19 September 2012
JUARA empat kali Liga Premier Iraq, Arbil FC
mempamerkan kehebatan sebenar apabila mencatat
kemenangan bergaya ke atas pasukan gergasi
Pantai Timur Malaysia - Kelantan 5-1 dalam saingan
suku akhir pertama di Stadium Francouse Al-Hareeri, hari ini.
Kemenangan ini nyata memberi bekalan selesa
ke atas pasukan Arbil FC yang akan bertandang
ke Kota Bharu pada aksi suku akhir kedua 25 September ini.
Perlawanan yang jelas didominasi Arbil FC pada
babak awal perlawanan memperlihatkan pelbagai
serangan dan percubaan dilakukan anak buah Nizar Mahrous.
Namun begitu, Shakir Ali hampir menjaringkan
gol untuk pasukan Kelantan tetapi sepakannya
sekadar melewati palang gol pada babak awal perlawanan.
Mula menemui rentak, Arbil FC mula mengatur
permainan dengan melakukan asakan demi
asakan ke gawang lawan.
Akhirnya, pasukan tuan rumah berjaya memecah
kebuntuan jaringan apabila pemain nombor 12
menjaringkan gol pertama setelah menewaskan
penjaga gol Malaysia,
Mohd Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-38.
Tersentak dengan jaringan pasukan tuan rumah,
Kelantan mengatur strategik dengan melakukan
serangan ke gawang lawan.
Namun, kesilapan yang dilakukan pasukan tuan
rumah menjatuhkan pemain Kelantan di dalam
kotak penalti akhirnya memberi peluang kepada
anak buah Bojan Hodak menjaringkan mata penyamaan.
Suasana stadium yang pada mulanya riuh senyap
seketika apabila Mohd Badhri Mohd Radzi berjaya
menggegar gawang Arbil FC pada
minit ke-42 menerusi sepakan penalti.
Memasuki babak kedua perlawanan menyaksikan
pasukan tuan rumah memperkemaskan corak
permainan dengan aksi yang lebih tersusun dan
pemain Arbil FC mencemaskan kelab pelawat,
namun tendangan lencongnya dari jarak 15 meter
berjaya didakap kemas penjaga gol, Khairul Fahmi.
Begitupun pasukan pelawat tidak kurang aksinya
apabila bangkit melakukan serangan dan hampir
mengejutkan pasukan tuan rumah, namun
beberapa cubaan menarik berjaya dikekang
benteng pertahanan Arbil FC.
Keghairahan tuan rumah dalam memburu
gol kedua akhirnya tertunai menerusi tendangan p
enalti yang disempurnakan pemain nombor 29
pada minit ke-50 untuk mengukuhkan kedudukan di depan.
Gol tersebut tidak menyentap semangat juang
Kelantan apabila turut melancarkan serangan
ke kubu pasukan Arbil menerusi rangkaian jentera
serangan Piya namun berjaya dipatahkan
pertahanan tuan rumah.
Selang beberapa minit kemudian, Arbil FC terus
berpesta gol menerusi jaringan pemain nombor 11
pada minit ke-68 sebelum pemain nombor lapan
meriuhkan stadium dengan gol keempat pada
minit ke-71.
Anak-anak buah Nizar menutup tirai perlawanan
malam ini dengan gol kelima pada babak akhir
perlawanan sekali gus mencerahkan peluang
ke separuh akhir Piala AFC.
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..