.
Awas: CRISS Untuk Peminjam PTPTN
Bermula August 2013, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam-peminjam yang gagal memnbuat pembayaran balik.
Dengan ini, mereka-mereka yang terbabit bakal berhadapan dengan situasi sukar sekiranya ingin berurusan dengan bank untuk permohonan pinjaman, kad kredit, sewa beli dan sebagainya. Institusi kewangan atau bank akan menilai dan menganalisis setiap pinjaman, baki pinjaman, rekod bayaran balik serta bilangan bulan tertunggak yang terlibat. Ini akan mempengaruhi kelulusan permohonan atau jumlah pinjaman.
CRISS & PTPTN
Berita Gembira Dari Kerajaan BN, Buat Pengundi Muda Peminjam PTPTN .
Berikut adalah implikasinya PTPTN ke CCRIS oleh sebab aku yakin ramai pengundi muda yang membaca tentang laporan ini tertanya-tanya apa bendanya CCRIS tu..
Central Credit Reference Information Systems CCRIS atau dalam bahasa Melayu Sistem Rujukan Maklumat Kredit Berpusat merupakan satu pengkalan data bersama yang dkawal selia oleh Bank Negara.
Setiap intitusi kewangan (bank - bank)yang bernaung dibawah Bank Negara Malaysia akan menghantar maklumat semua peminjam mereka secara bulanan ke bank negara untuk dimasukkan ke pengkalan data ini iaitu CCRIS.
Maklumat - maklumat ini adalah seperti jenis pinjaman, jumlah pinjaman, jumlah ansuran bulan dan pembayaran balik pinjaman.
Maklumat ini sentiasa dikemaskini oleh bank negara berdasarkan laporan dari bank - bank dibawahnya.
Tujuan CCRIS Tujuan CCRIS adalah untuk memudahkan intitusi kewangan membuat semakan tentang komitmen kewangan seseorang yang ingin membuat pinjaman dari mana - mana bank.
Dan berdasarkan maklumat yang diperolehi dari CCRIS tersebut membolehkan pihak bank membuat pertimbangan samaada untuk meluluskan permohonan pinjman seseorang itu atau tidak.
Contoh; Najib telah memiliki kad kredit dari Maybank dengan jumlah bayaran minimum setiap bulan RM400.00. Dalam masa yang sama, Ahmad juga ada membeli kereta dan pinjaman kereta tersebut dari Public Bank dengan jumlah ansuran bulan RM750.00 sebulan.
Ini bermaksud Najib telah mempunyai hutang dengan dua buah intitusi kewangan iaitu dari Maybank untuk kad kredit dan Public Bank untuk pinjaman kereta.
Kedua - dua maklumat serta rekod bayaran balik berkenaan hutang Najib ini, iaitu dari pihak Maybank dan Public Bank akan menghantarnya ke bank negara bagi dimasukan ke dalam sistem CCRIS ini secara bulanan.
Selang beberapa tempoh Najib ingin memohon pinjaman peribadi dari Ambank pula.
Apabila Najib mengemukan permohonan untuk melakukan pinjaman perumahan atau peribadi, perkara pertama yang akan dibuat oleh kakitangan pihak bank ialah menyemak status kredit atau komitmen kewangan Ahmad didalam sistem CCRIS.
Ini bermakna maklumat kredit Najib bukanlah rahsia bagi setiap bank. Walapun Najib mempunyai hutang dengan Maybank, pihak Ambank juga boleh mengetahuinya dengan merujuk kepada sistem CCRIS ini yang telah dipusatkan di bank negara.
Jika pihak Ambank mendapati jumlah pinjaman atau hutang semasa Najib adalah seimbang dengan kadar gaji dan rekod bayaran baliknya juga cantik iaitu tidak ada tertunggak atau kelewatan bayaran, pihak Ambank boleh mempertimbangkan untuk meluluskan pinjaman perumahan atau peribadi yang dipohon Najib bergantung pada jumlah yang dipohon.
Tetapi, jika selepas semakan dengan sistem CCRIS oleh pihak Ambank mendapati rekod bayaran balik hutang kad kredit Najib dengan Maybank telah tertunggak selama 2 bulan, pihak Ambank (dan juga bank-bank lain) akan serta merta menolak permohonan pinjaman beliau.
Begitu juga jika kes ini berlaku pada hutang kereta beliau. Apa yang perlu dilakukan Najib ialah, beliau perlu menjelaskan segera hutang - hutang tertunggak tersebut dan selepas 3 bulan baru beliau boleh mengemukakan permohonan baru.
Ini kerana selalunya, tempoh 3 bulan diambil bagi membersihkan rekod tertunggak di dalam sistem CRRIS.
Ada juga kes yang mengambil masa berbulan - bulan bagi membersihkan "bad record" tersebut.
Pengumuman Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia Dato Indris Jusoh untuk menggunapakai sistem yang sama seperti yang disebut diatas terhadap peminjam - peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional PTPTN membawa maksud peminjam PTPTN akan berhadapan situasi yang sama seperti "Najib".
Cuma bezanya Najib sedikit beruntung kerana sudah memiliki kad kredit dan kereta. Jika permohonan Najib ditolak kerana adanya tunggakan hutang, beliau cuma perlu menjelaskan segera tunggakkan tersebut yang mungkin seribu atau dua ringgit.
Najib juga mungkin sudah mempunyai pekerjaan tetap dan begaji selesa. Berbeza dengan rata-rata peminjan PTPTN yang mengambil masa setahun lebih untuk mendapatkan pekerjaan dan selepas itu mengambil masa tiga atau empat tahun untuk mendapat pekerjaan yang tetap dan stabil.
Secara kasarnya boleh dikatakan hutang tertunggak seseorang mahasiswa itu dengan PTPTN sudah 3 tahun (tidak temasuk bunga).
Cuba bayangkan jumlah yang perlu diselesaikan segera oleh mahasiswa tersebut jika dia mahu membuat pinjaman untuk membeli kereta Myvi untuk kegunaan harian ke tempat kerja.
Itulah.. Pakatan Rakyat nak hapuskan PTPTN majoriti korang nak sokong BN..
Sekarang.. nasi dah jadi bubur nasi.. bubur nasi dah jadi tahi.. jadi korang bayar sajalah..
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..