerja.
Lebih mengecewakan, suami tersebut berjaya menghidu kecurangan isterinya
apabila terdengar wanita itu bergurau senda dengan 'kekasih gelapnya'
di pangsapuri mereka di Ayer Keroh di sini Ahad lalu.
Suami malang itu yang hanya mahu dikenali sebagai Salman, 36, berkata,
geram dengan kejadian berkenaan, dia bergegas ke ke pejabat Jabatan
Agama Islam Melaka (JAIM) dan meminta penguat kuasa jabatan itu
menangkap isterinya dan lelaki terbabit.
Cerita Salman, semuanya terbongkar apabila dia yang tertinggal pengecas
bateri telefon bimbit, berpatah balik ke rumahnya pada pukul 10 malam
untuk mengambil alat tersebut.
Salman yang keluar bekerja pukul 8 pagi hari yang sama sempat
memberitahu isterinya yang berusia 24 tahun itu bahawa dia akan pulang
lewat kerana bertugas di luar kawasan.
"Apabila tiba di rumah, saya terperanjat apabila terdengar suara isteri
saya ketawa bersama seorang lelaki seolah-olah sedang bermesra," katanya
di sini semalam.
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..