Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, May 21, 2014

Tempahan Boeing 737 Max melepasi 2,000






BOEING meraikan kejayaan pentingnya dalam program Max 737 hari ini, apabila tempahan untuk pesawat cekap satu lorong itu melepasi 2,000 unit.

Menerusi 30 pesanan tambahan daripada pelanggan yang tidak diumumkan minggu ini, 737 Max kini mempunyai sejumlah 2,010 pesanan daripada 39 pelanggan di seluruh dunia, bernilai $209 bilion mengikut senarai harga.

737 Max juga menerima komitmen untuk lebih 250 pesawat tambahan. Ia mencatat 2,000 pesanan lebih cepat dalam sejarah berbanding pesawat lain Boeing.

Permintaan yang belum pernah berlaku itu didorong oleh pertumbuhan trafik udara dan keperluan untuk kapal terbang yang lebih cekap dalam penggunaan bahan apinya.

Naib Presiden dan Pengurus Besar Program 737 Max, Boeing Commercial, Keith Leverkuhn dalam satu kenyataan berkata: "Dua ribu pesanan pada peringkat ini merupakan kejayaan yang luar biasa.

"Sejak pesanan pertama, 737 Max menerima lebih daripada 50 peratus pesanan baharu berbanding pesaingnya, yang membuktikan nilai pesawat yang ditawarkan kepada pelanggan kami."

Ramai pelanggan elit kami memilih 737 Max ini yang menjimatkan penggunaan bahan api, operasi yang ekonomi serta reka bentuk dalaman yang canggih bagi barisan pesawat satu lorong dalam kumpulan masing-masing.

"737 Max menyediakan gabungan terbaik dalam kelasnya - cekap bahan api, kebolehpercayaan dan keselesaan penumpang yang diperlukan oleh pelanggan syarikat penerbangan kami untuk bersaing pada masa akan datang," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Air Lease Corporation, Steven Udvar-Hazy.

Naib Presiden Armada United Airlines Ron Baur berkata, syarikat penerbangan itu yakin terhadap Boeing dan 737 Max, terutama ia merupakan pesawat berbadan kecil untuk masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif GOL Linhas Aereas Inteligentes SA, Paulo Kakinoff pula berkata, 737 Max akan membantu syarikat penerbangan itu tampil dengan kumpulan pesawat moden dan selamat selain membantunya mengekalkan kelebihan saingan.

Penggunaan bahan api pesawat 737 Max mampu menjimatkan 14 peratus bahan apiberbanding kebanyakan 737 Next-Generation sedia ada dan 20 peratus lebih baik daripada 737 Next-Generation ketika pertama kali memulakan perkhidmatan.

Dengan pemasangan akhir akan bermula pada pertengahan 2015, 737 Max akan terbang pada 2016 dan dihantar kepada pelanggannya Southwest Airlines pada suku ketiga 2017. - Bernama








No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...