Wah, nampaknya nama pelakon kecil molek Izara Aishah semakin
meningkat naik ketika ini. Terbaru, wajahnya yang cantik telah dipilih
untuk menghisi muka hadapan majalah Cosmopolitan untuk edisi bulan
Oktober 2012.
Menerusi foto tersebut, Izara kelihatan sungguh anggun dengan padanan
gaun rona unggu lembut dan dihiasi dengan corak jalur melintang yang
menyerlahkan lagi kelangsingan tubuh badan gadis ini.
Tambahan aksesori gelang tangan rona emas dan subang putih menonjolkan lagi aura elegan dan pesona Izara.
Untuk edisi bulan Oktober, pelakon ini akan berkongsi cerita berkaitan dirinya “Dancing with success.”
Untuk mengetahui lebih lanjut apakah cerita yang ingin Izara
kongsikan bersama pembaca Cosmopolitan, jangan ketinggalan untuk
dapatkan majalah ini di pasaran sekarang!
Untuk makluman, minggu lalu Izara baru sahaja menjalani penggambaran
filem “Balun” di Batu Kurau, Perak. Filem tersebut turut dibarisi oleh
pelakon-pelakon terkenal seperti Beto Kusyairy, Reen Rahim dan juga
Dato’ Eizlan Yusof.
~sumber~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..