Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Sunday, September 16, 2012

BENDERA MALAYSIA



Sempena Hari Malaysia N3 hari ini pasal Bendera jom kita baca...zoommmm..

BENDERA MALAYSIA

jalur-gemilang


Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan,
 martabat  dan kewarganegaraan bagi sebuah negara.
 Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri
 untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. 
Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang 
diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang 
kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor.
 Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan 
dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah.
Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar
 bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan
 jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan 
keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan
 iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor,
 Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang,
 Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan
 (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Warna merah pada jalur membawa makna gagah
 berani dan warna putih pula membawa makna suci murni.
 Warna kuning yang digunakan pada bulan dan
 bintang adalah warna Diraja yang melambangkan
 Raja-Raja Melayu. Gabungan tiga warna utama
 iaitu merah, putih dan biru melambangkan setiakawan
 Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan
 penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel.
Sejarah Bendera Malaysia Pada 29 November 1949, 
Majlis Raja-Raja dengan kerjasama Majlis Perundangan Persekutuan 
telah mengadakan pertandingan peringkat kebangsaan untuk memilih
 reka bentuk bendera bagi kerajaan yang bakal dibentuk.
 Dalam pertandingan tersebut, ciptaan Encik Mohamad bin Hamzah
  (arkitek kerajaan Johor) dipilih sebagai pemenang.
Walau bagaimanapun reka bentuk bendera tersebut 
telah dibuat beberapa pindaan dan telah diperkenankan
 oleh Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan
 23 Februari1950. Pada 19 April 1950, 
Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan
 usul yang dibentangkan oleh
 Pemangku Ketua Setiausaha Negara. 
Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat
 kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.
Sehubungan dengan itu, buat pertama kalinya
 Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan 
di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri
 oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan pegawai-pegawai 
King Goerge VI pada 26 Mei 1950. 
Selepas penubuhan Malaysia pada 16 September 1963,
Bendera Persekutuan Tanah Melayu telah 
diubahsuai sejajar dengan kemasukan Sarawak, 
Sabah dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Walaupun Singapura keluar daripada Malaysia pada tahun 1965,
 namun Malaysia masih mengekalkan ciri-ciri benderanya. 
Setelah berkibar megah sejak 1950, pada malam 31 Ogos 1997,
 Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang merupakan 
Perdana Menteri ketika itu telah mengukir satu lagi sejarah 
apabila beliau mengumumkan nama baru bagi 
Bendera Malaysia iaitu JALUR GEMILANG.
Susunan Keutamaan Bendera
Susunan keutamaan Bendera Malaysia dan
 negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan
 DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertua Negeri
 seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan.
 Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang diguna pakai
bagi tahun 2009 adalah seperti berikut:-
1. Malaysia
2. Kedah
3. Pahang
4. Kelantan
5. Johor
6. Perak
7. Perlis
8. Selangor
9. Negeri Sembilan
10. Terengganu
11. Sarawak
12. Pulau Pinang
13. Sabah
14. Melaka
15. Wilayah Persekutuan

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...