Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Friday, September 28, 2012

Hadiah dari Budget 2013 utk Kakitangan Awam

Kakitangan Awam Terima Tambahan Bonus Satu Bulan, Pesara RM500 

 

 

 KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas,


Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.


"Sebagai kerajaan yang mengenang budi, suka saya mengumumkan pemberian bonus sebanyak satu setengah bulan gaji. Dari jumlah tersebut, setengah bulan telahpun diberikan menjelang Aidilfitri yang lepas," kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.


Kerajaan pada Ogos lepas memberikan bonus setengah bulan gaji dengan minimum RM500 kepada semua penjawat awam, manakala pesara menerima RM500 bagi menyambut Aidilfitri.


Najib berkata pemberian bonus tersebut diharap dapat mengurangkan beban penjawat awam terutamanya yang berkeluarga, bagi menghadapi musim persekolahan yang akan bermula Januari depan.


-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...