Kabinet bayangan: Anwar pula cabar Najib
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mencabar Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Abdul Razak agar mengumumkan senarai nama ketua menteri
dan menteri besar jika Barisan Nasional (BN) merampas semula
negeri-negeri yang kini dikuasai Pakatan Rakyat (PR).
Ketua Pembangkang berkata, Kabinet bayangan yang dicabar Najib supaya
PR menubuhkannya adalah amalan negara yang mengamalkan demokrasi
berparlimen.
Menurutnya, Najib juga tidak menyatakan senarai calon menteri untuk
mengambil alih tugas menteri-menteri selepas kemenangan Barisan Nasional
(BN).
Katanya, "amalan bayangan Kabinat ini dilakukan di United Kingdom dan Australia yang amalkan demokrasi berparlimen."
"Ada dia (Najib) senaraikan siapa Menteri Besar Selangor, dia umum
siapa akan jadi Menteri Kewangan selepas menang, tidak ...," katanya
pada sidang media di lobi Parlimen selepas selesai membahaskan Bajet
2013 dan bajet alternatif hari ini, di sini.
Semalam, Najib Tun mencabar PR menubuhkan Kabinet bayangan sebelum
berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Katanya, sehingga kini janji PR mahu menubuhkan kerajaan bayangan masih
belum ditunaikan kerana takut mahu mengagih jawatan sesama sendiri.
"Jangan mahu tubuhkan kerajaan, tubuhkan dahulu Kabinet bayangan itu. Tetapi tidak ada kerana apa?
"Kerana takut mahu bagi jawatan apa kepada (Penasihat DAP) Lim Kit
Siang, (Presiden Pas, Datuk Seri) Haji Hadi (Awang) dan (Timbalan
Presiden Pas, Mohamed Sabu) Mat Sabu. Menteri Kewangan (atau)
Pendidikan?" katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan
Nasional 2012, semalam.
Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh turut
menyelar kegagalan Najib menyenaraikan calon untuk wakil Menteri Besar
di keempat-empat negeri PR.
Beliau juga berkata, "siapa yang bakal jadi Menteri dan Timbalan
Menteri, itu senarai pemimpinan kanan ketiga-tiga parti, itu pun kalau
mereka menanglah," katnya lagi.
~sumber
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..