Pihak Engadget
telah dijemput ke pejabat Nokia di Finland untuk mencuba sendiri
kualiti kamera telefon pintar terbaru mereka, Lumia 920 bagi menyangkal
dakwaan beberapa pihak tentang kualiti gambar yang dihasilkan. Kali ini,
kamera Lumia 920 telah dibandingkan dengan telefon pintar popular
seperti Galaxy S3, HTC One X dan juga iPhone 5. Berdasarkan gambar di
atas yang telah diambil oleh pihak Engadget
sendiri, jelas kelihatan Lumia 920 menghasilkan gambar yang lebih
cantik dalam keadaan kurang cahaya. Ini diikuti oleh iPhone 5, HTC One X
dan Galaxy S3.
Mungkin beberapa pihak akan mendakwa ini merupakan salah satu taktik
Nokia dalam mempromosikan Lumia 920, namun perlu diingatkan bahawa Engadget
merupakan sebuah laman blog yang pro kepada iPhone dan amat jarang
sekali kita mendengar mereka bercerita tentang kelebihan Nokia. Saya
berpendapat adalah amat penting untuk kita mencuba dulu Lumia 920 dengan
tangan kita sendiri sebelum membuat sebarang kesimpulan awal. Jika anda
tertanya tanya bagaimanakah gambar-gambar ini di tangkap, kita boleh
melihat sendiri prosesnya di sini.
Sumber informasi : Engadget
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..