Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Tuesday, August 06, 2013

Kesesakan Plaza Tol Bukan Berpunca Penggunaan Touch N Go, Smart Tag




KUALA LUMPUR, 19 Jun – Masalah kesesakan plaza-plaza tol lebuh raya di negara ini bukanlah berpunca daripada penggunaan sistem Touch N Go dan Smart Tag tetapi terjadi disebabkan kecuaian pengguna, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Yong Khoon Seng berkata selain memandu laju di lorong Smart Tag, pengguna juga seringkali tidak menambah nilai kredit kad pra bayar Touch N Go dan tidak mengecas peranti Smart Tag mereka.
“Sistem elektronik ini sebenarnya diperkenalkan bagi membantu pengguna menjimatkan masa serta melicinkan masa perjalanan mereka.
“Berdasarkan pemerhatian oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, masalah kesesakan plaza-plaza tol juga disebabkan ramai pengguna memilih untuk membuat bayaran transaksi secara tunai pada waktu puncak dan musim perayaan,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) yang meminta kerajaan menyatakan rasional melantik Smart Tag sebagai sistem yang digunakan di semua plaza tol di lebuh raya dan sama ada kerajaan akan meminta syarikat pembekal Smart Tag supaya menambah baik keberkesanan sistem itu yang didakwa menyumbang kepada kesesakan di plaza tol.
Yong berkata kaedah pembayaran tol menggunakan kedua-dua sistem tersebut diperkenalkan sebagai kemudahan kepada pengguna membuat transaksi pembayaran tol tanpa perlu berhenti di plaza tol.
“Sehingga kini secara purata lebih daripada 50 peratus pengguna lebuh raya di negara ini telah memilih untuk menggunakan kad prabayar Touch N Go sejak ia dilancarkan hampir 15 tahun lepas,” katanya.

“Sehingga kini secara purata lebih daripada 50 peratus pengguna lebuh raya di negara ini telah memilih untuk menggunakan kad prabayar Touch N Go sejak ia dilancarkan hampir 15 tahun lepas,” katanya.
Beliau berkata terdapat lebih daripada 7,000 pusat tambah nilai kad prabayar Touch N Go di seluruh negara dan 31 pusat khidmat pelanggan Touch N Go di stesen-stesen petrol terpilih di lebuh raya dan akan menambahkan lagi bilangan pusat jualan khususnya kemudahan tambah nilai serta tambah nilai automatik.
Terdapat juga 1,390 kaunter tambah nilai yang tidak mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 50 sen untuk pengguna menambah nilai kad prabayar.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Lilah Yasin (BN-Jempol) mengenai kesukaran pengguna untuk membeli dan menambah nilai kad prabayar Touch n Go.
Yong berkata bagi menggalakkan lagi penggunaan sistem kutipan tol secara elektronik, kementerian mensasarkan penggunaan sekurang-kurangnya 60 peratus kad prabayar Touch N Go untuk lebuh raya dalam bandar manakala 35 peratus untuk lebuh raya antara bandar.

~ sumber

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...