GPS Pada Kasut?
LONDON - Risau sesat jalan atau sukar mengingati
jalan ke tempat dituju? Kasut yang dilengkapi sistem
kemudahan sistem penentu kedudukan global (GPS)
mungkin dapat bantu selesaikan masalah anda.
Seorang pereka kasut, Dominic Wilcox menggabungkan
bahagian tumit kasut dengan papan litar GPS dan
lampu kelip-kelip LED yang berfungsi penunjuk
arah jalan.
Jika anda berasa sesat jalan atau keliru ke lokasi
dituju, hanya perlu menghentakkan kaki tiga kali
kemudian lampu LED akan menyala
tanda GPS dihidupkan.
"Saya membuat keputusan untuk mencipta
sepasang kasut yang boleh memandu arah
pemakainya pulang ke rumah dengan selamat
tanpa perlu sesat lagi. Saya mendapat idea ini
daripada filem Wizard of Oz yang menceritakan
bagaimana watak Dorothy hanya perlu
menghentak kasutnya kemudian sampai ke rumah,
" kata pemegang Sarjana Seni daripada
Kolej Diraja Kesenian, London.
Kasut yang mendapat pengiktirafan daripada
syarikat Global Footprint yang memiliki warisan
lama bersama Dr Martens and Barkers itu,
dilengkapi dengan perisian komputer dan kabel
USB supaya apabila si pemakainya sampai di
rumah, kemudian memakainya semula untuk
keluar berjalan-jalan kasut ajaib itu dapat
menjejaki alamat rumah tuannya.
Kasut itu memiliki antena di dalam tumit sebelah
kiri yang mengandungi lampu LED berfungsi
sebagai kompas selain berkomunikasi dengan
pasangannya di sebelah kanan menggunakan
sistem tanpa wayar bagi menunjukkan sejauh
mana jalan yang perlu dilalui tuannya. - The Mail

No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..