Bekas Perdana Menteri berkata, Soros menyalurkan dana ke negara ini bagi memastikan dapat menukarkan kerajaan dan memilih Perdana Menteri yang
didakwa untuk demokrasi dan kebebasan bersuara. Sama ada nilai liberal Barat atau Soros, dia hendak satu Perdana Menteri yang boleh digunakan.
"Disebabkan itu, dia mahu tukar kerajaan di Malaysia supaya orang yang jadi Perdana Menteri ikut telunjuk dia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pakar Perundingan Mengenai Islam dan Kesihatan Wanita di sini, semalam.
Beliau diminta mengulas mengenai operasi Malaysiakini serta pembabitan NGO seperti SUARAM yang terbukti menerima dana oleh penyangak mata wang Yahudi itu.
Sabtu lalu, wartawan veteran YL Chong yang meletak jawatan sebagai editor berita Malaysiakini lebih sedekad lalu mendakwa portal propembangkang itu dan SUARAM antara organisasi yang menerima dana asing.
Terdahulu, dalam ucapannya, Dr Mahathir menyeru umat Islam kembali dan mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup sekiranya mahu berjaya di dunia dan akhirat.
Beliau berkata, kebanyakan kes jenayah dan masalah sosial meningkat membabitkan umat Islam di negara berikutan mereka tidak mengamalkan ajaran Islam dan terlalu bebas untuk berbuat apa saja.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..