Tiket Flight Didedah, Hanez Suraya Bengang Privasi Diganggu
Ya memang sedih menjadi insan yang bernama Hanez Suraya. Gerak gerinya sentiasa diperhatikan oleh orang ramai. Tiada lagi privasi dalam kehidupan. Baru-baru ini gambar 2 keping tiket MAS yang memaparkan nama Hanez Suraya dan teman lelakinya, Romie Razin telah pun tersebar di Internet. Penyebaran itu bertujuan untuk mendedahkan tahap keseriusan hubungan Hanez dan Romie.
Walaupun lokasi penerbangan dirahsiakan, banyak pihak membuat kesimpulan yang Hanez dan Romie telah pergi bercuti bersama-sama. Kalau Abang Nara jadi Hanez pun sudah tentu tertekan dan bengang apabila privasi diri diceroboh sehingga ke tahap begini.
Menurut Hanez, 'Ya saya tahu (tentang pendedahan tiket). Memang ramai wartawan cuba menghubungi saya untuk mendapatkan penjelasan. Tetapi saya ambil langkah berdiam diri. Hak privasi saya telah diganggu kerana penyebaran gambar tiket penerbangan itu. Mereka yang menyebarkannya patut faham akan privasi saya. Dan jangan cuba membuat cerita tanpa usul periksa.
Cuba beritahu saya siapa yang tak geram jika diperlakukan begitu? Ini soal hak privasi. Mereka sudah menganggu privasi saya dan membuat cerita yang boleh mendatangkan fitnah. Mereka cerita tentang keburukan saya padahal mereka sendiri tidak sedar yang mereka sedang menabur fitnah. Semestinya saya bengang dan tidak puas hati.
Ya sudah tentu (tidak mempunyai privasi). Saya rasa selepas ini pergerakan saya sudah terbatas. Malah saya percaya ini boleh mendatangkan bahaya kepada diri saya pada masa akan datang...'
sumber: http://******************/tiket-pene...nggu/#comments
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..