Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, March 07, 2013

kronologi Tragedi : Lahad Datu



Ketika ini, Malaysia sudah pun menjadi tumpuan seluruh dunia apabila isu pencerobohan sekumpulan lelaki lengkao bersenjata dari Filipina di Lahad Datu, Sabah sejak sebulan yang lalu.
Anggota keselamatan negara termasuklah Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pun melakukan tugas mereka sehabis baik agar kemelut pencerobohan dan insiden yang tidak diingini berlaku.
Namun, apa yang menyedihkan, angka kematian anggota keselamatan negara yang terkorban sudah pun meningkat dari dua orang kepada lapan orang setakat ini.
Penceroboh-penceroboh tersebut menceroboh masuk ke Lahad Datu menerusi perairan negeri di bawah bayu itu dan difahamkan sudah agak lama mereka menceroboh masuk dengan jumlah ahli kumpulan sedikit demi sedikit.
Ketika ini juga, keselamatan kawasan di Sabah termasuklah kampung-kampung kecil di sana sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Meski pun insiden yang telah pun mengorbankan nyawa pejuang-pejuang negara kita, ada juga pihak yang mendakwa insiden tersebut sengaja dirancang oleh pihak kerajaan sementalah kemunculan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.
Pun begitu, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak berhubung isu keselamatan di Sabah dalam kes penahanan sekumpulan warga asing yang cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu 12 Februari lepas.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kerajaan memandang serius hak keselamatan yang melibatkan rakyat di Sabah malah akan memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan baik.
Setakat ini, biarpun penceroboh tersebut sudah ‘berani’ melakukan serangan hendap, kerajaan masih lagi mencuba menyelesaikan isu tersebut agar penyudahannya tidak menimbulkan sebarang malapetaka dan menjejaskan nama Malaysia.
Hari ini, Kedutaan Filipina sudah pun menawarkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia dalam mencari penyelesaian damai bagi menangani insiden pencerobohon oleh ‘keturunan Sulu’ yang terbabit.
Tawaran itu disampaikan oleh Duta Besar Filipina yang hadir ke Malaysia, J. Eduardo Malaya dan Setiausaha Rendah Luar Filipina, Jose S. Brillantes dalam mesyuarat ringkas dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini.
Jelas, ia menunjukkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil mudah apatah lagi memandang sebelah mata sahaja isu pencerobohon tersebut kerana keselamatan rakyat dan negara amat penting dalam mengekalkan kedamaian di negara ini.
Berikut adalah kronologi insiden pencerobohon di Lahad Datu:
9 Februari: Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
11 Februari: Sebahagian anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai terdapat lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.
12 Februari: Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung tersebut, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad Bon.
14 Februari: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di persisir pantai Lahad Datu, Sabah sebaagi pewaris berketuruan ‘Raja Sulu’ dari Selatan Filipina.
Ismail berkata, kumpulan tersebut menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata, rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.
Laporan dari Reuters.com, bertarikh 14 Februari melaporkan salah seorang anggota tentera Filipina itu yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiran berkata, kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.
16 Februari: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas. Sebaliknya, penyokong kuat ‘Kesultanan Sulu’ dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal.
Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai ‘Askar Diraja Kesultanan Sulu’ antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British, ia di bawah kerajaan Sulu.
18 Februari: Hishamuddin berkata, kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.
24 Februari: Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan seramai 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata bertahan di Lahad Datu sejak 12 Februari lalu.
26 Februari: Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.
28 Februari: Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu.
Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya sahaja boleh mengarakan kira-kira 180 ‘tentera diraja’ meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.
1 Mac: Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduoa, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tida lagi cedera. Manakala, 12 penceroboh bersenjata itu terbunuh.
3 Mac: 6 anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah. Dua anggota penceroboh turut terbunuh.
Keenam-enam anggota polis tersebut maut ditembak selepas melakukan rondaan dan siasatan di sekitar kawasan kampung tersebut berikutan menerima laporan penduduk yang melihatkan sekumpulan anggota bersenjata di kampung itu. 
 
~ sumber & kredit

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...