Panahan asmara darling Betong
BEBERAPA orang pelacur menunggu pelanggan dari Malaysia di Betong, Thailand.
BETONG (Selatan Thailand) - Sekali pandang, pemandu teksi, Awan Taib
sudah tahu niat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan perkhidmatannya
ketika berada di Betong, pekan paling selatan di Thailand dan hanya lima
minit perjalanan dari sempadan Malaysia di Pengkalan Hulu, Perak.
Selepas lima tahun memandu teksi dan membawa ratusan penumpang pelbagai
kaum dari Malaysia di pekan itu, Awan, 45, sudah hampir pasti niat
mereka cuma satu iaitu mencari darling, gelaran untuk pelacur di Betong.
“Lelaki Malaysia yang datang ke Betong sama ada seorang atau ramai
memang mencari pelacur. Kami sudah tahu dari saat mereka melambaikan
tangan untuk menahan teksi,” kata Awan dalam loghat Kelantan kepada
wartawan Kosmo! Ahad yang berada di pekan tersebut untuk meninjau
kegiatan seks di kawasan itu.
Betong menjadi tumpuan rakyat Malaysia bukan sahaja kerana lokasinya
berdekatan sempadan negara tetapi juga ia lebih aman berbanding Hatyai
dan Golok yang kerap menjadi sasaran serangan puak pemisah Islam.
Nikmat keamanan itulah punca rezeki kepada ramai warga Betong termasuk
Awan yang hampir tidak menang tangan melayan penumpang khususnya pada
cuti umum dan hujung minggu.
Tugas Awan cukup mudah, dia hanya perlu membawa penumpang meronda di
beberapa buah lorong yang menjadi pusat pelacuran di tengah-tengah pekan
tersebut.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..