Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, August 19, 2013

Nek Hitam 110 tahun : Wanita tertua di Malaysia ?



Melaka: Pada usia 110 tahun, seorang wanita di Kampung Bukit Larang, Telok Mas, di sini, pastinya gembira apabila dikelilingi kira-kira 150 ahli keluarganya sempena majlis Aidilfitri, semalam.

Walaupun tidak lagi berdaya melayan kerenah anak, cucu, cicit, piot serta oneng-oneng lima generasinya, Hitam Kechut tetap tersenyum,

“Saya tidak boleh nampak anak cucu lagi tapi boleh dengar apa yang mereka cakap. Saya cukup gembira hari ini (semalam) kerana menyambut Aidilfitri bersama semua ahli keluarga,” katanya yang masih mempunyai daya pendengaran dan percakapan yang baik.

Hitam atau dikenali sebagai Nek Hitam dikurniakan tiga anak yang masih hidup hasil perkahwinannya dengan Jun Saad iaitu Pungot Jun, 82; Chuang, 77, dan Mohamed, 66 manakala anak keduanya, Pipah sudah meninggal dunia lebih 10 tahun lalu.

Sementara itu, Mohamed berkata mengikut sejarah yang diceritakan keluarganya, Hitam pernah terbabit dengan kegiatan menuntut kemerdekaan bersama pejuang UMNO dari negeri ini pada 1950-an.


Selain itu, katanya, ibunya juga dikatakan terbabit secara langsung dengan penubuhan UMNO di Melaka serta pernah menjawat beberapa jawatan dalam Pergerakan Wanita UMNO atau dikenali sebagai Kaum Ibu waktu itu.

“Malangnya tiada bukti bergambar untuk menguatkan lagi dakwaan itu. Bagaimanapun, kami sekeluarga bersyukur kerana ibu masih sihat dan mampu mendengar serta bercakap dengan baik,” katanya.

Majlis Himpunan Keluarga Nek Hitam sempena Aidilfitri itu pertama kali diadakan dengan tujuan mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Mohamed berkata, idea penganjuran majlis itu tercetus pada hari raya pertama, minggu lalu, sebelum menubuhkan jawatankuasa khas bagi melaksanakan majlis itu.

“Katanya, beliau bersyukur apabila rancangan mengenai penganjuran majlis itu berjalan sempurna.

“Saya berterima kasih kepada semua ahli keluarga yang bersama menjayakan aktiviti kali pertama ini. Insya Allah, jika diizinkan, ia akan diadakan lagi tahun depan,” katanya



sumber:

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...