SEORANG doktor dan jururawat sedang memeriksa Jasleen yang baru dilahirkan.- Agensi
LEIPZIG - Seorang ibu di Jerman selamat melahirkan bayi perempuan seberat 6.35 kilogram (kg) secara normal di sini pada 26 Julai lalu.
Bayi yang diberi nama Jasleen itu mencatat rekod sebagai bayi paling besar pernah dilahirkan di negara ini.
Akhbar tempatan Die Weil melaporkan ibu bayi tersebut yang berusia 20 tahun sebelum ini dikesan menghidap diabetes semasa mengandung.
Walaupun bayi itu besar, ibunya melahirkan Jasleen di Hospital Universiti Leipzig di sini tanpa perlu menjalani pembedahan Caesarean.
"Beberapa doktor memberitahu bayi saya besar disebabkan masalah diabetes atau tekanan yang saya hadapi," kata wanita itu.
Dia dan bayinya kini berada dalam keadaan stabil. Jasleen masih ditempatkan di unit rawatan rapi hospital berkenaan. - Agensi
sumber:
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..