Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Saturday, September 15, 2012

Identiti pengarah filem hina Nabi masih misteri



MISTERI siapakah pengarah filem anti- Islam ‘Innocence of Muslim’
 yang mencetuskan rusuhan di sekitar Mesir dan
 Libya masih menjadi tanda tanya.

Filem yang membuat penggambaran di Amerika itu dan sudah
 memulakan tayangannya di panggung-panggung berskala kecil 
di Hollywood pada Jun lalu.

Bagaimanapun selepas trailer filem itu yang berdurasi selama 
14 minit dikongsi di laman YouTube menular, 
seorang Duta Amerika Syarikat (AS) ke Libya telah terbunuh.

Sebelum ini, judul asal bagi filem itu dipercayai ‘The Innocence of Bin Laden’
 dan diarah serta skripnya ditulis oleh Sam Bacile, 52, dipercayai seorang ejen
 hartanah berbangsa Mesir yang menetap di AS.

Dia turut menyatakan telah memperolehi dana sebanyak
 AS$5 juta (RM15 juta) untuk membikin filem itu daripada
 100 orang bangsa Yahudi lain.

Persoalan mula timbul adakah Sam Bacile ini benar-benar wujud?

Konsultan filem terbabit yang juga merupakan orang kuat dalam
 memberi publisiti untuk filem itu, Steve Klein.

Katanya, dia tidak mengenali identiti sebenar pengarah filem kontroversi itu.

Selain itu, seorang paderi, Terry Jones dari Florida yang juga
 terlibat dalam aktiviti pembakaran ayat suci al-Quran tahun lalu, 
mengatakan dia ada berhubung dengan Bacile berkaitan promosi
 untuk filemnya, tetapi menafikan pernah berjumpa dengan pengarah itu.

Sementara itu, seorang pelakon wanita, Cindy Lee Garcia yang terlibat
 dalam filem mengenai Nabi Muhammad S.A.W sehingga mencetuskan 
kemarahan umat Islam seluruh dunia akan mengambil tindakan dengan
 menyaman pengarah filem itu.

Garcia berkata, skrip filem yang diterimanya berkisarkan Desert Warriors,
 yang mana memfokus kepada kehidupan manusia 2,000 tahun lalu dan
 tidak mengetahui filem itu digunakan dengan tujuan untuk menghina
 agama Islam, sebaliknya dia turut mengutuk hasil filem itu.

Pelakon wanita itu muncul dalam klip trailer filem itu berkata,
 dia membawa watak wanita yang terpaksa menyerahkan anaknya
 kepada karakter dinamakan Mr George dalam satu adegan.
 Watak George digambarkan sebagai seorang pemimpin yang 
gagah dan juga kejam.

Namun berlainan dalam paparan 13 minit yang ditayangkan
 di YouTube, karakter George telah ditukar kepada Muhammad.

Garcia berkata, dia berasa takut apabila mendapati kaitan video 
berkenaan dengan kematian empat rakyat AS selepas serangan yang
 berlaku di konsulat AS di Libya, Selasa lalu.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/hibura...isteri-1.85078

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...