Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini bagi
Kuala Lumpur dan Selangor, yang berjalan
dari 29 Ogos lalu hingga 21 September ini,
didakwa sudah tersebar menerusi laman sosial
Facebook.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata,
maklumat tersebut diperolehi daripada seorang
guru tuisyen yang memberitahu bahawa pautan
kepada soalan itu dimuat turun di Facebook
sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap subjek.
''Selalunya mereka akan letak soalan itu
sehari sebelum tarikh peperiksaan bagi setiap
subjek, namun apa yang menimbulkan tanda
tanya sekarang mengapa tiada tindakan diambil
meskipun ada guru sekolah yang mengetahui tentang
perkara ini,” katanya pada sidang media
di pejabatnya hari ini.
Sementara itu, semakan Sinar Harian di laman sosial
berkenaan pada awal pagi mendapati terdapat
23,000 orang telah menerima laman tersebut,
namun selepas maklumat mengenainya tersebar
di media, laman itu telah tiada pada jam 3 petang tadi.
Hasil semakan itu mendapati terdapat 10 subjek
yang didakwa kertas percubaan SPM sebenar
peperiksaan telah dimuat turun di laman tersebut.
“Saya harap pihak berkuasa termasuk
Kementerian Pelajaran dapat menyiasat dan
mengenakan tindakan tegas ke atas mereka yang
terlibat kerana kertas percubaan yang dimuat
turun adalah 99.9 peratus tepat seperti
soalan sebenar,” katanya.
13 September 2012
~sumber ~
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..