KUALA DUNGUN - Tindakan seorang janda berpakaian ala ‘tomboy’ memadu
asmara bersama teman lelaki dengan menjadikan bilik hotel murah sebagai
port untuk melepaskan nafsu membawa padah apabila mereka dicekup pihak
berkuasa, dekat sini, awal pagi kelmarin.
Wanita terbabit yang difahamkan mempunyai seorang anak hasil perkongsian
hidup bersama bekas suami bagaimanapun dipercayai cuba mengaburi pihak
berkuasa dengan mendakwa dia berasal dari Kuala Lumpur.
Namun, siasatan lanjut oleh pegawai penguat kuasa syariah mendapati, dia
sebenarnya berasal dari Kampung Padang Jambu dan dipercayai mempunyai
hubungan sulit dengan teman lelakinya yang bekerja sebagai buruh, masih
bujang dan kini menetap di Tanah Lot.
Pasangan berkenaan dibawa ke Pejabat Agama Dungun untuk diambil keterangan sebelum diikat jamin ahli keluarga.
Mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pada 5 November
atas dakwaan khalwat mengikut Seksyen 31(a) (b) Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001.
Jika sabit kesalahan, pasangan itu yang masing-masing berumur 30 dan
40-an itu boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara
atau kedua-duanya sekali.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...-murah-1.91255
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..