BERGELAR selebriti bukanlah mudah, malah ke mana sahaja kaki melangkah, mereka pasti menjadi perhatian ramai.
Tidak terkecuali wanita yang merupakan model dan pelakon terkenal ini.
Selain dikurniakan wajah rupawan, dia juga memiliki tubuh langsing yang diidamkan wanita di luar sana.
Menariknya, penampilannya turut menjadi ikutan gadis-gadis yang ingin kelihatan cantik dan menawan sepertinya.
Jadi,
tidak salahlah apabila dia pernah dilabel sebagai ikon fesyen dan atas
alasan itu, dia turut membuka sebuah butik yang diberi nama House Of
Doll.
Disebabkan itu juga, dia sering menjadi pilihan produk terkenal seperti Avon, Lux, Nutox dan terbaru Colgate sebagai duta.
Inilah dia, Nur Fazura Sharifudin atau nama pentasnya, Fazura.
Merupakan
anak jati Pekan, Pahang, bintang filem Qaisy & Laila ini mengakui
dia seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan.
Apakah maksudnya itu? Jom kita kongsi rahsia kecantikan wanita berusia 30 tahun ini.
Apakah yang dimaksudkan Fazura mengenai kesempurnaan?
Sebagai
wanita yang juga seorang selebriti, saya amat mementingkan
kesempurnaan. Apa yang saya maksudkan adalah daripada sudut penampilan
diri dan yang pasti dari kepala hingga ke kaki.
Boleh kongsi sedikit rutin harian Fazura, khususnya dalam memastikan wajah tampil segar dan berseri?
Saya
juga seperti individu lain yang menitik beratkan penjagaan wajah,
bisanya saya gemar mengamalkan makan jamu dan sayur-sayuran. Ini penting
dalam memastikan kulit sentiasa anjal dan terhindar daripada masalah
kedutan.
Kekal langsing dari dulu sehingga kini, agaknya apa rahsia Fazura untuk memastikan bentuk badan sentiasa 'mantain'?
Green
Tea merupakan minuman terbaik untuk mengekalkan tubuh badan saya selama
ini. Biasanya saya akan minum sebelum bersarapan. Malah, saya juga akan
meminum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari selain
mengamalkan meminum jus epal.
Adakah Fazura mengamalkan apa-apa senaman?
Tentulah,
saya sebenarnya turut mengikuti kelas pilates, tiga kali seminggu sejak
tahun lalu. Bagi saya, ia sangat bagus untuk kesihatan, di samping cara
yang paling berkesan untuk menurunkan berat badan.
Selain itu, apakah tip Fazura untuk mendapatkan kulit yang halus seperti kini?
Saya
sering melakukan lulur, pada masa yang sama, saya tidak minum minuman
yang sejuk. Ini bagi mendapatkan kulit cantik dan sihat.
Produk pilihan Fazura pula...
Sudah
pastilah untuk penjagaan wajah saya menggunakan Nutox, manakala bagi
penjagaan gigi pula, Colgate sentiasa menjadi pilihan dari kecil lagi.
Dan saya yakin ramai yang memilihnya.
Bukan
kerana kini saya menjadi juru cakap produk tersebut, namun saya memang
mempercayainya sejak dulu lagi. Apa pun saya bertuah kerana diberi
kepercayaan menjadi duta Lux dan Avon, sudah pasti saya menggunakannya
sebaik mungkin.
Daripada segi pakaian pula bagaimana? Adakah Fazura akan sentiasa tampil bergaya apabila keluar ke mana-mana?
Saya
sebenarnya seorang yang sangat ringkas, saya boleh keluar dengan hanya
memakai 'legging' yang dipadankan dengan kemeja. Adakala, saya 'siput'
sahaja rambut dan tidak mengenakan sebarang alat solek.
Sebab
itulah, ada rakan-rakan yang menggelar saya makcik. Cuma, apabila
keluar untuk sesuatu majlis barulah saya akan berdandan mengikut tema
dan konsep ditetapkan.
Sedikit mengenai perkembangan karier Fazura...
Alhamdulillah,
tahun ini menyaksikan kembalinya saya ke dunia seni dengan lebih aktif.
Selain muncul dengan beberapa drama terbaru seperti Manisnya Cinta,
saya juga akan muncul bersama filem terbaru nanti. Rasanya, rezeki saya
sangat murah tahun ini, apa pun, saya harap peminat tidak ketinggalan
menontonnya!
PROFIL
Nama Penuh: Nur Fazura Sharifuddin
Tarikh Lahir: 27 September 1983
Tempat Lahir: Pekan, Pahang
Drama: Dalam Hati Ada Cinta, Kasih Suci, Datin Diaries, Gol & Gincu The Series, Rendang Untuk Mentua, dan Ezora.
Filem: Bicara
Hati, Senario XX, Qaisy & Laila, Gol & Gincu, Kayangan, Selamat
Pagi Cinta, Kantoi, Pisau Cukur, Lagenda Budak Setan dan Bujang
Terlajak.
Pencapaian: Pelakon
Harapan Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-17 (FFM17), Pelakon
Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-19, Pelakon Wanita Terbaik
Festival Filem Malaysia Ke-21 dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Festival Filem Malaysia Ke-23.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..