Kejelitaan Fathia pikat orang luar
Memiliki wajah persis gadis Uzbek memberi
kelebihan kepada pelakon jelita Fathia untuk menghiasi enam halaman
majalah fesyen terkenal di Uzbekistan, Bella Terra untuk edisi khasnya
pada Julai lalu.
Lebih membanggakan, Fathia juga diberi peluang memperagakan busana
eksklusif rekaan pereka terkenal dari Malaysia, Albert King sepanjang
sesi fotografi untuk majalah yang dimiliki anak Presiden Uzbekistan,
Gulnara Karimova itu.
"Saya berasa sangat teruja bila diberi penghormatan berkenaan. Bagi saya, peluang menghiasi majalah Bella Terra itu adalah permulaan yang cukup baik buat saya mengintai peluang untuk mencipta nama di luar negara.
WINNIE (kiri) yang menaja Fathia ke Uzbekistan turut gembira dengan pencapaian pelakon ini.
"Pada masa sama, saya juga berasa terharu kerana dalam ramai selebriti tempatan, saya pula yang terpilih untuk menghiasi majalah bertaraf antarabangsa itu. Terus terang, saya sendiri berasa tidak percaya bila melihat wajah sendiri terpampang di majalah berkenaan. Ia satu kepuasan yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
~ sumber kredit
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..