Termakan pujukan kawan ponteng sekolah, gadis dikurung dan dirogol
KUALA LUMPUR: Termakan pujukan rakan ponteng sekolah, seorang pelajar
perempuan berusia 15 tahun terpaksa menempuh detik hitam dalam hidupnya
apabila dikurung dua hari dan dirogol dalam kedai mencuci kereta di
Sungai Pelong, di sini.
Dalam kejadian jam 7 pagi, 24 September lalu, mangsa yang berjalan ke ke
sekolahnya di Kundang dikatakan dipujuk rakan sebaya dengannya ponteng
sekolah pada hari berkenaan.
Menurut sumber, mangsa dibawa ke kedai mencuci kereta sebelum dirogol dan dikurung di kawasan berkenaan hampir dua hari.
“Mangsa meloloskan diri dan tampil membuat laporan di Balai Polis Sungai
Pelong, di sini, jam 8 pagi (kelmarin),” kata sumber itu kepada Harian
Metro semalam.
Menurutnya, di dalam aduannya mangsa mendakwa dia dibawa ke sebuah kedai
mencuci kereta dengan motosikal dinaiki dua lelaki tidak dikenalinya
berusia awal 20-an.
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..