PETALING
JAYA, 25 Okt 2011- P. Satish, 31, mengaku bersalah atas tuduhan
mengugut untuk membunuh ibu dan bapa tirinya dengan sebilah pisau dan
tali, minggu lalu. Beliau didapati bersalah kerana menarik kemaluan bapa
tirinya dan mengugut ibu kerana enggan memberikannya wang.
Tak ada kaitan dgn Justin Timberlake, panas gambar ni !
Tertuduh
didakwa melakukan perbuatan itu terhadap G. Thelahawathie, 51, dan M.
Munusamy, 56, di rumah mereka di C-1-6 Pangsapuri Fairville, Jalan USJ
22/1, Subang Jaya di sini pada pukul 10.30 malam, 20 Oktober lalu.
Dengan pengakuan bersalah tersebut, Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid
menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara tiga bulan terhadap
lelaki itu.
Terdahulu,
Satish yang tidak diwakili peguam bela mendakwa, dia berada dalam
keadaan mabuk dan tidak sedar dengan apa yang dilakukannya terhadap
kedua-dua mangsa. Beliau merayu kepada Majistret Ahmad Solihin Abd.
Wahid agar tidak dikenakan hukuman penjara kerana ingin menyambut
perayaan Deepavali bersama keluarga.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..