Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Sunday, September 30, 2012

Kaunter lesen memandu diserbu Lesen Memandu Percuma

Kaunter lesen memandu diserbu

BATANG KALI - Kira-kira 800 penduduk Bandar Utama Batang Kali berpusu-pusu untuk mendapatkan borang latihan memandu percuma yang ditawarkan menerusi Kempen Pemanduan Berhemah 1Malaysia.

Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 5 BUBK, Ruzi @ Nata Yusoff berkata, tawaran itu dibuka kepada mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan layak mendapatkan lesen motosikal dan kereta.

“Peluang ini terbuka kepada semua penduduk kawasan ini dan kita anggarkan hanya 50 orang yang datang tetapi sambutan di luar jangkaan apabila hampir 1,000 yang datang.

“Borang yang disediakan pula hanya 200 sahaja, jadi bila ratusan yang datang dan masing-masing pula tak mahu lepaskan peluang menyebabkan keadaan sedikit kecoh tetapi terkawal,” katanya ketika ditemui pada taklimat kempen tersebut di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengelola Sekretariat Pengurusan Latihan Pembangunan Inisiatif (Pelapis), Shaikh Hussin Shaikh Mahamud dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor dan Kuala Lumpur (Perkom), Mohd Solleh Ibrahim.

Nata berkata, kehadiran itu sebenarnya menunjukkan ramai penduduk yang tidak mampu untuk mendapatkan lesen memandu namun dalam masa sama menjadi bukti masyarakat menyahut seruan menjayakan kempen tersebut.

Menurutnya, masyarakat menyambut baik usaha kerajaan dalam menjayakan kempen tersebut dan inisiatif memberikan peluang mengikuti latihan memandu secara percuma merupakan langkah wajar dalam memastikan usaha itu berjaya.

“Pihak berkuasa kerap mengadakan rondaan dan sekatan jalan di kawasan bandar ini dan penduduk yang tidak mempunyai lesen memandu terpaksa akur dengan tindakan mereka sama ada teguran sehinggalah mengenakan saman.

“Masalah ini tidak akan berkesudahan jika melihat faktor kekangan hidup kebanyakan penduduk, jadi kempen ini sedikit sebanyak membantu penduduk berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen memandu,” katanya.

Beliau berharap, pihak pengelola kempen tersebut membuka ruang seluasnya kepada penduduk kawasan tersebut terlibat dalam kempen yang dilaksanakan.

Menurutnya, kerjasama dengan Perkom juga diharap dapat memberi keutamaan kepada penduduk yang benar-benar layak menerima bantuan yang dianggarkan RM1,000 setiap seorang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...iserbu-1.90088

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...