28 September 2012
ANALISIS - Dalam beberapa jam lagi, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membentangkan belanjawan keempat sejak dilantik sebagai Perdana Menteri. Di atas kertas politik negara, Bajet 2013 akan menjadi belanjawan terakhir Kerajaan Pusat sejak mendapat mandat dalam Pilihan Raya Umum 2008, yang menyaksikan tsunami politik.
Mengulas debaran menanti perkembangan petang ini, dua penyelidik pilihan raya dan pandangan umum berpandangan bahawa sama ada suka atau tidak, Bajet 2013 tidak boleh lari daripada persepsi ia adalah "bajet pilihan raya."
Berdasarkan senario politik negara ini, di mana segala-galanya dikaitkan dengan politik, bajet juga sebahagian daripada dunia politik tempatan khususnya pilihan raya. Lebih-lebih lagi PRU13 akan diadakan bila-bila masa.
"Sama ada kita suka atau tidak, ini adalah bajet pilihan raya. Di mana-mana negara pun, kerajaan yang memerintah atau parti yang memerintah akan menggunakan peluang yang ada untuk memberi insentif, yang secara tidak langsung bertujuan menarik pengundi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian kepada Sinar Harian Online.
Ini termasuklah dalam pemilihan jawatan Presiden Amerika Syarikat sekarang.
"Pemilihan Presiden Amerika Syarikat juga bercakap mengenai ekonomi dan cukai... jadi saya tidak nampak jika Datuk Seri Najib tidak menggunakan bajet kali ini untuk memikat pengundi... ini peluang terakhir beliau sebelum PRU13," kata Ibrahim.
Ibrahim berkeyakinan bahawa Bajet 2013 akan memfokus kesemua segmen masyarakat berbanding belanjawan dibentangkan tahun lalu.
"Pastinya bajet ini bajet pilihan raya. Persoalan ialah skop yang bajet ini... segmen rakyat yang akan mendapat manfaat," kata beliau yang yakin golongan pertengahan akan diberi perhatian.

[BERITA BERKAITAN: 'Bajet 2013 jangkaui pilihan raya']
[BERITA BERKAITAN: Henti agih kekayaan kepada kroni: Anwar]
Bersetuju dengan pandangannya, Pengarah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaya (Umcedel), Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman pula yakin Najib dan Barisan Nasional (BN) akan menggunakan bajet kali ini dengan sebaik yang mungkin untuk memikat hati pengundi.
"Rugi kalau tidak gunakan," kata beliau.
Beliau melihat sebagaimana Bajet 2012, belanjawan kali ini akan membawa pengumuman insentif melibatkan segenap lapisan masyarakat.
"Semua orang tahu bahawa ini adalah bajet terakhir sebelum pilihan raya umum. Saya fikir beliau (Najib) akan menggunakan untuk menaikkan populariti beliau dan BN," katanya.
Kajian terbaru diumumkan Umcedel Selasa lalu menunjukkan jangkaan BN akan menang PRU13 merosot manakala populariti Najib juga susut sedikit berbanding kedudukan suku pertama tahun ini.
Bagaimanapun beberapa pihak bukan politik melihat Bajet 2013 sebagai bajet mesra rakyat bukan bajet pilihan raya.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Shamsudin Baradan yakin bajet kali ini dijangka lebih mesra rakyat berbanding bajet sebelum ini.
"Saya jangka ia lebih mesra rakyat tetapi saya juga berharap ia juga mesra majikan.
"Dengan adanya bajet yang mesra rakyat dan pelabur, kita dapat menjana perkembangan ekonomi negara," katanya kepada Sinar Harian Online.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ani Abdullah berharap bajet yang bakal dibentangkan bukan saja mesra rakyat tetapi sesuatu yang dapat memberi kesan jangka panjang.
"Kita perlu bajet yang komprehensif dan membantu transformasi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri bukan sekadar mesra rakyat tetapi mampu memberi kesan jangka panjang.
"Memang selalunya bajet itu untuk jangka pendek tetapi kita harap Bajet 2013 dapat menerapkan transformasi kerajaan yang dapat mengatasi beban sara hidup rakyat dalam jangka masa panjang," katanya.
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) juga mengharapkan perkara sama. Presidennya, Khalid Atan mahu bajet untuk rakyat ini juga perlu mesra pekerja agar mereka mampu menyara hidup.

"Kos sara hidup semakin tinggi pada masa akan datang, jadi kita harap bajet kali ini menekankan beberapa perkara seperti pendapatan, kediaman mampu milik, serta faedah pinjaman mudah untuk pekerja bergaji rendah dan menengah," katanya.
Artis tempatan, Scha Al-Yahya berpendapat bajet yang dibentangkan perlu sama rata agar jurang kehidupan kaya dan miskin tidak terlalu jauh.
"Saya tidak kisah jika bajet ini untuk memancing undi tetapi apa yang penting ia mampu sejahterakan rakyat.
"Saya yakin pembentangan bajet kali ini akan lebih baik. Saya percaya pada Perdana Menteri," katanya.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Bajet 2013 akan menggembirakan rakyat kerana memenuhi keperluan yang diperuntukkan kerajaan kepada golongan sasaran.
Sebagaimana diketahui, pemimpin Pakatan Rakyat tetap melihat Bajet 2013 sebagai bajet pilihan raya.
Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bersetuju bahawa Bajet 2013 adalah bajet pilihan raya kerana kerajaan tidak mempunyai banyak masa untuk menghadapi PRU13.
Katanya, faktor itu juga diakui bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Saya harap Najib akan umum penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, tol, cukai eksais kereta, cukai barang dan perkhidmatan tidak akan dilaksanakan. Penghapusan perkara-perkara tersebut akan menguntungkan rakyat," katanya lagi.
Sebelum ini, Bajet 2011 dan Bajet 2012 juga dikategorikan sebagai "bajet pilihan raya" dengan ramalan bahawa PRU13 akan diadakan tahun 2011 atau 2012. Kedua-duanya meleset.
Kali ini tidak!
Bajet Pakatan Rakyat 2013 atau Belanjawan Alternatif juga memperlihatkan ciri-ciri bajet pilihan raya. Jadi, sudah pasti Najib akan menggunakan peluang atau ruang yang ada ke arah itu.
Sama ada bajet pilihan raya atau tidak, setiap bajet perlu meningkatkan kesejahteraan rakyat. Menjaga kepentingan rakyat segenap lapisan. Itu penting dan harus menjadi terasnya.
Kita menanti pengumuman jam 4 petang ini!

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..