Dalam
ruangan Selebriti, Harian Metro hari ini ada gossip tentang seorang
penyanyi popular yang dikatakan telah bankrap. Soalnya siapa? Rasanya
ramai yang dah tahu tentang gossip ini sebab katanya, gossip ni dah
basi. Cuba korang teka siapa.
Mungkin
cerita ini basi kerana sudah lama berlaku tetapi apabila masih tiada
penyelesaian, logik ia dibangkitkan semula. Ia berkaitan seorang
penyanyi tersohor yang liat mahu bayar hutang walaupun mendapat perintah
mahkamah.
Walaupun beberapa tahun berlalu, dia masih berkeras tidak mahu bayar kepada pihak yang pernah terbabit menjayakan konsertnya.
Itupun
bayaran tidak seperti dijanjikan kerana di pertengahan konsert, khidmat
pihak berkenaan dihentikan atas alasan tidak dapat dielakkan.
Memahami
keadaan penyanyi itu, pihak terbabit tidak ambil hati dan bersetuju
menerima bayaran selepas selesai konsert terakhir, malah siap bagi
diskaun.
Seperti
dijanjikan, pihak berkenaan menerima tiga cek daripada penyanyi itu,
tetapi ia cek tendang. Walaupun kecewa, pihak terbabit bagi masa kepada
penyanyi itu untuk menyelesaikan hutang itu selepas laporan polis
dibuat.
Bagaimanapun,
artis itu enggan beri kerjasama, malah tak menjawab panggilan telefon.
Keadaan bertambah rumit apabila artis itu beberapa kali menukar nombor
telefon semata-mata tidak mahu diganggu.
Sudahnya,
terpaksalah pihak berkenaan bawa perkara ini ke tengah dan menang dalam
perbicaraan dan dek kerana penyanyi itu tidak peduli dengan perintah
mahkamah supaya melangsaikan hutang berjumlah lebih RM200,000 itu, dia
akan diisytiharkan bankrap tidak lama lagi.
Sha
difahamkan, iklan bankrap keluar di akhbar, tetapi penyanyi itu langsung
tidak gentar. Apabila pihak terbabit ajak berbincang, dia tidak layan.
Khabarnya
pihak itu menghubungi pasangan penyanyi itu, tetapi sudahnya kena maki.
Kata pasangan penyanyi itu, dia tidak tahu menahu pasal hutang itu,
padahal ketika penyanyi itu serahkan cek tendang, dia ada sama.
Siap
menangis lagi. Dengarnya kalau perkara ini tidak diselesaikan, penyanyi
digilai ramai itu akan diisytihar bankrap secara rasmi.
Khabarnya,
bukan dengan pihak terbabit saja penyanyi itu berhutang, tetapi ramai
lagi mengejarnya. Malah, kediaman lamanya sering dikunjungi ramai lelaki
bertubuh besar hingga buat penghuninya rasa terancam.
Siapa tidak
ketar lutut jika tiba-tiba orang tidak kenali dan bertubuh tegap ada di
depan rumah dan bertanya mengenai penyanyi itu, walhal mereka tidak ada
kena mengena.
Kita tunggu
saja kesudahan kisah hutang penyanyi itu dan harap ia diselesaikan
secara baik. Pihak yang mahu menuntut bayaran itu pun tidak sampai hati
lihat penyanyi itu muflis dan sanggup berbincang. – Harian Metro
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..