Sepanyol Raja Eropah 2012
SEPANYOL dinobatkan Raja Eropah selepas menumpaskan Itali 4-0 dengan penuh gaya `La Roja' menerusi tandukan cantik David Silva, rembatan Jordi Alba, Fernando Torres dan Juan Mata, yang sekaligus berjaya mempertahankan kejuaraan mereka dalam pertemuan di Stadium Olympic, Kiev, Ukraine, awal pagi tadi.
Tindakan Vicente del Bosque meletakkan kembali Cesc Fabregas dalam kesebelasan utama membuahkan hasil apabila pemain itu membantu Silva mendapatkan gol pembukaan Sepanyol.Fabregas yang dapat melepaskan diri daripada pertahanan Itali melakukan sepakan lintang sebelum disambar menerusi tandukan cantik Silva untuk gol yang dicari-cari barisan Sepanyol pada minit ke-14.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..