PETALING JAYA: Pelakon Uqasha mengakui sedang berkawan rapat dengan
aktor kacak Pekin Ibrahim sejak penggambaran membintangi bersama filem
Paku Pontianak terbitan Metrowealth Pictures.
Uqasha atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen berkata,
bagaimanapun dia dan Pekin masih lagi mengenal hati budi masing-masing
dan belum memikirkan perhubungan yang lebih serius.
"Benar kami berkawan dan sedang mengenal hati budi masing-masing.
"Sehingga kini dia adalah lelaki yang paling rapat dengan saya, tambahan
pula dia juga banyak mengajar teknik-teknik lakonan kepada saya,"
katanya yang dihubungi mStar Online.
Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram milik Pekin, dia sering memuat naik beberapa foto-foto Uqasha serta foto bersama.
Malah Pekin turut memuat naik foto dia, Qi Razali serta keluarga adik
beradik itu yang bercuti di Phuket, Thailand pada minggu lalu.
Foto-foto tersebut menunjukkan kedua-dua mereka seperti mempunyai hubungan istimewa antara satu sama lain.
Bagaimanapun, ditanya mengenai percutian tersebut, Uqasha enggan memberi
komen lanjut namun mengaku bahawa mereka bersama dengan keluarga
bercuti ke negara itu.
Sementara itu, Pekin yang dihubungi pada Ahad enggan mengulas tentang
perhubungan itu namun mengaku kedua-dua mereka sedang berkawan.
"Maafkan saya kerana tidak mahu memberi komen apa-apa. Kami memang
berkawan tetapi saya tidak suka hal (percintaan) seperti ini keluar di
media," katanya.
Dalam perkembangan lain mengenai Uqasha, dia kini sudah meninggalkan
kerjayanya sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan tambang
murah Air Asia kerana ingin memberi fokus kepada karier lakonannya.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..