Siapa Layak Digelar Hot Mama?
Dapat
dilihat ramai artis wanita yang sudah bergelar ibu, namun masih kekal
bergaya serta mempunyai potongan badan persis anak dara. Jika ditanya,
ramai yang berkongsi mereka mengamalkan gaya hidup yang sihat serta diet
seimbang.
Berikut GUA.com.my senaraikan beberapa nama artis yang masih tampil menawan sehingga layak digelar ‘hot mama’.
Sazzy Falak
Ibu
kepada anak kembar, Imaan Lily Nazril dan Tiara Rose Nazril sering
mengamalkan diet sihat untuk keluarganya. Selain mengamalkan pemakanan
seimbang, Sazzy juga aktif bersenam dan dia berdisiplin mengikut jadual
rutinnya.
Sazzy juga tampil dengan rekaan fesyen keluarannya
sendiri walaupun sibuk dengan kerjaya seni dan menguruskan keluarga.
Tidak mustahil Sazzy dapat mengekalkan bentuk tubuhnya sama seperti
sebelum mempunyai anak. Gaya potongan rambut pendek paras bahu yang
disesuaikan dengan fesyen pakaian yang ranggi,ceria dan segar membuatkan
Sazzy tampil muda sentiasa.
Nana Mahazan
Walaupun
sudah tidak aktif dalam bidang seni, namun Nana tetap mendapat
perhatian di laman sosial Instagram kerana dia sering berkongsi gelagat
anak-anaknya bersama peminat. Baru sahaja selesai berpantang, Nana kini
telah kembali langsing.
Isteri kepada Raqeem Brian ini mungkin
bertuah kerana tidak menghadapi kesukaran untuk kembali langsing secara
mudah. Bagaimanapun, dia turut berkongsi yang dia juga turut melakukan
senaman ringkas untuk tujuan kesihatan.
Nana juga memilih
potongan rambut pendek bagi memudahkannya mengendalikan dua orang
anaknya iaitu Althea dan Aaqib. Nana juga dilihat mewarnakan rambutnya
untuk kelihatan lebih ‘funky’.
Nora Danish
Ibu kepada Rayqal ini sering mendapat
perhatian jejaka-jejaka di luar sana kerana rupa parasnya yang comel
serta tubuhnya yang cilik. Malah, ramai juga yang tidak percaya Wanita
ini sebenarnya sudah berusia lebih 30 tahun. Akaun Instagram milik Nora
sering mendapat puluhan ribu ‘like’ kerana gelagatnya bersama Rayqal
yang begitu comel.
Peminat turut menggelar Nora sebagai Song Ji
Hyo Malaysia kerana rupa parasnya yang comel tanpa solekan tebal. Malah,
Nora juga bijak bergaya setiap kali menghadiri acara-acara hiburan.
Adakalanya dia tampil anggun, dan sesekali kelihatan santai.
Hubungan
cinta Nora dan teman lelakinya, Nedim Nazri Aziz bukan lagi perkara
rahsia. Sehingga kini Nora tetap menjadi pujaan ramai lelaki kerana dia
lebih menawan berbanding sebelum berkahwin dahulu.
Erra Fazira
Bekas
Ratu Cantik Malaysia ini memang tidak dapat disangkal lagi keanggunan.
Setiap kali dia melangkah ke acara karpet merah, pasti lensa kamera akan
tertumpu kepadanya. Dengan wajah dan bentuk badan menawan, Erra
seakan-akan tidak dimamah usia. Sebagai seorang ibu, Erra dan anaknya,
Engku Aleesya dilihat begitu rapat, malah dia juga gemar menggayakan
anak perempuannya mengikut gaya semasa.
Berbanding dengan artis
lain yang mengikat perut untuk memastikan tubuh cantik menawan, Erra
tidak begitu mengamalkan diet yang begitu ketat, namun mengamalkan
pemakanan seimbang.
Ziana Zain
Diva bervokal lantang ini sudah mempunyai
empat orang cahaya mata dan anak sulungnya sudah mencecah usia 14 tahun.
Walaupun hidup di arus globalisasi teknologi, namun dia tetap
berdisiplin setiap kali melalui proses berpantang. Ziana selesa mengikut
cara tradisional biarpun ramai ibu muda sekarang ini enggan
melakukannya.
Mungkin ini rahsia atau formula wanita berusia 46
tahun ini kekal menawan sehingga digelar sebagai Jennifer Lopez
Malaysia. Penampilannya yang begitu elegan dan anggun membuatkan ramai
wanita menjadikannya idola.
Walaupun sentiasa sibuk, namun Ziana
tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu kerana
dia juga tangkas dalam menjalankan tanggungjawabnya di rumah. Dia juga
sering menghadiri majlis-majlis di sekolah anak-anaknya bagi memberikan
sokongan.
Amy Mastura
Penyanyi, pengacara dan pelakon cilik ini
sememangnya sentiasa muda dan dilihat tidak dimamah usia. Walaupun
terdapat sesetengah artis yang menggunakan pembedahan plastik, suntikan
botox serta Vitamin C, namun Amy lebih selesa melalui proses penuaan
secara semula jadi.
Ibu kepada Adriana, 14 dan Adalia, 9, itu
mengakui yang dia tidak begitu bijak bergaya seperti sesetengah artis
lain, namun dia turut mementingkan pemakanan serta mengamalkan gaya
hidup sihat.
Rozita Che Wan
Isteri kepada Zain Saidin ini sedang
hamil tiga bulan. Rozita atau Che Ta mengakui yang tidak gemar bersenam.
Malah mengakui yang dia wajib makan nasi dua kali sehari, tetapi
mengambilnya dalam jumlah sederhana.
Ramai yang ingin mengetahui
rahsia Che Ta kekal langsing walaupun sudah mempunyai dua orang lelaki
yang sedang meningkat remaja. Namun Che Ta menjelaskan yang dia tiada
sebarang rahsia untuk dikongsi. Jelas Che Ta dia percaya tubuh badannya
kekal langsing kerana faktor keturunan di mana ahli keluarganya tidak
ada yang mengalami masalah berat badan.
~ sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..