Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, March 02, 2013

Jualan air jampi kian dapat sambutan

Pekedai menunjukkan antara produk air jampi yang mendapat sambutan.

ALOR SETAR - Keghairahan segelintir masyarakat mempercayai keajaiban air rukyah atau air jampi yang dikatakan mampu merawat pelbagai penyakit, menjadi bijak, mendapat jodoh mahupun naik pangkat wajar dipertimbangkan secara rasional diri masing-masing.

Kebanjiran produk bermotifkan air jampi dilihat memenuhi pelbagai premis termasuk farmasi, pasar raya, kios, butik serta individu sehingga ia bukan lagi perkara asing, sebaliknya seakan-akan telah menjadi sebahagian hidup sesetengah masyarakat.

Peniaga tempatan enggan dikenali, 63, berkata, air jampi antara produk terlaris di kedainya di pasaran masa kini kerana dipercayai mampu merealisasikan hasrat penggunanya.

“Jualan air jampi dapat sambutan hangat kalangan pembeli berikutan ia boleh didapatkan dengan harga serendah RM1 sahaja.

“Kebanyakan pembeli mengatakan mereka tidak perlu lagi bersusah payah habiskan banyak wang, masa dan tenaga semata-mata ingin mendapatkan rawatan bagi setengah penyakit," katanya semasa tinjauan Sinar Harian, di sini.

Sementara itu, penduduk, Fauzi Zakaria, 55, berkata, penjualan produk air jampi secara berleluasa menyebabkan imej orang beragama Islam sedikit tercemar, ditambah apabila wujud pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan kanak-kanak untuk menjual produk itu.

"Jika pihak berkaitan ikhlas merawat, maka air jampi harus diberikan cara ikhlas juga, sedangkan perubatan Islam kaedah terbukti baik, namun kini berlaku pula penetapan harga pada produk itu," katanya.

Fauzi berkata, mendapatkan air jampi daripada individu tertentu bagi merawat menggunakan perubatan Islam tidak bermasalah, namun apabila ia dikomersialkan, keadaan menyebabkannya menjadi tidak ikhlas kerana dirasakan ingin mengambil keuntungan.

Manakala, Muhammad Suhardi Mohd Ali, 38, berkata, air jampi berunsurkan spiritual, maka ia tidak sepatutnya dikomersialkan kerana dikhuatiri bakal menimbulkan salah faham terhadap orang yang mengamalkan agama lain, selain daripada orang Islam sendiri.

Katanya, hanya fahaman akidah yang betul mampu menangani ketaasuban masyarakat terhadap air jampi ini.

"Sebarang perubatan yang digunakan, tidak kira sama ada berunsurkan sains mahupun spiritual (air jampi) keyakinan bahawa ia mampu merawat pelbagai penyakit haruslah terletak pada ALLAH dan bukannya mempercayai manusia ataupun ubat” katanya.

Katanya, tanggapan ini salah jadi jika seseorang itu kurang fahaman, maka secara tidak langsung akidah pihak berkenaan telah songsang dari landasan agama yang sebenar.

Suhardi berkata, jika pihak berkaitan telah meneliti dan menemui bahawa produk ini mendatangkan kemudaratan, seperti harganya tidak munasabah dan tidak bersepadan dengan saiznya, maka mereka perlu membanteras keadaan ini terus berleluasa.

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menasihatkan agar air jampi tidak dikomersialkan berikutan kerisauan ia meninggalkan tanggapan tertentu terhadap kaedah perubatan Islam bagi sesetengah pihak.

Malah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menetapkan kriteria penjualan air jampi haruslah berdasarkan satu garis panduan dan peraturan yang perlu dipatuhi semua terlibat.

~sumber~


~money2gold:- pendapat seorang pembaca Yang baik tu datang dari Allah.Kita selalu di anjurkan membaca doa jika hendak melakukan sesuatu pekerjaan.Dalam hal minuman pun kita dianjurkan berdoa.Jadi tak salahkan kalau kita minum air yang di doa dari air Al,Quran.Dari apa yang saya tengok dan dengar air doa ini bukan semata2 dijual untuk keuntungan tetapi lebih kepada sumbangan untuk pengajian sekolah agama atau pusat tahfiz yang ada di kedah.Negeri2 lain pun ada juga buat mcm ni,Jadi tak salah jika kita sama2 membantu mereka.sama2 dapat pahala.Jadi tak payah lah heboh2 pasal air doa atau air jampi ini,Selagi ianya tidak menyalahi hukum syarak.Wallahu Aklam.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...