Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Saturday, December 31, 2016
Ibu bapa saman hospital lambat keluarkan bateri ditelan bayi
Pasangan suami isteri, Cole Parsons dan Courtney Thorne
FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Sebuah keluarga mengemukakan saman terhadap sebuah hospital kerana mengambil masa terlalu lama untuk mengeluarkan bateri bersaiz duit syiling yang ditelan bayi mereka.
Pasangan suami isteri, Cole Parsons dan Courtney Thorne berkata dalam tuntutan mahkamah, Hospital Kanak-kanak Wolfson di Jacksonville sepatutnya hanya mengambil masa dua jam untuk mengeluarkan bateri litium seperti yang disyorkan pusat kawalan racun.
Bateri bersaiz duit syiling itu hanya dikeluarkan lima jam selepas ibu bapa bayi itu tiba di hospital.
Saman turut dikemukakan terhadap Dr Davis Smith yang memandang ringan risiko bahaya terhadap kanak-kanak itu.
Ava Kate Parsons, 9 bulan, telah menjalani 20 kali pembedahan sejak bayi berkenaan menelan bateri pada 10 Mac.
Ketika kejadian, ibunya yang berada di rumah melihat anak perempuannya menelan bateri yang terjatuh dari alat kawalan jauh.
Ketika mendapatkan rawatan, ibu bapa meminta pihak hospital mengeluarkan bateri berkenaan secepat mungkin bagi mengelakkan bayi terdedah kepada bahan kimia berbahaya, namun menurut bapa, Cole, doktor yang merawat anaknya itu, Dr Smith berkata, insiden berkenaan tidak serius dan sama seperti menelan syiling.
"Doktor kelihatan bersahaja ketika menangani kes ini namun tidak lama kemudian, kami mendapat tahu, melecur pada esofagus dan anak saya dikejarkan ke pembedahan kecemasan," kata Cole dipetik AP.
Hospital terbabit bagaimanapun tidak mengulas mengenai kes itu.
Sementara itu, Peguam Eric Ragatz berkata jumlah saman yang dikemukakan ibu bapa bayi itu masih belum ditentukan.
Cole berkata, anak perempuan mereka mungkin perlu meneruskan rawatan untuk memulihkan esofagus sehingga dia remaja.
"Dia hanya boleh makanan puri dan ia membantutkan pertumbuhannya," ujarnya.
Dalam pada itu, National Capital Center Poison berkata, lebih 1,900 kanak -kanak dilaporkan menelan bateri tahun lalu dan 20 kes membabitkan kematian kepada kanak-kanak di bawah umur enam tahun
Bateri berkenaan kebiasaannya digunakan di dalam alat kawalan jauh, kalkulator dan peranti kecil yang lain.
kredit sumber
Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam
PEhh ! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !
Kes melibatkan kerosakkan Remaja memang takkan habis sampai kiamat! Apalah yang bodoh
sangat sanggup gadai maruah!! Teruk nya korang! Kalau mak bapak korang tahu, aku rasa dioarang
tak ngaku kau tu anaknya !!!
sangat sanggup gadai maruah!! Teruk nya korang! Kalau mak bapak korang tahu, aku rasa dioarang
tak ngaku kau tu anaknya !!!
Wang RM1 salah cetak dijual RM1,350
Abdul Aziz Rahim dan isterinya, Siti Aminah menunjukkan antara koleksi wang syiling dan kertas miliknya yang bernilai tinggi.– utusan /Mohamed Saari
LABIS 28 Dis. - Hobi mengumpul mata wang sebagai koleksi bukan semudah yang disangka seperti mencari dan menyimpan, malah banyak ciri yang perlu diambil kira terutamanya keadaan fizikal selain tahun duit tersebut dihasilkan.
Selain usia serta keadaan fizikal yang menjadi penentu ketinggian nilainya, jumlah yang dikeluarkan serta nombor siri antara faktor utama yang diambil kira oleh pengumpul mata wang dalam menentukan nilainya.
Pengumpul mata wang selalunya tidak berkira dan sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mendapatkan mata wang yang diingini sebagai koleksi mahupun untuk dijual semula kepada peminat lain.
Menurut Muslim Abdul Aziz, 53, seorang pengumpul mata wang yang sudah ‘jatuh cinta’ dengan hobi tersebut sejak hampir 30 tahun lalu, banyak perkara yang menjadikan duit lama mahupun baharu mampu bernilai tinggi.
“Selalunya ciri-ciri duit yang mempunyai nilai tinggi hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar berminat untuk mempelajarinya atau seorang yang telah menjadi pengumpul.
“Ramai yang beranggapan semakin lama usia duit itu semakin tinggi nilainya. Sebenarnya duit baharu yang masih sah dalam pasaran juga mempunyai nilai tinggi sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau kecacatan yang tidak disengajakan ketika dicetak,” katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Malah dia pernah memiliki sekeping wang kertas RM1 baharu yang senget cetakannya dan mampu menjualnya kepada seorang pengumpul wang dengan harga RM1,350 beberapa bulan lalu.
Menurutnya, siri wang kertas cetakan terhad atau siri awal seperti A1 serta siri Z yang sukar diperoleh turut menjadikan duit itu tinggi nilainya sehingga mencecah puluhan atau ratusan kali ganda daripada nilai sah lakunya dalam pasaran.
“Sepanjang hampir 30 tahun menjadi pengumpul mata wang, saya bukan sahaja telah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan wang yang belum terdapat dalam koleksi, malah sering menjelajah ke beberapa negeri untuk mendapatkan bahan koleksi.
“Ketika ini saya menyimpan pelbagai jenis wang kertas dan syiling lama serta baharu yang dianggarkan bernilai mencecah RM500,000 dalam pasaran. Tapi nilai tersebut bukan nilai sah laku wang tersebut, sebaliknya nilai semasa bagi pengumpul mata wang,” katanya.
Seorang rakannya, Abdul Aziz Rahim, 60, mengakui baru berjinak-jinak secara serius sebagai pengumpul mata wang selepas berkenalan dengan Muslim sejak dua tahun lalu.
Sebelum ini dia memang menyimpan wang syiling lama, namun hanya sekadar hobi, malah pernah patah semangat untuk terus mengumpul selepas semua wang tersebut hilang ketika melakukan kerja-kerja mengubah suai rumah 15 tahun lalu.
Walaupun nilai wang dalam simpanannya tidak sebanyak yang dimiliki oleh Muslim, namun dia tidak pernah menyimpannya di rumah sewaktu meninggalkan kediaman tersebut tanpa penghuni dalam jangka masa lama.
“Saya akan membawa wang tersebut atau meminta bantuan Muslim untuk menyimpannya sekira saya meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama seperti pulang ke kampung.
“Saya tidak mahu pengalaman kehilangan wang syiling lama dahulu berulang lagi, bukan sahaja kerana nilainya, malah kesukaran mendapatkannya semula jika hilang membuatkan saya serik dan* sentiasa berhati-hati,” katanya.
WANG LAMA RM80000
~ kredit Sumber
Friday, December 30, 2016
Tangkap LELEH Beb!! 5 GAMBAR Terbaru Shafnie Zainuddin,
5 GAMBAR Terbaru Shafnie Zainuddin, bekas isteri Datuk AC Mizal Yang PERGHH..!
#Hari baik, berita yang baik untuk Shafnie Zainuddin, bekas isteri kepada pengacara popular, Datuk AC Mizal. Mahkamah Rendah Syariah Kajang telah membenarkan permohonan Shafnie untuk mengubah nafkah 2 orang anaknya hasil perkahwinannya dengan AC Mizal daripada RM300 kepada RM1,400 sebulan.
#Semoga semua pihak yang terbabit berpuas hati dan mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh pihak mahkamah. Ingatlah bahawa anak ialah tanggungjawab kita. Besar nanti kalau kita sakit, anak-anak jugalah yang akan tolong jaga.
#Perintah ini berkuatkuasa sehingga kedua-dua anak tersebut berusia 18 tahun atau sehingga tamat tamat pengajian atau mana-mana yang kemudian. Ketika keputusan ini diumumkan, AC Mizal gagal hadir kerana sedang menjalani penggambaran sehingga bulan Februari.
Pemilik tak sedar wang kertas lama bernilai RM80,000
Seorang pengunjung tertarik dengan pameran mata wang pelbagai negara di Lobi Megamal Pinang, Prai pada 16 Disember 2016. ― Foto Bernama
BUTTERWORTH, 16 Dis ― Mengumpul wang kertas atau syiling lama bukan sahaja satu hobi yang unik, malah merupakan sejenis pelaburan menguntungkan kerana harganya mampu mencecah puluhan ribu ringgit jika dijual.
Penganjur Malayan Banknote Fair, Richard Lim, berkata sejak menganjurkan pameran wang lama tiga tahun lalu, beliau pernah berjumpa dengan pemilik yang mempunyai sekeping wang kertas lama bernilai kira-kira RM80,000.
"Beliau (pengumpul wang lama) itu tidak menyedari wang kertas lama yang dimilikinya berharga sangat tinggi sehinggalah dinilai oleh pakar penilai wang profesional.
"Jika bertemu dengan kes seperti ini kami akan membantu pemilik itu menjual wang lama itu jika dia mahu menjualnya kerana kami ada jaringan dengan peminat dan pengumpul wang lama," katanya kepada Bernama pada pameran Malayan Banknote di sebuah pasaraya di Perai dekat sini, hari ini.
Richard berkata pengetahuan tentang cara menilai wang kertas lama sangat penting bagi memastikan pemilik tidak ditipu oleh segelintir pihak tidak bertanggungjawab semasa melakukan urusan jual beli.
Richard berkata pada pameran anjurannya orang ramai boleh datang untuk melihat serta mendapatkan maklumat mengenai cara menyimpan dan menilai mata wang lama yang dimiliki.
"Kami menyediakan khidmat penilai profesional percuma. Tiada bayaran masuk dikenakan untuk pameran ini dan orang ramai boleh datang untuk menjual atau membeli wang lama jika ada menyimpannya," katanya.
Untuk maklumat lanjut mengenai penganjuran pameran berkenaan orang ramai boleh hubungi penganjur di talian 018-9405221.
Sementara itu seorang pengumpul mata wang lama yang ditemui pada pameran itu G Bala, 40, berkata beliau merupakan generasi kedua mengumpul wang lama yang diwarisi daripada bapanya.
Bala berkata hobi mengumpul mata wang lama sangat menguntungkan dan beliau menumpukan sepenuh masa melakukannya sebagai sumber pendapatan utama keluarga.
"Saya mampu peroleh keuntungan yang tinggi dan membolehkan saya membuka sebuah kedai di Ipoh, Perak dengan dibantu oleh empat orang pekerja," katanya. ― Bernama
Netizen kecam papan iklan 'subuh baru cabut'
Papan iklan itu sudah mula dinaikkan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk gambir tersebut.
KUALA LUMPUR – Netizen kecam papan iklan berbaur lucah yang baharu sahaja dipasang di lebuh raya selatan di sini, sejak minggu lalu.
Tagline ‘Subuh baru cabut’ itu telah mempromosikan produk gambir tersebut sebagai produk bukan sembarangan, malah ia didakwa telah menjadi trending di seluruh Malaysia.
Difahamkan, papan iklan itu sudah mula dinaikkan di seluruh Malaysia bagi mempromosikan produk gambir emas tersebut, bagaimanapun menerima kecaman dan kritikan daripada netizen di media sosial.
Terdahulu, tinjauan mendapati, produk itu berdaftar di Penang dan secara aktif dan mula diniagakan di seluruh negara selepas didakwa mendapat sambutan hangat dan permintaan tinggi daripada suami isteri di sebelah utara.
Antara tagline lain yang digunakan produk ini adalah ‘No 1 ni maknanya is the Best,’ ‘Sekali sapu, subuh baru cabut, sampai pinggang nak tercabut.’
~ KREDIT source
Thursday, December 29, 2016
Niloofar tak gentar ugutan bunuh oleh keluarga
Niloofar Rahmani
AFGHANISTAN - Juruterbang wanita Afghanistan, Niloofar Rahmani, 23, tidak gentar apabila menerima ugutan bunuh dari pengganas, Taliban.
Menurut Dailymail, Niloofar dan enam lagi ikon wanita dari serata dunia dianugerahkan Anugerah Keberanian Wanita 2015 dalam sebuah majlis di Amerika Syarikat, minggu lalu.
Menurut Niloofar, sememangnya bercita-cita untuk menjadi seorang juruterbang menghabiskan hampir setahun mempelajari bahasa Inggeris untuk memasuki kolej.
Beliau akhirnya menyertai Program Latihan Pegawai Afghan Air Force pada 2010 dan tamat pengajian pada 2012 dengan pangkat Leftenan Kedua.
Niloofar dikatakan mengingkari sebuah arahan selepas menemui beberapa askar Afghanistan yang cedera ketika sebuah misi dan menerbangkan mereka ke hospital.
Pegawai atasan membuat keputusan untuk tidak menghukum Niloofar kerana mengingkari arahan tersebut.
Selepas kejayaan Niloofar menyelamatkan askar-askar berkenaan diketahui umum, beliau menerima ugutan bunuh daripada Taliban dan ahli keluarganya sendiri kerana pilihan kerjayanya itu.
"Anda tidak boleh melihat diri anda sebagai seorang wanita sahaja, anda perlu percaya kepada diri anda sendiri," kata Niloofar ketika ditemuramah WTKR.
Beliau bertegas akan terus meneruskan kerjayanya dan bercita-cita untuk menjadi tenaga pengajar untuk menggalakkan lebih ramai wanita menceburi pekerjaan tersebu
Wednesday, December 28, 2016
Bayar SAMAN DBKL RM10 jom Bayar SAMAN
Diskaun kompaun trafik DBKL hingga hujung tahun
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memberi diskaun khas bermula 4 April lalu kepada orang ramai yang mempunyai saman bagi kesalahan meter parkir dan lalu lintas. Jabatan Perancangan Korporat DBKL dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kadar khas itu membolehkan pesalah trafik menjelaskan kompaun hingga akhir tahun ini sebelum kes mereka disenaraihitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Kadar Khas 2016 itu diberikan kepada penunggang motosikal sebanyak RM20, pengguna jalan raya seperti kereta, van, lori kecil, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) sebanyak RM30 manakala kenderaan berat seperti bas, traktor, lori besar, lori kontena, jentera dan kren sebanyak RM100. "Namun, kadar itu tidak sah untuk kesalahan yang disenaraihitam, kes yang sudah didaftar di mahkamah serta notis dikeluarkan di bawah seksyen 53 APJ/JPK 57 (saman dan lorong bas) iaitu kesalahan lalu lintas bergerak seperti ingkar isyarat lampu merah, potong barisan, petak kuning, dan larangan masuk. (Notis merah jambu)," kata kenyataan itu. Pengguna trafik boleh terus membayar kompaun itu di kaunter bayaran DBKL terdekat (jika mempunyai salinan notis kompaun asal atau cetakan daripada sistem Spesifikasi Piawai Jalan (SPJ), kaunter pejabat POS seluruh negara (pembayaran secara tunai sahaja), kiosk pembayaran (selepas sistem beroperasi) atau menerusi atas talian di www.myeg.com.
www.myeg.com.
LAMAN sesawang DBKL di http://www.dbkl.gov.my/index.php?lang>ms
Tuesday, December 27, 2016
KEPUTUSAN / KEDUDUKAN CARTA TERKINI EPL
Berikut merupakan keputusan & kedudukan dan jadual perlawanan bagi England Premier League bagi musim 2014/2015, segala keputusan,kedudukan dan jadual perlawanan terkini akan dikemaskini secara automatik.
Subscribe to:
Posts (Atom)