Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, October 10, 2012

Tiket Final Piala Malaysia RM10...rebate

Final Piala Malaysia: Harga tiket RM40


HARGA tiket bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 pada 20 Oktober ini dikurangkan daripada RM50 menjadi RM40, kata Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin hari ini.

Jelasnya, perubahan tersebut dilakukan selepas perbincangan bersama Jawatankuasa Tiket dan Pintu FAM selepas mengambil kira situasi semasa.

"Sebenarnya perbincangan harga tiket final Piala Malaysia telah dilakukan ketika Mesyuarat Exco bilangan 4/2012 bagi sesi 2010-2014 pada 14 Februari lalu.

"Dan setelah mengambil kira pelbagai faktor, kami peka dengan kehendak penyokong terutama selepas harga tiket dinaikkan sebanyak RM50 tahun lalu," kata Hamidin ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Tambah Hamidin: "Oleh itu, FAM sebulat suara bersetuju untuk mengurangkan harga tiket kepada RM40 untuk dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak."

Tahun lalu, tiket semua tempat duduk bagi perlawanan akhir Piala Malaysia edisi ke-85, yang berlangsung di Stadium Shah Alam, ditetapkan pada harga RM50.

Bagaimanapun ia mencetuskan rasa tidak senang di kalangan peminat bola sepak.

Ketika itu, Hamidin berkata, harga tiket itu dianggap wajar kerana FAM terpaksa menanggung beberapa kos termasuk bayaran kepada pihak stadium selain beberapa faktor lain.

Pada edisi terdahulu Piala Malaysia yang diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, FAM menjual tiket berharga RM30 untuk tempat duduk terbuka dan RM50 bagi tempat duduk utama.
Dalam pada itu, FAM dalam kenyataannya berkata, ia juga bersetuju untuk mengenakan harga tiket orang dewasa berjumlah RM20 untuk menyaksikan perlawanan persahabatan melibatkan pasukan bola sepak kebangsaan dan Harimau Muda A.
Harga tiket dewasa bagi perlawanan peringkat kumpulan melibatkan kedua-dua pasukan ditetapkan pada RM30, separuh akhir (RM40) dan perlawanan akhir sebanyak RM50.
Harga tiket dewasa bagi menyaksikan perlawanan Piala Sumbangsih di luar Lembah Klang masing-masing dikenakan bayaran RM30 untuk tempat duduk berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk terbuka.
Harga tiket bagi perlawanan Piala Sumbangsih yang diadakan sama ada di Stadium Nasional Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam ialah RM20.
Badan induk bola sepak negara itu turut menyelaraskan harga tiket RM5 bagi setiap kategori perlawanan itu.


~sumber~

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...