Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, July 22, 2014

iPhone 6 di China?? Betul Ker?


Wah dilancarkan di China Ker? Ohh Tidak..baru nak beli iPhone 5dah keluar iPhone 6...tapi belum lagi dilancar sebenarnya..yang di China nie KLONE jer..hebat teknologi China nie dpt copy iPhone 6..jom kita baca...

Klon iPhone 6 hadir di China sebelum Apple umum





APPLE dijangka mengumumkan telefon pintar generasi baharu mereka dalam beberapa bulan lagi, dan menariknya, jauh sebelum pihak Apple mengumumkannya secara rasmi, iPhone 6 versi klon sudah boleh didapati di China.

Peranti klon iPhone 6 ini hadir menyerupai beberapa reka bentuk yang tertiris sebelum ini di samping turut membawakan sistem operasi yang menyerupai iOS baharu.

Bercakap mengenai iPhone generasi baharu, Apple dikatakan akan hadir dengan dua variasi, iaitu satu yang bersaiz 4.7-inci, dan juga satu lagi bersaiz 5.5-inci. Kedua-duanya bakal menggunakan cip pemprosesan Apple terbaharu, di samping turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti lebih besar berbanding sebelumnya.




Potong impian kita!





Potong impian kita!
Think big, start small.
Tips Mencapai Sasaran Simpanan Tahunan
=====

Sekiranya seseorang individu itu mensasarkan mempunyai simpanan sebanyak RM 5,000 dalam tempoh 1 tahun, dia perlu mempunyai strategi simpanan yang betul.

Individu ini pasti 'keletihan' apabila melihat sasaran RM 5,000 sedangkan tabung ayamnya baru ada 10 sen.

Maka salah satu cara yang dapat kita buat adalah 'potong' RM 5,000 itu kepada 12 'slices'.

Maka, sasaran sebulan adalah menyimpan sebanyak RM 417.

Jika, masih terasa besar, potong lagi kepada 4. Maka, sasaran menyimpan seminggu adalah RM 104.

Jika itu pun terasa susah, maka potong lagi kepada 7. Ini menjadikan sasaran harian kita adalah RM 15.
.

Maka dari situ kita dapat menetapkan action plan yang lebih realistik berbanding sasaran nak ada simpanan RM 5,000 tanpa dipotong-potong kepada 'slices'.

Apabila kita tidak mempunyai strategi yang betul, secara psikologinya, ia dapat menyebabkan kita cenderung mencari peluang 'peleburan' yang menjanjikan quick profit. 
.

Apakah strategi harian yang tuan puan dapat buat untuk mempunyai RM 15 pada jam 11.59 malam  setiap hari ?

(+) Berhenti merokok.
(+) Kurangkan shopping online
(+) Berhenti minum di Starbucks.
(+) ...
(+) ...

Sila klik link di bawah untuk mendapatkan lebih banyak cara-cara menguruskan duit gaji setiap bulan:

--> www.panduancashflow.com




Tips Mencapai Sasaran Simpanan Tahunan
=====
Sekiranya seseorang individu itu mensasarkan mempunyai simpanan sebanyak RM 5,000 dalam tempoh 1 tahun, dia perlu mempunyai strategi simpanan yang betul.
Individu ini pasti 'keletihan' apabila melihat sasaran RM 5,000 sedangkan tabung ayamnya baru ada 10 sen.
Maka salah satu cara yang dapat kita buat adalah 'potong' RM 5,000 itu kepada 12 'slices'.
Maka, sasaran sebulan adalah menyimpan sebanyak RM 417.
Jika, masih terasa besar, potong lagi kepada 4. Maka, sasaran menyimpan seminggu adalah RM 104.
Jika itu pun terasa susah, maka potong lagi kepada 7. Ini menjadikan sasaran harian kita adalah RM 15.
.
Maka dari situ kita dapat menetapkan action plan yang lebih realistik berbanding sasaran nak ada simpanan RM 5,000 tanpa dipotong-potong kepada 'slices'.
Apabila kita tidak mempunyai strategi yang betul, secara psikologinya, ia dapat menyebabkan kita cenderung mencari peluang 'peleburan' yang menjanjikan quick profit.
.
Apakah strategi harian yang tuan puan dapat buat untuk mempunyai RM 15 pada jam 11.59 malam setiap hari ?
(+) Berhenti merokok.
(+) Kurangkan shopping online
(+) Berhenti minum di Starbucks.
(+) ...
(+) ...
Sila klik link di bawah untuk mendapatkan lebih banyak cara-cara menguruskan duit gaji setiap bulan:
--> www.panduancashflow.com



~ kredit ^sumber Suzardi Maulan




Sunday, July 20, 2014

Lima rakan temui ikan tuna gergasi





Seekor ikan tuna jenis bluefin sepanjang 2.17 meter dengan berat 136 kilogram ditemui lima sekawan di Cornwall baru-baru ini.

KINGSAND, Britain - Sekumpulan sahabat menemui seekor ikan tuna bluefin sepanjang 2.17 meter di perairan Cornwall baru-baru ini.

Lima orang sahabat itu terdiri daripada Sarah Little, 22, Laura Pickervance, 23, Hannah Ford, 24, Shauna Creamer, 23 dan Charlotte Kamar, 24, menemui ikan tuna yang memiliki berat 136 kilogram ketika sedang berkayak.

Menurutnya, salah seorang daripada mereka terjun ke dalam laut selepas mendapati terdapat seekor ikan yang sedang terapung.

Namun, rakannya itu kemudian mendapati ikan tersebut telah mati.

"Ketika kami membawanya naik ke darat, sekumpulan orang awam yang berkumpulan berada di pantai untuk melihat apa yang kami tangkap.

"Kami berusaha untuk menariknya namun ikan itu terlalu berat sehingga memaksa empat orang lelaki membawa ke daratan," kata Little.

Kelima-lima mereka bagaimanapun berasa kecewa kerana tidak dibenarkan menjual hasil tangkapan mereka yang hampir mencecah AS$1.7 juta (RM5.4 juta) oleh pihak berkuasa.

Ikan berkenaan kemudiannya dibawa oleh beberapa kakitangan Organisasi Pengurusan Marin untuk dijadikan bahan kajian oleh para saintis di Universiti Exeter. - Agensi




Khasiat Buah Durian Belanda

PETUA MELAYU LAMA


1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.
2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :
5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.
6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !
7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.
Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.
Khasiat Buah Durian Belanda 

1) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

3) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

4) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah durian belanda telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

5) Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

6) Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan !

7) Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Khasiat buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.










Saturday, July 19, 2014

MH17 : Compairing Altitudes




BUK-M1 launcher



puak pemisah da ada senjata nie..power-power..









MH17 : Ukraine, Russia, Rebels ada BUK-M1 Launcer





Pentagon representative on CNN just confirmed that US intelligence determined that it was in fact shot down. They also say that rebel couldn't have capabilities to shot it down. So it is between Russian side and Ukrainian military. They will determine it so by doing some infra-red backtracking.

Media lain pula melaporkan All side had access to BUKs (Ukraine,Russia,Rebels) :
http://en.itar-tass.com/world/738262
http://en.itar-tass.com/world/741173



BUK-M1 launcher




puak pemisah dah ada senjata nie..pro russia kan..



Friday, July 18, 2014

MH17 : Serangan disasarkan kepada Presiden Russia






Terkini, lidah rasmi Russia, 
RT News telah melaporkan bahawa pesawat
IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17
pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan
udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar
setengah jam lebih awal berbanding IL-96.
Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu
sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari
Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas
yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin
ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas
menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.
Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat
yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu
titik yang sama. “I can say that Putin’s plane and
the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same
echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of
10,100 meters. The presidential jet  was there at 16:21 Moscow time and
the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber
berkenaan. Tambah sumber itu lagi, pesawat
yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir
sama dan menggunakan warna yang sama. Hal ini mungkin telah menjadi
kekeliruan kepada si penyerang.

MH17 : Senarai Nama Penumpang dan anak kapal



■Penumpang Pesawat MH17 bagi rakyat Belanda : 143 orang
■Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Australia : 27 orang
■Penumpang Kapal Terbang MH17 bagi rakyat Malaysia : 20 orang (2 bayi)
■Penumpang Pesawat MAS MH17 bagi rakyat Indonesia : 11 orang (1 bayi)
■Penumpang MAS MH17 bagi rakyat British : 6 orang
■Penumpang MAS MH17 bagi rakyat Jerman : 4 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Belgium : 3 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Filipina : 3 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Kanada : 1 orang
■Penumpang MH17 bagi rakyat Amerika syarikat : 23 orang
■Tidak diketahui : 39 orang
■Jumlah warga Malaysia 35
■Jumlah Penumpang : 280 orang
■Kru teknikal MAS MH17 : 4 lelaki
■Kru kabin MAS MH17 : 11 (3 lelaki / 8 wanita)


Senarai Penumpang MH17 Malaysia Airlines : Nama Juruterbang Pramugara, Pramugari MAS & Penumpang
1.Kapten Wan Amran Bin Wan Hussin
2.Kapten Choo Jin Leong Eugene
3.Ahmad Hakimi Bin Hanafi
4.Muhamad Firdaus Bin Abdul Rahim
5.Mohd Ghafar Bin Abu Bakar
6.Dora Shahila Bin Kassim
7.Azrina Binti Yakob
8.Lee Hui Pin
9.Mastura Binti Mustapa
10.Chong Yee Pheng
11.Shaikh Mohd Noor Bin Mahmood
12.Sanjid Singh Sandhu
13.Hamfazlin Sham
14.Nur Shazana binti Mohamed Salleh
15.Angeline Premila Rajandaran




Mungkin bleh membantu..


~ sumber kredit




MH17 : Ditembak oleh BUK SAM




According to Interfax, the plane was shot down by a BUK SAM.





militia captured BUK.


MH17 : Kenyataan PM mengenai tragedi MH17



Kenyataan PM mengenai tragedi MH17
PLAYClick to Expand & Play
Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.
SEPANG: Berikut ialah kenyataan Perdana Menteri  Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang berita mengenai tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, di Hotel Sama-Sama di sini.

"Petang semalam, saya dimaklumkan mengenai berita yang amat dahsyat dan sangat mengejutkan bahawa sebuah pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine.

"Malaysia Airlines telah mengesahkan bahawa pesawat itu adalah Malaysia Airlines Penerbangan 17 yang dalam penerbangan berjadual dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

"Penerbangan itu berlepas pada 12.15 tengah hari, waktu tempatan. Ia dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan Malaysia.

"Pesawat itu adalah Boeing 777-200".

"Laluan penerbangan pesawat itu telah diisytiharkan selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa.

"Dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa telah menyatakan bahawa ruang udara yang direntasi pesawat itu tidak tertakluk kepada sekatan.

  "Malaysia Airlines mengesahkan bahawa pesawat itu tidak membuat sebarang
panggilan kecemasan.

  "Penerbangan itu membawa sejumlah 295 orang – merangkumi 280 penumpang dan 15
anak kapal.

"Malaysia Airlines kini dalam proses memaklumkan kepada waris penumpang dan anak kapal. Semua bentuk penjagaan yang sebaik mungkin akan diberikan kepada waris.

"Kerajaan Malaysia akan menghantar penerbangan khas ke Kiev, yang membawa Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

"Menurut maklumat yang diberikan oleh Menara Trafik Udara Kiev, lokasi isyarat kecemasan pesawat itu ialah 48 darjah 7 minit dan 23 saat Utara; dan 38 darjah 31 minit dan 33 Timur.

"Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

"Pada peringkat awal ini, bagaimanapun, Malaysia tidak dapat menentukan punca tragedi ini.   

"Tetapi kami perlu - dan kami akan - mendapatkan maklumat tepat mengenai apa yang berlaku kepada pesawat itu.

"Kita akan berusaha sedaya upaya.

"Sekiranya pesawat itu benar-benar ditembak jatuh, kita akan mendesak pihak yang bertanggungjawab melakukannya dibawa ke muka pengadilan dengan segera.

"Pusat-pusat operasi kecemasan sudah pun ditubuhkan. Dalam beberapa jam lepas, pegawai-pegawai Malaysia sentiasa berhubung dengan rakan sejawatan mereka di Ukraine dan tempat lain.

"Dan saya akan bercakap dengan beberapa pemimpin dunia dalam beberapa jam lagi.

"Saya telah pun beberapa kali bercakap dengan Perdana Menteri Netherlands.

"Saya juga telah bercakap dengan Presiden Ukraine. Beliau berjanji akan menjalankan siasatan penuh, menyeluruh dan bebas, dan pegawai-pegawai Malaysia akan dijemput menyertainya.

"Presiden Ukraine juga mengesahkan bahawa kerajaannya akan berunding dengan pemberontak di timur negara itu bagi menubuhkan satu koridor kemanusiaan di tempat pesawat itu terhempas.

"Sebentar tadi, saya menerima panggilan daripada Presiden Obama. "Saya dan beliau bersetuju bahawa siasatan itu perlu dijalankan tanpa sekatan.

"Sebuah pasukan antarabangsa perlu mempunyai akses sepenuhnya ke tempat pesawat itu terhempas.

"Dan tiada siapa pun patut mengganggu kawasan itu, atau mengalihkan sebarang serpihan, termasuk kotak hitam.

"Ini merupakan hari yang tragik, dalam tahun yang begitu tragik, bagi Malaysia.

"Sambil kita cuba memahami apa yang berlaku, doa dan harapan kita adalah untuk keluarga dan rakan mereka yang berada dalam penerbangan itu.

"Saya tidak dapat bayangkan apa yang sedang mereka alami pada saat-saat memilukan ini.

"Penumpang dan anak kapal penerbangan ini adalah dari banyak negara berbeza.

"Namun, hari ini, tanpa mengira kewarganegaraan, kita semua bersatu dalam kesedihan.















MH17: Report with Pict on crash site




A Malaysian Airlines’ Boeing-777 has crashed over Ukraine, close to the border with Russia.Espresso TV says the plane, with 285 people on board, was en route from Amsterdam to Malaysia.The Ukrainian military has confirmed that a Malaysian plane crashed in eastern Ukraine.The passenger plane was expected to enter Russian airspace but never did, a Russian aviation industry source was cited by Reuters.



























MH17: Tersasar TEMBAK Jet Presiden RUSSIA...


~ Tersalah tembak itu alasan yg dikatakan....hmmm


-dilaporkan mmg nak tembak jet Putin tapi tersalah kena mh17

jet putin lalu route sama

Malaysian Airlines MH17 plane was travelling almost the same route as Russia’s President Vladimir Putin’s jet shortly before the crash that killed 295, Interfax news agency reports citing sources.


“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft – 15:44 Moscow time,” a source told the news agency on condition of anonymity.













MH17 : MH17 is the worst aviation incident in terms of loss of life since the 9/11 World Trade Center attacks.


We've started a live blog to bring you the latest updates on MH17. We'll do our best to bring you the latest and most accurate news. In the meantime, let's all please pray for the passengers of Flight MH17.









‪#‎MH17‬: Reuters have released the picture of the crash site in the settlement of Grabovo in Donetsk region.
Follow our live blog here: http://bit.ly/MH17LiveRepo



~ SOURCE ^ CREDIT






Thursday, July 17, 2014

Bukan ‘budak penyu’ lagi



London: Kehidupan seorang kanak-kanak berubah tiga tahun lalu selepas doktor berjaya membuang tahi lalat besar di belakang badannya.

Didier Montalvo, lapan, pernah digelar ‘budak penyu’ kerana mempunyai ketumbuhan seperti cengkerang di belakang badannya.

Dia disahkan menghidap Congenital Melanocytic Nevus (CMN) pada 2011.

Didier diterbangkan dari bandar asalnya di Colombia ke Britain semalam untuk bertemu dengan kanak-kanak yang senasib dengannya.


Foto
DIDIER sebelum (kanan) dan selepas dibedah.


Menceritakan keadaan anaknya dalam satu wawancara dengan stesen televisyen ITV, ibu Didier, Luz berkata, anaknya begitu sedih kerana digelar ‘budak penyu.’

“Dia sering memberitahu saya mengapa nasib dia begitu. Sukar untuk menjawab soalannya.

“Keadaan itu menghalangnya melakukan pelbagai aktiviti yang digemarinya,” kata Luz.

Tetapi mujur ada pakar bedah plastik, Neil Bulstrode yang sanggup menjalankan pembedahan percuma selepas mendengar nasib Didier.

Dia kini boleh menjalani hidup seperti kanak-kanak lain.

Bulstrode berlepas ke Bogota untuk membantu sepasukan pakar bedah membuang tanda lahir Didier yang tumbuh begitu besar sehingga membahayakan nyawanya.

Doktor kemudian menjalani beberapa sisi pembedahan secara berperingkat-peringkat.

Menurut Bulstrode, kes Didier adalah yang paling teruk pernah ditemuinya.

“Dia umpama berjalan dengan membawa seguni kentang di belakangnya,” kata Bulstrode. - Agensi





~ sumber ~













Wednesday, July 16, 2014

Tarik Tali Ular Sawa



Cho xin cái kết.






~Lawan tarik tali dgn ular sawa





Tips memilih durian





Hantu Durian


1) beli yang ada tangkai,kalau tangkai diorg buang jgn beli
2)cium ,buah yg masak dgn x masak baunya lain
3) korang goncang,kalau x bunyi langsung biasanya memang x masak,kalau buah dah ckup masak bunyi gup2 dlmnya
4) tgk duri durian,nie utk yg dah expert terutama antu durian,durian gred A durinya memang lain,sekata dan cantiknya je kita tgk,teman biasa nak beli durian tgk duri dah tahu durian baik atau tak
5) warna isi durian korang tgk kat tangkai dia,bukannya warna tangkai yg luar tapi warna tgh2 kat tangkai durian,kalau korang potong tangkai durian ada jalur warna putih kat tgh2 dia,kalau duiran tembaga isi kuning,jalur dia pun warna kuning xlah putih sgt mcm biasa
6) semoga tip2 nie membantu kalian semua

Kaki Durian

kalau nak sedap beli lah durian yg berjenama..komfem tip top..contoh, musang king ker, durian kunyit ker..kira mmg dah sahih dah..tp mahai ler dari durian longgok. ayah pernah bgtau tips untuk kenalpasti isi durian warna putih atau kuning. caranya, tgk pada tangkai durian..guris dengan kuku kat tangkai durian tu, kalau warna kuning, isi kuning..kalau warna hijau,isi putih..nak pastikan durian tu baru luruh atau x diperam, tgk jugak kat tangkai.. kalau ujung tangkai masih basah n keputihan, mmg baru luruh ler tu..kalau dah kecut n warna gelap, durian tu dah lama luruh atau di peram.


Anak Pemilik Kebun Durian1.garu ke atas pakai kuku.... bunyi yg masak, akan tebal skit bunyinyer..
2.goncang... klu isi goyang... cun... masak.. kdg2 ada jenis yg tak goyang isinyer
3.jatuh kan ke tanah... klu masak elok... jatuhnyer tak melantun... klu tak masak... dgr bunyi mcm batu.. silap2 melantun..

ni jer skil aku sbb bapak aku ade kebun durian.. semoga bermanfaat..

klu durian tuh dah lama... penjual akan potong skit tangkai biar nampak lembab konon2 durian baru gugur... klu tangkai dah kecut.. durian dah lama la tuh..

durian ni atas 3 hari dah tak berapa sedap dah rasa...





Peraih Durian


ni pengalaman aku yg dlu penah terlibat dlm aktiviti menjual, mengutip dan disamping menikmati durian. aku x pandai menilai durian, cuma, pengalaman sendiri je.

kita pergi dekat durian yg murah2 dlu..

first tgk gred dlu, klo durian kampung yg biasa2, mostly yg kecik2 dan sedang2 ni tiada masalah, memang sedap, tp sekarang kebanyakan durian byk yg dh kacuk, dan pokok jenis tanaman yang cepat, singkat dan berbuah. klo durian kampung biasanya nk tanam memang lama nk tggu berbuah, dan pokok dia jenis besar2 dan tinggi, tp buahnya memang tidak menghampakan.Untuk jenis durian yg besar2 ni aku tgk jenis durian tembaga je yg sedap, yg lain, klo dpt yg besar korang kopek tu isi dia okay kira nasib la.

durian kampung ada yg jenis senang atau susah kopek, kebiasaanya yg susah kopek ni isi dia sedap, jenis yg duri rapat2 kebanyakan,
durian kacuk jenis yg murah2 ni yg byk jual2 tepi jalan, so untuk mengelakkn rugi beli durian yg kadang2 x tahu isi dia elok atau tidak, pilihlah yg sederhana, duri2 yg tersusun rapat, elakkan memilih yg besar2 untuk durian kacuk, dan nak tau fresh atau tidak boleh tgk batang durian tu, klo yg baru2 gugur biasanya batang dia bergetah, klo dh lama gugur biasanya batang dia dh reput dan isi dia kemungkinan dh terlampau masak atau masam, ikut nasib la.

Durian jenis gred2 yg baik biasanya mahal, ada yg D24 la, dan mcm2 lain, dan kualiti pula memang tidak perlu dirisaukan, klo rasa xnk rugi beli durian mahal, boleh suruh orang tu tebuk, dan tekan sedikit guna jari di isi durian tersebut, pastikan isinya tidak terlalu lembik, tidak keras dan batangnya masih baru.

belum lagi cerita pasal durian jenis musang king, kucing tido, dan lain2..

p/s : aku klo nk makan durian, suka cari yg kecil2 atau sederhana, duri yg rapat2 dan batang durian yg baru/bergetah yg menandakan durian itu baru gugur. bau durian bukan jaminan isi dia elok










Tuesday, July 15, 2014

Madonna timbul kontroversi pakai niqab


California: Madonna sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila berani tampil menyiarkan gambar terbaru pakaian pilihannya niqab.
Ratu Pop berusia 55 tahun itu berkongsi gambarnya dengan peminat Instagram menunjukkannya memakai niqab minggu lalu, membuatkan 1.6 pengikut bingung dengan penampilan yang dianggap baru itu. Gambar itu disiarkan dengan ‘hashtag’ yang tidak langsung menjelaskan perbuatannya malah seolah-olah seakan tidak mempedulikan apa difikirkan peminatnya.

Penyanyi lagu Material Girl itu sebelum ini juga pernah menimbulkan kemarahan masyarakat Islam apabila membuat kemunculan tahun lalu memakai topeng rantai besi seperti purdah dengan keterangan ‘Revolusi cinta bermula, Insya-Allah.’
Foto
IMEJ terbaru Madonna berhijab di laman Instagram miliknya.

Pada 1998, Madonna pernah memakai pakaian Geisha ketika membuat video muziknya yang menimbulkan kemarahan peminat dari Asia.

Sikap Madonna yang acuh tidak acuh itu dilihat disebabkan tidak mempunyai pemahaman sewajarnya mengenai adat dan budaya negara lain, malah dia dikatakan memandang remeh prinsip serta nilai di sebalik pemakaian niqab sebagai simbol kesopanan wanita Islam.

Bagaimanapun, Ratu Pop itu tidak memberikan ulasan lanjut mengenai gambar berkenaan. - Agensi







~ sumber~

Monday, July 14, 2014

DAP features another ‘awek cun’ in its fold





Having sparked a frenzy of wolf whistles by fielding an attractive young woman Dyana Sofya Mohd Daud in the Teluk Intan by-election, DAP unabashedly features another ‘awek cun’ set to send hearts aflutter.



~ sumber





iPhone ancam keselamatan China




BEIJING 12 Julai - China menganggap penggunaan iPhone boleh mengancam keselamatan negara kerana telefon pintar itu boleh mendedahkan lokasi pengguna.

Menurut laporan syarikat penyiaran China, CCTV, ketetapan Frequent Locations dalam telefon pintar itu boleh digunakan untuk membocorkan maklumat pengguna dan mengesan di mana pengguna berada.

Seorang penyelidik yang ditemu bual oleh saluran televisyen itu berkata, maklumat tersebut adalah ‘data yang sangat sensitif’ dan boleh mendedahkan ‘rahsia negara’.

Sementara itu, Apple pula menyatakan Frequent Locations boleh mengesan lokasi yang sering dikunjungi pengguna dan juga berapa lama pengguna melawat lokasi tersebut.

Jelas Apple, data tersebut disimpan di dalam telefon pintar pengguna dan tidak akan dihantar kepada Apple tanpa persetujuan pengguna.

Sebelum ini, Apple dikecam hebat oleh kerajaan China kerana dituduh menyalurkan data pengguna kepada agensi perisikan Amerika Syarikat (AS), Agensi Perisikan Kebangsaan (NSA).

Perkhidmatan Google juga dihentikan buat seketika di China selama lebih sebulan dan kerajaan turut mengharamkan komputer kerajaan menggunakan sistem Microsoft Windows 8.



~ SUMBER 











Ketua kampung arah anak dirogol lepas bapa pukul lelaki mabuk






Ranchi, India: Seorang ketua kampung mengarahkan seorang budak perempuan dirogol sebagai hukuman terhadap bapa mangsa membelasah jiran mereka yang cuba mencabul serta menceroboh rumah mereka.

Media semalam melaporkan, bapa mangsa terkejut apabila seorang lelaki mabuk masuk ke rumah mereka pada tengah malam kelmarin untuk mencabul isterinya.

Untuk menyelamatkan keadaan, bapa mangsa membelasah jirannya itu, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri.

Jurucakap polis berkata, keesokan harinya lelaki terbabit mengadu kepada ketua kampung di sebuah kawasan petempatan di daerah Bokara di negeri Jharkhand.


Kata jurucakap polis itu, sebagai balasan kerana dibelasah, ketua kampung terbabit membenarkan anak perempuan lelaki itu dirogol.


“Kebenaran itu diberi kononnya sebagai hukuman terhadap bapa mangsa yang bertindak ganas,” katanya.

Suspek kemudian mengheret budak perempuan berusia 10 tahun itu dari rumahnya ke belukar berhampiran untuk diperkosa.

Saksi berkata, kejadian itu disaksikan ibu mangsa.

Budak perempuan itu kemudian ditemui ibunya dalam keadaan berlumuran darah kira-kira sejam kemudian.

Jurucakap polis berkata, penduduk kampung tidak campur tangan atau cuba menyelamatkan budak terbabit kerana bimbang mereka pula menjadi sasaran serangan.

“Polis kemudian dimaklumkan mengenai insiden itu dan ketua kampung berkenaan ditangkap,” katanya.

Kejadian itu adalah serangan seksual melampau terbaru di India - negara yang mencatatkan kes seumpama sekali setiap 22 minit.

Biro Rekod Jenayah Kebangsaan menyatakan sebanyak 24,923 kes rogol berlaku di seluruh India pada 2012, namun aktivis hak wanita mendakwa realiti di negara itu jauh lebih menggerunkan.- Agensi



~ sumber











Laluan mudah Tok Gajah






JUARA musim lalu, Pahang dan naib juara Piala FA, Felda United dilihat tidak berdepan masalah untuk menempah slot ke suku akhir selepas diundi bersama Lions XII dan Johor Darul Takzim II (JDT II) dalam Kumpulan A, Piala Malaysia 2014, semalam.

Juara Liga Super 2014, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan finalis Piala Malaysia tahun lepas, Kelantan akan menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dalam saingan kumpulan C yang turut diundi bersama ATM serta Pulau Pinang.

Manakala Selangor yang masih dalam misi memburu kejuaraan buat kali ke-33 pula diundi bertemu juara Liga Premier, PDRM dalam Kumpulan D yang turut disertai Sime Darby dan T-Team.

Bagi Terengganu, mereka dijangkakan tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan berikutnya selepas diletakkan bersama Perak, Kedah dan Sarawak dalam Kumpulan B.

Perlawanan pembukaan Piala Malaysia akan bermula pada 13 Ogos depan dan aksi final akan berlangsung pada 8 November.

Tahun lalu menyaksikan Pahang dinobatkan juara selepas menundukkan Kelantan, 1-0, di Stadium Shah Alam.

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang



KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.





sumber:








2 rakyat Malaysia 'berbahaya', 'berharga', 'digeruni' di Teluk Guantanamo





Masih di dalam tahanan di Teluk Guantanamo: (Dari kiri) Mohamad Nazir, Mohd Farik dan Hambali.


KUALA LUMPUR: Mereka bukan sahaja rakyat Malaysia yang ditahan di Pusat Tahanan Teluk Guantanamo sejak lapan tahun lalu, malahan kedua-duanya digeruni di pusat itu.

Mohamad Nazir Lep, yang dikenali sebagai Bashir Lap atau Lilie dan Mohd Farik Amin, turut dipanggil Yazid Zubair, dikategorikan sebagai pengganas “amat berbahaya” dan antara 14 ‘tahanan berharga’ di pusat itu.

Menurut dokumen yang diperoleh daripada Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS), mereka tidak dibenarkan untuk pembebasan segera dan nasib mereka belum dapat dipastikan.

Kedua-duanya ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan pada 2003 apabila Mohamad Nazir, 38, ditahan di Thailand dan Mohd Farik, 39, di Kemboja.

Mereka kemudiannya dipindahkan ke Guantanamo pada 4 September 2006.

Sumber risikan AS percaya bahawa mereka merupakan sebahagian daripada rancangan berani mati melibatkan pesawat komersial yang dirampas dalam gelombangan serangan kedua selepas kejadian 11 September 2001.

Mohamad Nazir, yang menghadiri sekolah latihan penerbangan, merupakan seorang tahanan yang merancang untuk mengendalikan rampasan pesawat.

Dia turut merancang serangan terhadap kedutaan AS, termasuk melakukan perpindahan wang dan senjata kepada anggota kumpulan radikal lain.

Mohd Farik pula didakwa sebagai anggota kanan kepada JI dan al-Qaeda.

Pusat Tahanan Teluk Guantanamo, yang turut dirujuk sebagai Guantanamo atau Gitmo, merupakan penjara tentera AS di sebuah pangkalan tentera laut yang menghadap Teluk Guantanamo di Cuba.

Ditubuhkan pada 2002, pusat tahanan itu disifatkan amat berbahaya, dan menempatkan tahanan dari Afghanistan, Iraq, Afrika dan Asia Tenggara.

Menurut seorang jurucakap Kedutaan AS di sini, “kedua-dua rakyat Malaysia di Teluk Guantanamo telah dirujuk sebagai berpotensi untuk pendakwaan.”

Pegawai itu berkata, sehingga pertuduhan dikenakan terhadap mereka, kes mereka boleh dikaji semula oleh Lembaga Penilaian Berkala.

“Lembaga itu akan menentukan sama ada penahanan mereka perlu diteruskan bagi melindungi ancaman terhadap Amerika Syarikat,” tambah pegawai itu.

Pakar Kriminologi USM, Profesor Madya Dr P. Sundramoorthy berkata, tiada petunjuk bahawa kedua-dua mereka akan dibebaskan kerana AS masih melihat mereka sebagai individu berbahaya dengan kemungkinan akan kembali menyertai dalam militan sekiranya dibebaskan.

“Ia akan menjadi penahanan yang panjang buat mereka,” tambahnya.

Difahamkan kedua-dua mereka dibenarkan untuk menghantar surat termasuk gambar, yang akan diperiksa terlebih dahulu, kepada ahli keluarga menerusi Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa.

Dipercayai kedua-dua rakyat Malaysia itu boleh memberikan maklumat berguna kepada AS mengenai kumpulan radikal dan operasinya.

Dikatakan mereka disoal siasat oleh Agensi Perisikan Jenayah (CIA) di sebuah kawasan yang tidak diketahui, sebelum dihantar ke Guantanamo.

Laporan menyatakan bahawa Mohamad Nazir dan Mohd Farik disoal siasat di Pulau Diego Garcia, yang merupakan pusat operasi CIA di kawasan terpencil di Lautan Hindi.

Selain mereka, seorang rakyat Indonesia, Hambali, 50, yang pernah memiliki taraf permaustatin tetap, turut ditahan di Teluk Guantanamo.

Hambali atau Riduan Isamuddin, merupakan seorang anggota Jemaah Islamiyyah yang mempunyai hubungan secara langsung dengan Osama bin Laden dan dikatakan sebagai orang kanannya di Asia Tenggara.

Hambali terlibat dalam kejadian bom di Bali pada 2002 yang mengorbankan lebih 200 orang.

Isterinya, yang merupakan rakyat Malaysia juga seorang tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).










Fenomena menakjubkan bulan 'Supermoon'






BULAN 'Supermoon' yang boleh dilihat di sebalik kawasan perumahan di Olvera, di wilayah Cadiz, selatan Sepanyol kelmarin.

WASHINGTON - Kejadian bulan penuh atau dikenali sebagai 'Supermoon' berjaya dirakamkan kelmarin dengan bentuk dan saiz yang luar biasa, lapor Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Menerusi imej yang dirakam, kedudukan bulan itu kelihatan dekat dengan bumi dan bersaiz lebih besar serta lebih cerah daripada biasa.

Menurut NASA, kejadian 'Supermoon' akan dilihat berada lebih dekat berhampiran bumi pada 10 Ogos ini. Fenomena yang sama dijangka juga dapat disaksikan pada 9 September ini.

Bulan dan Bumi yang mempunyai jarak sejauh 356,577 kilometer kali terakhir dilihat berlakunya fenomena 'Supermoon' adalah pada tahun 1993, dengan 20 peratus lebih cerah serta 15 peratus lebih besar berbanding saiz bulan biasa. - AP









durian terlampau 18sx








~ KING DURIAN nie...





















Sunday, July 13, 2014

Arnab nama Ida miliki bulu terlalu tebal macam kekabu





SAN JOSE - Seekor arnab baka Angora Inggeris dipercayai memiliki bulu arnab terpanjang di dunia, lapor akhbar The Huffington Post kelmarin.

Arnab betina yang diberi nama Ida itu mempunyai bulu sepanjang 25.4 sentimeter.

Haiwan itu dibiak dan dipelihara oleh seorang wanita Betty Chu yang merupakan profesor emeritus di Universiti Negeri San Jose, di sini, dalam negeri California.

Baka Angora Inggeris popular dalam kalangan peminat arnab kerana haiwan itu memiliki bulu yang panjang dan lembut.

Chu menggunakan gunting untuk memotong bulu arnab tersebut dan tidak pernah mencederakan haiwan peliharaannya.

Bulu arnab itu tumbuh pada kadar 2.54 sentimeter sebulan manakala Chu menggunakan bulu yang dipotong itu untuk membuat skarf , topi dan sarung tangan. - Agensi









Saturday, July 12, 2014

AYAM GORENG RANGUP HOME MADE ALA ALA KFC









Assalamualaikum... Ayam goreng tepung rangup ala2 kfc bukan juga sbb tak guna 11 ramuan rahsia hehehe..Sekarang tak perlu lagi bawak stok dr msia..hanya homemade sendiri sahaja...1kg ayam dipotong kecil2 dibawa oleh Aisyah dan safhea ke sekolah..Resepi ni saya ambil dr blog Balannambiar @mamak haji dan sedikit ubah suai..barakallahu fik mamak haji..
Resepi
1kg ayam dipotong mengikut saiz kesukaan anda
(lepas dipotong saya salut dulu dgn tpg gandum ..biarkan seketika dan basuh
semula utk memastikan hanyir ayam hilang)
adunan perap
2 ulas bawang putih ditumbuk
sedikit garam
ajinomoto *(terpulang nak isi atau tidak)
lada sulah cap ajishio (saya taruk yang ni so ajinomoto tak yah taruk)
1/2 sudu kecil baking powder (jgn isi banyak ye nanti lidah jadi pijar bila makan)
1 sudu besar lada serbuk terpulang nak pedas tambah lagi
adunan tepung (sebatikan semuanya ye)
1 1/2 cawan tpg gandum
1 1/2 cawan tpg jagung
1 sudu besar tpg beras pulut
sedikit garam
sediit ajinomoto *terpulang nak isi atau tidak
lada sulah cap ajishio
lada hitam cap ajihio (terpulang nak isi atau tidak) nak isi sikit je ye)
1/2 sudu kecil baking powder
2 sudu besar lada serbuk
2 biji telor dipukul
caranya
1. Perap ayam yang dipotong tadi dengan bahan perapan...selama 30 minit
2. masukkan potongan ayam ke dalam telor yang dipukul ..kemudian masukkan ke bekas adunan tepung..salut ayam tadi...
3. biarkan seketika supaya salutan ayam tadi 'mesra' dgn ayam
4. Sekiranya anda ingin keranggupan dan ketebalan lebih, buat dua kali salutan dengan mengulangi celur dalam telur yang telah dipukul kemudian adunan tepung
5.. Panaskan minyak banyak ye dlm kuali atau Periuk menggoreng...
6. Goreng dalam api yang sederhana supaya kulit luar cantik hasilnya dan dalaman ayam juga masak..





Friday, July 11, 2014

Harga air zamzam, kos sewa kerusi roda melambung tinggi dalam pasaran gelap


Penjualan air zamzam dan kos menyewa kerusi roda melambung tinggi dalam pasaran gelap di Masjidilharam sempena kedatangan bulan Ramadan menyebabkan ramai jemaah umrah merungut dengan penipuan tersebut. - AGENSI


JEDDAH 7 Julai - Penjualan air zamzam dan kos menyewa kerusi roda melambung tinggi dalam pasaran gelap di sini sempena kedatangan bulan Ramadan, menyebabkan rungutan dalam kalangan jemaah.

Seorang jemaah, Faisal Al-Saadi yang ditemu bual Saudi Gazette memberitahu, dia kerugian sebanyak 150 riyal (RM127) kerana menyewa kerusi roda untuk anaknya selepas ditipu seorang lelaki.

"Lelaki itu memberitahu saya, saya akan diberi keistimewaan menggunakan laluan yang tidak sesak jika seorang daripada ahli keluarga saya menaiki kerusi roda.

"Jadi saya menyewanya untuk anak saya yang sihat," katanya.

Faisal berkata, dia sedar dirinya ditipu selepas gagal mencari individu itu semasa mahu memulangkan kerusi roda tersebut.

"Saya kemudian mendapat tahu, kerusi roda itu sebenarnya disediakan secara percuma kepada para jemaah di Masjidilharam," ujarnya.

Pegawai bertanggungjawab di Masjidilharam, Nasir Mohammed Al-Obaidi berkata, kerusi roda boleh didapati secara percuma di pejabat berhampiran dengan Bukit Safa, tetapi penyewa perlu mengisi borang.

Selain perkhidmatan kerusi roda, individu tertentu turut mengambil kesempatan menjual air zamzam pada harga mahal sehingga mencecah 15 riyal (RM12) berbanding harga sebenarnya, 5 riyal (RM4.20).

Jemaah umrah, Hussain Bahrawi berkata, oleh kerana keletihan dan tidak mahu beratur panjang untuk membeli air zamzam di sebuah kilang, dia membeli minuman tersebut pada harga mahal daripada penjual haram di luar kilang berkenaan









Thursday, July 10, 2014

Pasukan GERMAN Dari Kampung di Malaysia??




~ Sebuah kampung di Pontian yg bernama Parit Jerman menjadi popular 
apabila Jerman Menang Besar Keatas Brazil ~







Fifa World Cup 2014 : Siapa Juara


Ramalan Siapa Juara Piala Dunia 2014 sudah bermain di bibir peminat bolasepak , mari kita tgk rekod pertemuan



Jika berdasarkan rekod pertemuan kedua dua pasukan seimbang..tetapi berdasarkan prestasi pasukan semasa kelebihan dan kekuatan berpihak kepada JERMAN



MARACANA Stadium perlawanan Akhir



~ PIALA DUNIA & Bola Rasmi BRAZUCA



~ ADIDAS BRAZUCA~
~ MASKOT ~

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...