Gemar memuat naik gambar berselfie, mari kita lihat siapakah gerangan selebriti yang layak digelar ratu selfie.
Semakin
ramai anak muda termasuk golongan selebriti yang tidak ketinggalan
memuat naik gambar mereka berselfie di laman sosial seperti Twitter,
Facebook dan Instagram masing-masing.
Menurut Oxford
Dictionaries, perkataan 'selfie' ini merupakan perkataan yang kerap
digunakan sejak tahun lepas dan penggunaan istilah tersebut dikatakan
mencapai lebih 17,000 peratus sejak beberapa bulan yang lalu.
Selfie
membawa maksud gambar diri sendiri yang diambil menggunakan telefon
pintar, tablet mahupun webcam dan dimuat naik ke dalam laman web.
Terbaru,
fenomena mengambil gambar sendiri bersama sanak saudara mahupun rakan
taulan telah diperhebatkan lagi dengan kemunculan 'monopod' iaitu tempat
meletakkan telefon bimbit yang boleh dilaraskan jarak objeknya daripada
lensa.
Laman media sosial sangat membantu mempopularkan
perkataan tersebut dengan menggunakan 'hashtag selfie' (#selfie) oleh
pengguna laman sosial berkenaan termasuk para selebriti tanah air.
Antara selebriti wanita yang gemar memuat naik foto yang diambil oleh mereka sendiri adalah:
Siti Nurhaliza
Diva
yang sentiasa tampil senyumannya yang menawan, Dato' Siti Nurhaliza
seringkali melayani karenah peminatnya di laman sosial Instagram dengan
memuat naik beberapa keping gambar setiap hari.
Siti di
antara selebriti wanita yang kekal aktif di laman sosial itu dengan
memenuhkan lamannya itu dengan gambar selfie sendirian mahupun bersama
rakan dan suami tercinta, Datuk Khalid Mohd. Jiwa.
Penyanyi
bersuara emas ini sibuk memeriahkan acara majlis hiburan seperti majlis
setiausaha yang menggandingkan dirinya bersama pelawak terkenal Zizan
dan sudah pun menunaikan impiannya dengan menghasilkan koleksi tudung
sendiri hasil kerjasama bersama jenama tudung ternama, Ariani.
Lisa SurihaniIsteri kepada pengarah terkenal,
Yusry Abdul Halim ini juga tidak melepaskan peluangnya berkongsi gambar
menarik melalui laman Instagramnya.
Gemar berselfie bersama suami tercinta, Lisa turut menghiburkan pengikut dan peminat dengan aksi selfienya yang bersahaja.
Aktres
yang pernah berganding bahu bersama Aaron Aziz dan Maya Karin menerusi
filem terkenal, "Ombak Rindu" ini telah muncul dalam program hiburan
popular, "E! News Asia" yang mana Lisa merupakan artis Malaysia pertama
yang ditampilkan dalam program tersebut.
Nora DanishPelakon jelita, Nora Danish memang terkenal dengan koleksi gambar selfienya yang dimuat naik di laman sosial.
Kerap
memuat naik gambar bersama putera sulungnya, Rayqal serta jejaka yang
digosipkan menjalinkan hubungan percintaan dengannya, Nedim Nazri.
Selain
gambar dirinya sendiri, aktres yang dilahirkan pada 7 Mac 1982 ini juga
gemar mengemas kini media sosialnya itu dengan gambar-gambar menarik
sekitar percutiannya di dalam mahupun luar negara.
Shila AmzahPenyanyi kebanggaan tanah air, Shila
Amzah gemar memuat naik gambar selfie tidak kira di mana sahaja dirinya
berada sama ada di Malaysia mahupun di China.
Pemenang tempat
ketiga pertandingan "I Am a Singer" ini semakin cemerlang langkahnya di
negara tembok besar itu dan berharap para peminat sentiasa mendoakan
kejayaannya di sana.
Shila bakal sibuk dengan persiapan album
terbaru dan dua konsertnya yang akan diadakan di Shanghai, China dan
Kuala Lumpur, Malaysia.
Hanis ZalikhaPenulis blog terkenal menerusi laman
blognya, inibelogsaya.blogspot.com sering bergambar selfie dan
mempamerkannya di dalam blog mahupun laman sosialnya.
Lebih dikenali kini sebagai seorang pelakon dan pengacara, Hanis pernah digosipkan bercinta bersama pelakon, Hairul Azreen.
Gemar
berkongsi pelbagai tips menarik di laman blognya, Hanis turut
memberitahu kepada para pembacanya mengenai tempat makan yang menarik
sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
~ sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..