Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, August 20, 2013

ELEKTRIK NAIK : Lepas PRU 13

Zooommmmm....Barang Naik 

Tarif Baru Elektrik Tak Beban Pengguna
20 August 2013


 


KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memberi jaminan bahawa sebarang pelarasan kadar tarif elektrik jika dipersetujui oleh kerajaan, tidak akan membebankan pengguna. Presiden dan Ketua Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata, pengguna domestik dengan penggunaan bulanan di bawah 200 kilowatt sejam (kwj) tidak akan terjejas daripada pelarasan tarif itu.

“Kira-kira separuh dari lapan juta pengguna (tenaga di dalam negara) adalah daripada kumpulan yang mana penggunaan bulanan mereka di bawah 200 kwj iaitu dengan bil di bawah RM70.

“Jika pelarasan semula tarif dibuat, tarif baharu itu akan dipastikan berpatutan. Rakyat tidak perlu bimbang, pelarasan tidak akan membabitkan dua atau tiga kali ganda. Ada peratusan tertentu tetapi ia tidak setinggi itu,” katanya pada media pada Majlis Mesra Aidilfitri TNB di Kuala Lumpur, semalam.

Kali terakhir kerajaan menyemak tarif elektrik ialah pada Jun 2011 apabila ia dinaikkan sebanyak 2.23 sen bagi satu kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus kepada paras semasa iaitu 33.54 sen/kwj daripada 31.31 sen/kWj.

Kenaikan itu dibuat setelah tarif elektrik tidak berubah sejak Jun 2006 dan sebagai sebahagian daripada proses rasionalisasi subsidi di tengah-tengah peningkatan harga gas asli cecair bagi sektor tenaga.

Kerajaan tentukan

Azman berkata, keputusan berhubung semakan semula tarif elektrik akan ditentukan oleh kerajaan bersandarkan kepada maklumat yang diberikan TNB.

“Banyak pertemuan telah dilakukan, termasuk secara rasmi dan tidak rasmi bagi membincangkan perkara itu. Namun, kami pasti kerajaan akan mempertimbangkan sebaik mungkin bagi kebaikan semua pihak termasuk pengguna dan penggunaan industri,” katanya.

Azman menjelaskan, sebarang pelarasan kadar tarif elektrik, jika berlaku pada masa hadapan, adalah disebabkan oleh kenaikan harga bahan api, bukannya atas dasar untuk memberikan keuntungan tambahan kepada syarikat utiliti itu.

“Kita tidak rugi apa-apa. Seperti sekarang yang rugi adalah PET-RONAS yang membekalkan gas asli cecair (LNG) sebagai bahan api kerana terpaksa menanggung harga berkali ganda,” katanya.

Katanya, ketika ini, PETRONAS menetapkan harga gas iaitu bahan bakar utama untuk menjana elektrik pada kadar RM13.70 bagi sejuta metrik unit thermal British (mmBtU), jauh lebih rendah berbanding harga pasaran iaitu sebanyak RM40 mmBtU. Bulan lalu, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, turut dilaporkan berkata, kerajaan akan memastikan sebarang kenaikan tarif elektrik, jika berlaku, akan dibuat berdasarkan kepada kenaikan kos bahan api dan bukannya untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB.

“Sebarang perubahan harga bahan api akan ditampung TNB dan TNB pula dibenarkan melepaskan kos itu kepada pengguna melalui prinsip mekanisme Fuel-Cost Pass Through (FCPT),” katanya.

Melalui FCPT, pengguna elektrik berkapasiti 200Kwh sebulan kekal menikmati 21.8 sen setiap kilowatt, sementara yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 juga akan terus menikmati rebat.

“Ini bermakna kenaikan tarif elektrik bergantung kepada kenaikan kos bahan api dan bukan untuk memberi keuntungan tambahan kepada TNB,” katanya.

FCPT adalah mekanisme di bawah Kawalselia Berdasarkan Insentif (IBR) Suruhanjaya Tenaga dalam meningkatkan kecekapan operasi syarikat utiliti, dengan syarikat terbabit akan menerima insentif atau dikenakan penalti jika gagal mencapai prestasi ditetapkan.

Melalui FCPT, pengguna elektrik dengan kapasiti 200Kwh sebulan akan kekal menikmati kadar 21.8 sen bagi setiap kilowatt, sementara mereka yang menggunakan elektrik kurang 92Kwh sebulan atau kurang RM20 sebulan juga akan terus menikmati rebat.





~ UPDATED BARANG NAIK LEPAS PRU13

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...