Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, September 26, 2012

Neelofa Jawab Gosip Bercuti Dengan Hans Isaac di Koh Samui



"Saya pergi bercuti pada Ahad dan saya balik semalam (Isnin). Dia (Hans) pergi pada Khamis lalu dan tak silap saya, dia akan balik esok (Rabu). Saya pergi dengan sekumpulan kawan saya. Dia pula pergi dengan kawan-kawan golf dia.

"Saya tak faham kenapa ada pihak yang nak buat isu, sengaja buat cerita tentang kami bercuti bersama. Sebab sebetulnya saya pergi bercuti di Phuket. Hans ke Koh Samui. Tak silap saya, dia pergi main golf di sana. Saya langsung tak berjumpa dengannya", itu kata Neelofa sekaligus menyangkal gosip yang timbul baru-baru ini mengatakan dia dan penerbit juga pelakon popular itu bercuti bersama di Koh Samui, Thailand, minggu lalu.

Aktres cantik itu ditemui ketika di malam gala filem Hantu Kapcai, di Cineleisure Damansara, malam tadi.

Khabar angin berkenaan mula tersebar ekoran Neelofa sendiri yang menulis di laman Twitternya memberitahu yang dia mahu ke satu destinasi di luar negara. Pada masa sama, Hans juga diberitakan juga berada di destinasi yang dituju aktres itu.

Justeru Neelofa menegaskan, percutiannya juga Hans ke satu negara yang sama adalah satu kebetulan.

Ditanya sama ada dia berasa kesal kerana gara-gara twitnya itu telah menguatkan spekulasi yang selama ini benarlah mereka punya hubungan istimewa meskipun kedua-duanya menjelaskan mereka hanya berkawan baik.

Neelofa yang turut membintangi filem Hantu Kapcai berkata timbul sikit kekesalan namun dia menerimanya dengan hati terbuka kerana sedar cerita sebegini juala adakah lumrahnya sebagai seorang figura umum.

"Kesal lah sikit. Saya twit tu sebab teruja dan nak kongsi dengan peminat. Maklum lah nak pergi bercuti. Asalnya nak chill selepas beberapa bulan di set penggambaran Kau Yang Terindah. Ingatkan nak rehat sekejap sebelum kembali sibuk dengan penggambaran lain. Tapi lain pula jadinya. Balik saja sini, lagi bertambah serabut dibuatnya", tuturnya sambil tergelak kerana berasa lucu mendengar gosip tersebut.

Dia juga dapat merasakan yang Hans mengetahui tentang gosip ini. Bagaimanapun kata Neelofa, sepanjang mengenali jejaka itu, dia yakin yang temannya itu tidak akan ambil pusing mengenai khabar angin sebegini.

"Sepanjang mengenali Hans, saya tahu dia tentu akan buat bodoh jer dengan cerita macam ni".

Pegang Tangan Nazim di Depan Kaabah

Dalam pada itu mengulas mengenai babak-babak akhir dalam epsiod terakhir drama Kau Yang Terindah yang telah mencetuskan kontroversi baru-baru ini, Neelofa menjelaskan isu tersebut tidak perlu diperbesarkan. Lagipun penggambaran sebahagian babak akhir dalam drama yang ditayangkan di TV3 itu, sebenarnya dilakukan di Malaysia iaitu di Hotel Flamingo, Ampang.

Antara babak yang menjadi bualan hangat, di mana Neelofa (sebagai Aleesya) memengang Nazim Othman (yang melakonkan watak sebagai suaminya) di hadapan Kaabah. Ia sekaligus menimbulkan persoalan kerana perkara tersebut tidak boleh berlaku. Tambahan hakikatnya mereka bukan muhrim meskipun hanya dalam lakonan.

"Babak akhir tu sebenarnya hanya master shot saja di jalankan di Mekah dan Madinah. Sebahagian lagi iaitu close up shot, semuanya dijalankan di Hotel Flamingo, Ampang. Sebab ketika penggambaran tu pun kami dah lewat, dah lepas sembahyang Subuh dan suasana pun dah nampak cerah. Jadi mami (Eirma Fatima selaku pengarah) arahkan ambil master shot saja dan yang lain dibuat di Malaysia", katanya.

Perkembangan lain, Neelofa akan kembali sibuk di lokasi penggambaran filem Pilot Cafe pada pertengahan Oktober ini. Dalam filem arahan Osman Ali itu, Neelofa akan berganding dengan Fahrin Ahmad. Selain duta tilam King Koil ni akan terbang ke Itali pada November nanti bagi menjalani penggambaran untuk program Nona.

~sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...