Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Sunday, September 30, 2012

Kaunter lesen memandu diserbu Lesen Memandu Percuma

Kaunter lesen memandu diserbu

BATANG KALI - Kira-kira 800 penduduk Bandar Utama Batang Kali berpusu-pusu untuk mendapatkan borang latihan memandu percuma yang ditawarkan menerusi Kempen Pemanduan Berhemah 1Malaysia.

Pengerusi Persatuan Penduduk Fasa 5 BUBK, Ruzi @ Nata Yusoff berkata, tawaran itu dibuka kepada mereka yang datang daripada keluarga kurang berkemampuan dan layak mendapatkan lesen motosikal dan kereta.

“Peluang ini terbuka kepada semua penduduk kawasan ini dan kita anggarkan hanya 50 orang yang datang tetapi sambutan di luar jangkaan apabila hampir 1,000 yang datang.

“Borang yang disediakan pula hanya 200 sahaja, jadi bila ratusan yang datang dan masing-masing pula tak mahu lepaskan peluang menyebabkan keadaan sedikit kecoh tetapi terkawal,” katanya ketika ditemui pada taklimat kempen tersebut di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pengelola Sekretariat Pengurusan Latihan Pembangunan Inisiatif (Pelapis), Shaikh Hussin Shaikh Mahamud dan Pengerusi Persatuan Kebajikan Orang-Orang Miskin Selangor dan Kuala Lumpur (Perkom), Mohd Solleh Ibrahim.

Nata berkata, kehadiran itu sebenarnya menunjukkan ramai penduduk yang tidak mampu untuk mendapatkan lesen memandu namun dalam masa sama menjadi bukti masyarakat menyahut seruan menjayakan kempen tersebut.

Menurutnya, masyarakat menyambut baik usaha kerajaan dalam menjayakan kempen tersebut dan inisiatif memberikan peluang mengikuti latihan memandu secara percuma merupakan langkah wajar dalam memastikan usaha itu berjaya.

“Pihak berkuasa kerap mengadakan rondaan dan sekatan jalan di kawasan bandar ini dan penduduk yang tidak mempunyai lesen memandu terpaksa akur dengan tindakan mereka sama ada teguran sehinggalah mengenakan saman.

“Masalah ini tidak akan berkesudahan jika melihat faktor kekangan hidup kebanyakan penduduk, jadi kempen ini sedikit sebanyak membantu penduduk berpendapatan rendah untuk mendapatkan lesen memandu,” katanya.

Beliau berharap, pihak pengelola kempen tersebut membuka ruang seluasnya kepada penduduk kawasan tersebut terlibat dalam kempen yang dilaksanakan.

Menurutnya, kerjasama dengan Perkom juga diharap dapat memberi keutamaan kepada penduduk yang benar-benar layak menerima bantuan yang dianggarkan RM1,000 setiap seorang.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...iserbu-1.90088

Syurga Lelaki Di Selatan Thailand

Panahan asmara darling Betong

 
BEBERAPA orang pelacur menunggu pelanggan dari Malaysia di Betong, Thailand.

BETONG (Selatan Thailand) - Sekali pandang, pemandu teksi, Awan Taib sudah tahu niat rakyat Malaysia yang mahu menggunakan perkhidmatannya ketika berada di Betong, pekan paling selatan di Thailand dan hanya lima minit perjalanan dari sempadan Malaysia di Pengkalan Hulu, Perak.

Selepas lima tahun memandu teksi dan membawa ratusan penumpang pelbagai kaum dari Malaysia di pekan itu, Awan, 45, sudah hampir pasti niat mereka cuma satu iaitu mencari darling, gelaran untuk pelacur di Betong.

“Lelaki Malaysia yang datang ke Betong sama ada seorang atau ramai memang mencari pelacur. Kami sudah tahu dari saat mereka melambaikan tangan untuk menahan teksi,” kata Awan dalam loghat Kelantan kepada wartawan Kosmo! Ahad yang berada di pekan tersebut untuk meninjau kegiatan seks di kawasan itu.

Betong menjadi tumpuan rakyat Malaysia bukan sahaja kerana lokasinya berdekatan sempadan negara tetapi juga ia lebih aman berbanding Hatyai dan Golok yang kerap menjadi sasaran serangan puak pemisah Islam.

Nikmat keamanan itulah punca rezeki kepada ramai warga Betong termasuk Awan yang hampir tidak menang tangan melayan penumpang khususnya pada cuti umum dan hujung minggu.

Tugas Awan cukup mudah, dia hanya perlu membawa penumpang meronda di beberapa buah lorong yang menjadi pusat pelacuran di tengah-tengah pekan tersebut.

Nyaris maut enjin meletup


KULIM - Seorang lelaki berusia 40-an nyaris maut apabila enjin keretanya meletup dalam kejadian berhampiran sebuah restoran dekat sini, kira-kira jam 8.30 malam kelmarin.

Menurut saksi yang berada di tempat kejadian, mangsa dilihat masuk ke dalam keretanya setelah selesai makan malam di restoran berkenaan.

"Sebaik sahaja mangsa mengundurkan kenderaannya, satu letupan kuat berlaku di bahagian hadapan kereta.

"Bagaimanapun tidak ada mangsa yang mengalami kecederaan serius," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, kejadian melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diletakkan berhampiran premis berkenaan yang didapati meletup secara tiba-tiba.

Menurutnya, mangsa selesai makan malam bersama keluarganya dan ingin balik ke rumah mereka di Taman Kenari dekat sini.

"Sebaik sahaja kenderaan mereka bergerak, satu letupan kuat kedengaran di bahagian hadapan kereta.

"Kejadian ini membuatkan ramai dalam kalangan pelanggan yang berada di tempat kejadian bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Ghuzlan berkata, dari pemeriksaan dijalankan terhadap kenderaan mangsa, polis mendapati tidak berlaku sebarang perlakuan jenayah atau khianat.

"Letupan itu berpunca dari kerosakan kotak gear kereta itu.

"Bagaimanapun orang awam yang mengalami kecederaan ringan akibat terkena serpihan kenderaan itu dihantar ke Hospital Kulim untuk mendapat rawatan,” katanya.



SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...eletup-1.89767

Sihir bahan dari mani gajah dan darah haid

Isteri guna darah haid dan air mani gajah sihir suami

Halim menceritakan kepada penulis mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.




SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.
Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.
Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.


sumber:

Talking Wanita Diganggu 12 Hantu Ingin Jadikan Rumahnya ‘Pelancongan Hantu’




Seram dan menakutkan. Mungkin itulah yang dirasakan oleh seorang wanita kerana gangguan yang tak henti-henti diterimanya. Wanita tersebut Vanessa Mitchell 37, akhirnya mengambil keputusan meninggalkan rumah impiannya bersama-sama bayinya selepas diganggu 12 hantu di dalam rumah.

Menceritakan kisah seram dan menakutkan itu, Vanessa memberitahu bagaimana dia berdepan dengan hantu itu beberapa minggu selepas berpindah ke rumah berkenaan. Menurut Vanessa dia sering dipukul dari belakang, rambutnya ditarik dan cuba menolak tetamunya di tangga.

Lebih menyeram dan menakutkan lagi hantu tersebut turut mengalihkan objek di sekitar rumah, menggoncang tombol pintu dan membuka paip air. Kemudian mereka membuat percikan darah timbul di ruang tamu.

Kejadian terakhir yang menakutkan Vanessa ialah selepas dia melahirkan anaknya. Ketika anaknya Jesse berumur empat bulan, Vanessa berkata, dia melihat ‘hantu jantan’ berdiri di atas buaian bayinya.

Vanessa yang bertahan selama tiga tahun tinggal di rumah itu berkata, dia menemui sekurang-kurangnya 12 hantu.

“Selaku ibu tunggal, saya tidak sanggup untuk meneruskan tinggal dengan hantu di rumah itu” Vanessa masih berhutang sebanyak $147,000 atau RM735,000 untuk rumah berkenaan yang sebelum ini menjadi penjara untuk tukang sihir di St Osyth, Essex.

Dalam usaha untuk mendapatkan pendapatan bagi membiayai kehidupannya, Vanessa bercadang membuka rumah itu untuk dijadikan ‘pelancongan hantu’.

Pakar, Chris Palmer 36, ketika bercakap mengenai bangunan yang berusia 500 tahun itu berkata, “Ia mempunyai suasana paling negatif pernah saya temui”.

Ada bran!? jika anda seorang yang berani dan ingin membantu Vanessa, silalah tempah tiket penerbangan ke St Osyth, Essex.

Mencari Traffic Exchanger Tools-Klik Sini


Traffic Exchanger Tools - Jom Cuba

Tuah ayam nampak di kaki, tuah blog siapa yang tahu
 kan? Jom la cuba untuk meningkatkan trafik ke blog 
kita melalui website Asia Fans dan Bloggeria ni. 
Insyaallah kalau ada tuah, mana tahu trafik ke
 blog kita akan bertambah kan? Pada sesiapa yang 
dah mencuba, bolehlah bagi feed back tentang
 website ni. Tapi pada admin, x rugi kan kalau mencuba...


Bila dah klik ke website tersebut, opps mula2 kenalah 
register dulu, lepastu verified emel kita lepastu 
login. Bila dah login, bolehlah kita promote blog dengan 
tepek banner tu kat blog kita. Caranya senang je macam 
biasalah, pegi kat design, add html dan copy paste 
html code dalam kotak tu. 


Lepas dah promote blog, kita bolehlah tekan semua 
butang kat sebelah tu. Kita boleh tambah coin dengan
 klik like kat FB, aotosurf, tweeter, youtube dll.  Admin tak 
cuba semua lagi, baru promote, klik like FB, dan autosurf
 tapi serius nak kata memang mudah sangat2 
langkah2nya. Terutama autosurf tu, klik je lepas tu
 tinggalkan.. boleh makan, p toilet dll tengok2 jer 
coins kita dah beratus2.  Bila cukup 500 coins 
dapatlah kita satu lagi tool iaitu backlink booster. 
Harap2 menjadi la usaha mama kali ni. Harap2 dapatle
 respons daripada sesiapa yang pernah join website ni.
 Blog ni sebenarnya menyokong habis-habisan 
pada yang nak mencuba.. berbaloi-baloi tau.

bukti...

Jom ramai2 pakat join website ni...

~sumber & Kredit Blogger Honey Mama

Jejaka Ini kah tunang Diana Amir?


Gambar tunang Diana Amir

 ~Jejaka Ini kah?


 Diana Amir sah bertunang dengan jejaka idamannya  Diana Amir telah memaklumkan kepada peminat-peminatnya bahawa dia sudah pun bertunang dengan seorang pendidik bernama Habib Bullah, seorang pensyarah di UiTM Kedah di Jabatan Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi.

Walau bagaimanapun tarikh perkahwinan Diana Amir masih dirahsiakan dan akan diumumkan apabila mereka sudah bersedia wawarkan. Inilah jejaka yang telah menambat hati Diana Amir.

 

 

Senjata Ampuh : Ping Blog Anda Dengan PingBusuk

 Ping Busuk: Senjata ampuh Naikkan Traffik blog

Apekebenda yang ampuh ni?Cer citer skit?Bila Admin taip "PING BUSUK" google akan bawa site kt bawah ini

"PING BUSUK : Ping Aggregator untuk rakyat Malaysiabusuk.org/ - Translate this pagePING BUSUK : Ping Aggregator untuk rakyat Malaysia."You've visited this page 3 times. Last visit: 9/27/12

 Jadi secara ringkasnya "Ping Busuk" sebagai PIT STOP kita utk share/blog kita melalui postting-postting kita tiap hari..Jadi dah baca admin pun nak try lahh Ping Busuk..

Minggu ni aku agak busy dengan persiapan menghadapi Audit 5S.Walaupun tak terlibat secara langsung,kerjasama semua pihak sangat penting.
Makanya,minggu ni entri agak kuranglah sebab tak dapat mengadap PC.Hari ni ada peluang sikit,aku cuba-cubalah menggunakan khidmat ping entri dari busuk.org.Nama je tak sedap,tapi memang terbukti berkesan beb!Konsepnya sama macam khidmat perkongsian entri yang lain,cuma keberkesanannya lain macam sikit.
Sebelum ni aku pernah juga guna yang lain,tapi tak berapa efektif.Benarlah kata-kata aluan admin dalam Read Me.Sekejap je entri yang aku dah ping,berada di kedudukan teratas carian Google.


Siapa-siapa yang belum cuba,jom meriahkan busuk.org terutamanya blogger-blogger baru.Maklumlah,masa aku baru blogging dulu pun kalau tak kuat semangat dah lama aku tinggalkan dunia blogging ni.Jenuh buat entri,tapi haram tak keluar dalam Google search.Tapi bila dah faham konsep,sebenarnya simple je.Dengan adanya khidmat ping dari busuk.org ni,makin senang kerja kita.Bukan nak promote kat sini,tapi aku rasa benda ni baik,apa salahnya aku share.

Macam ni baru la semangat nak update,ok ka?  Admin skarang nampak $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


p/s: Admin blogger ubun-ubun masih lembut

Malaysia Budget 2013 Highlights



Malaysia Budget 2013 Highlights

The Malaysia Budget 2013 was unveiled yesterday, filled with goodies and incentives. Check out this infographic for a visual highlight of the Budget 2013 and see how it will impact you!

Seekor Tikus RM2


 ~seekor tikus dubayar RM2, kalu dpt 100 ekor dpt dah rm200, lumayan lumaya...

RM2 untuk seekor tikus hidup atau mati

KUALA TERENGGAN - Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan saguhati sebanyak RM2 bagi setiap tikus hidup atau mati yang dapat ditangkap penduduk tidak lama lagi.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata langkah itu dibuat bagi memastikan bandar raya ini bebas dari ancaman makhluk perosak itu.

Beliau berkata sehubungan itu, kerajaan negeri akan melancarkan kempen menangkap tikus secara besar-besaran di bandar raya ini.

"Kita buat kempen ini berikutan pemerhatian kita di bandar raya ini haiwan perosak itu menimbulkan ancaman kepada rakyat. Kita bimbang kerana ia boleh membawa penyakit merbahaya seperti kencing tikus.

"Program ini juga dibuat sebagai persiapan sempena Tahun Melawat Terengganu tahun hadapan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini hari ini.

Ahmad berkata kempen itu akan diperluas ke seluruh negeri sekiranya mendapat hasil yang positif daripada kempen tersebut.

"Kita buat percubaan dulu dan bila hasilnya baik, kita lanjutkan tempoh kempen. Selain memastikan bandar raya ini bebas daripada tikus, ini dapat juga beri pendapatan sampingan kepada penduduk di sini.

"Tak eloklah kalau tikus berkeliaran di dalam restoran dan tempat-tempat awam kerana ia akan membawa penyakit. Ia juga memberi imej buruk kepada bandar raya kita," katanya.

Bagaimanapun Ahmad mengigatkan penduduk supaya berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan yang perlu semasa menangkap haiwan tersebut. - Bernama




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/...u-mati-1.88756

Nazmi Faiz : Gambar-gambar aksi menarik

 ~ Aksi menarik Nazmi bersama pasukan harimau muda



~ Aksi ketika sukan sea Indonesia-Pingat Emas

~ Lagi Menarik berkaitan Nazmi Faiz

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?

Gaji Nazmi sebulan RM300,000?
JIKA Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

"Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.

~sumber

~ Nazmi Faiz dalam Game FIFA 2013

Nazmi Faiz sah akan bermain di Eropah dengan kelab divisyen 1 Portugal, SC Beira Mar

Nazmi Faiz sah akan bermain di Eropah dengan kelab divisyen 1 Portugal, SC Beira Mar selepas Nazmi
Faiz menandatangani kontrak selama 3 musim bersama kelab itu.
Menurut laman rasmi kelab tersebut, Nazmi Faiz sudah lakukan yang terbaik untuk mendapatkan kontrak sehingga Jun 2015 itu. Nazmi seterusnya akan menjadi pemain rasmi kelab tersebut pada bulan Ogos ini apabila usianya mencecah 18 tahun.
“Sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini. Bermain di Eropah telah lama menjadi impian saya. Trial bersama Beira Mar adalah peluang terbaik saya dan saya telahpun berjaya laksanakannya. Saya sangat gembira serta teruja dan tidak sabar untuk memulakan perjalanan baru ini”  Ujar beliau.


~ Nazmi Faiz dalam Game FIFA2013 Klik sini

Nazmi Faiz dalam Game FIFA 2013

~ Nazmi Faiz permata yg bersinar dlm pasukan harimau muda, sekarang bermain di Liga Divisyen 1 Portugal , kini watak beliau dimasukan pula dlm Game FIFA 2013, satu kebanggaan utk kita...


~ Gaji Nazmi Faiz RM300000 ? klik sini

Pengacara TV tayang Dada untuk Naik Rating


Pengacara TV Sepanyol Tayang Buah Dada untuk naik kan rating, atau mungkin mereka dibuang kerja



 Naikkan rating dengan tayang dada atau diberhentikan

Saturday, September 29, 2012

Wanita Di Jepun Suka Sosej Bentuk "Anu' Lelaki

Terbukti inovasi bentuk hotdog ini mampu menaikkan perolehan jualan hotdog ini
.
Rata-rata pelanggan hotdog inipun rata-rata adalah perempuan, mungkin kerana bentuknya adalah serupa barang kesukaan mereka.

Padah tunjuk 'anu' di denda RM1500



AYER KEROH - Gara-gara berkelakuan lucah terhadap seorang pensyarah, seorang pengawal keselamatan dijatuhi hukuman denda sebanyak RM1,500 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, di sini, semalam.

R Siva, 24, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ida Rahayu Sharif.

Berdasarkan pertuduhan, Siva didapati menunjukkan kemaluannya untuk dilihat Mahfuza Jamaluddin, 28, di hadapan lif tingkat satu, Blok C, Hospital Melaka pada jam 3.50 petang, 25 September lalu.

Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam belanya, N Gunalan merayu diberikan hukuman rendah kerana mempunyai pendapatan kecil, selain perlu menanggung dua anak dan bapanya yang tua.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa, Inspektor Muhamad Juhari Haron meminta mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Ida Rahayu kemudian mengarahkan tertuduh membayar denda RM1,500 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut fakta kes, ketika pengadu (mangsa) menunggu lif selepas mengadakan temu janji dengan doktor di Blok C, Hospital Melaka, dia terkejut apabila seorang pengawal keselamatan di situ menunjukkan kemaluan sebelum bertindak membuat laporan polis



SUMBER:

3 Muka Baru Skuad senior Harimau Malaya

Tiga muka baru dalam skuad Rajagobal hadapi Hong Kong

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Tiga muka baru merupakan antara 33 pemain yang dipanggil menjalani latihan dan pemilihan pasukan Malaysia bagi menghadapi Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong pada 16 Okt depan.
Berdasarkan senarai dikeluarkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini, tiga muka baru dalam skuad kendalian ketua jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K. Rajagobal itu ialah pemain tengah Pahang, R. Gopinathan; pertahanan Kedah, Khairul Helmi Johari dan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, FAM berkata kesemua pemain dikehendaki hadir ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk sesi latihan dan pemilihan dari 5 hingga 13 Okt ini.
Senarai pemain: Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Helmi Johari (Kedah); Azamuddin Mohd Akil dan R.Gopinathan (Pahang); penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Shahrizal Saad (Johor FC).
Amiridzwan Taj Tajudin, D.Christie Jayaseelan, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Angkatan Tentera Malaysia); Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Faizal Muhammad (Terengganu).
Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar dan Norazlan Razali (Selangor); Ahmad Shakir Mohd Ali, Mohd Farizal Marlias dan S.Kunanlan (Negeri Sembilan); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam (Kelantan) serta Ahmad Fakri Saarani dan Yong Kuong Yong (Felda United).
Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A) - BERNAMA

33 Senarai Pemain Skuad Senior Harimau Malaya

33 pemain Malaysia yang akan menentang Hong Kong

Tiga muka baru merupakan antara 33 pemain yang dipanggil menjalani latihan dan pemilihan pasukan Malaysia bagi menghadapi Hong Kong dalam perlawanan persahabatan di Stadium Mongkok, Hong Kong pada 16 Okt depan.

 Senarai pemain yang bakal di turunkan
  • Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri dan Khairul Helmi Johari (Kedah); Azamuddin Mohd Akil dan R.Gopinathan (Pahang); 
  • penyerang Pelita Jaya, Mohd Safee Mohd Sali dan Shahrizal Saad (Johor FC).
    Amiridzwan Taj Tajudin, D.Christie Jayaseelan, Mohamad Azmi Muslim, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak (Angkatan Tentera Malaysia); 
  • Muhammad Zubir Mohd Azmi dan Mohd Faizal Muhammad (Terengganu).
    Safiq Rahim, Mohd Bunyamin Umar dan Norazlan Razali (Selangor); 
  • Ahmad Shakir Mohd Ali, Mohd Farizal Marlias dan S.Kunanlan (Negeri Sembilan); 
  • Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Subramaniam (Kelantan)
  •  Ahmad Fakri Saarani dan Yong Kuong Yong (Felda United).
    Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A) - BERNAMA
Namun  muka-muka lama yang masih relevan untuk menyumbangkan tenaga dan pengalaman meraka seperti gambar di bawah




PANAS : Gambar MP BN Tidor masa Budget 2013

~ Enak dibuai mimpi dan dah mimpi apa dia nak beli dengan duit BONUS yg dia dapat, dia bukan peduli pembentangan budget pilihan raya PM , yg dia tau Bonus dia dapat..

Tak tahan dgn kecantikan rakan sekerja,mangsa diramas dr belakang,cuba dicium tapi...

~Pembantu jururawat cuba mencabul rakan setuganya seorang wanita kerana menaruh perasaan terhadapnya



Panas-Panas: Msg2 Pribadi tersenarai kt timeline

PANAS: Msg2 peribadi dalam fesbuk tersenarai kat timeline



cuba periksa fesbuk korang sorang2

msg2 peribadi yang korang tulis sebelum 2009 sume terkeluar kat timeline

kantoi tahap gaban

http://techcrunch.com/2012/09/24/rep...ed-by-friends/

facebook nafikan, tapi aku sendiri nampak aku punye pte msg kat timeline





~p/s: jaga-jaga siapa yg ada kekasih gelap
 

Tips : Cara Untuk Jailbreak iOS 6


RANDOM TUTORIAL - Cara Untuk Jailbreak iOS 6





Here we go!

   iOS 6 baru sahaja dilepaskan kepada para pengguna gadget Apple dan sekarang kami akan menunjukkan cara untuk jailbreak iOS 6. Sila ambil perhatian bahawa ini adalah TETHERED jailbreak bermakna setiap kali device apple anda masuk off, atau reboot anda harus menyambungkan device ke pc atau mac untuk on semula (boot tethered). Jailbreak kali ini hanya untuk device dengan chip A4 seperti iphone 4. Memandangkan masih tiada lagi jailbreak tool yang dapat terus install Cydia ke device, kami akan menunjukkan cara untuk jailbreak secara manual. 

Step 1: Update device kepada iOS 6 menggunakan iTunes. Kemudian download ipsw iOS6 dari idownloadblog downloads page. Selepas anda berjaya update kepada iOS 6, sambungkan device anda ke komputer dan masukkan device anda kepada DFU mode.


Step 2: Download RedSn0w 0.9.13dev4 dari idownloadblog downloads page .

Step 3: Run RedSn0w, dan  klik Extras > Select IPSW, selepas itu pilih ipsw iOS 6 yang telah anda download tadi. Jika berjaya ia akan tulis 'Succesfully Identified' seperti di bawah.


Step 4: Klik Back, dan kemudian klik Jailbreak. Anda sepatutnya dapat melihat kotak dialog mengatakan “preparing jailbreak data”diikuti dengan satu page dengan beberapa pilihan. Pastikan bahawa anda memilih Install SSH, kemudian klik Next.



Step 5: Device anda akan mula memasuki proses jailbreak. Kemudian anda akan menerima notifikasi mengatakan bahawa ini adalah tethered jailbreak. 



Step 6: Setelah proses jailbreak selesai dan device anda kembali ke lock screen, letakkan kembali device amda dalam DFU mode.
Step 7: Klik Back, kemudian klik Just boot. Logo sebiji nenas sepatutnya akan muncul pada lock screen menandakan ia adalah tethered boot. Setelah selesai dan device anda kembali ke lock screen, anda boleh menutup Redsnow.


Install Cydia


Step 1: Pada iOS device anda, pergi ke  Settings > Wi-Fi > dan click arrow yang menunjukkan anda telah connect dengan Wi-Fi router. Cari alamat IP Wi-Fi connection anda. Sebagai contoh, alamat IP saya 10.0.1.27.



Step 2: Pada komputer yang telah connect dengan Wi-Fi network yang sama, buka Terminal app. Untuk pengguna Windows, sila download Putty sebagai gantian Terminal.
Step 3: Dalam terminal taip: ssh root@10.0.1.27 (sila pastikan bahawa alamat IP adalah sama dengan alamat iOS punya IP)

Step 4: Setelah beberapa saat, ia sepatutnya berjaya connect dan akan meminta password untuk iOS device anda. Passwordnya adalah alpine
Step 5: Setelah berjaya connect, paste apa yang telah dihighlight di bawah ke dalam terminal:
wget -q -O /tmp/cyinstall.sh http://downloads.kr1sis.net/cyinstall.sh && chmod 755 /tmp/cyinstall.sh && /tmp/cyinstall.sh


Step 6: Lebih kurang selepas seminit, iOS device anda akan reboot dan Cydia akan diinstallkan. Abaikan jika anda mendapat sebarang error dari terminal.




That’s all folks. Tak terlalu susah bukan? Jika ada sebarang pertanyaan sila komen dibawah atau hantar email ke kunked09@gmail.com.





source : idownloadblog

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...