Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, September 17, 2012

William dan Kate mahu saman majalah Perancis



LONDON - Duke dan Duchess of Cambridge, Putera William dan
 Kate Middleton mungkin akan mengambil tindakan
 undang-undang ke atas syarikat penerbitan majalah Perancis
 berkenaan penggunaan foto kontroversi Kate.

Tindakan itu diambil kerana syarikat penerbitan majalah itu, 
Closer telah melanggar hak privasi mereka dengan mengambil
 gambar secara curi-curi ketika pasangan diraja itu bercuti di Provence, bulan lalu.

Menurut kenyataan Istana St James, yang mewakili
 kedua-dua figura diraja itu, gambar yang diambil dari jarak jauh itu
 merupakan satu perbuatan keterlaluan media dan
 paparazzi yang sudah diamalkan sejak era Puteri Diana lagi.

Pihak istana mengatakan paparazzi sudah melampaui batas lantas
 mencadangkan kepada pasangan itu memikirkan kemungkinan untuk
 menyaman majalah dan jurugambar mereka atas alasan
 melanggar hak privasi seseorang individu itu.

Secara tradisinya, keluarga diraja Britain tidak pernah mengambil tindakan 
undang-undang ke atas media, tetapi penyebaran gambar kali ini
 benar-benar keterlaluan sehingga boleh menjejaskan 
nama baik Duke dan Duchess of Cambridge.

Jurucakap istana menyatakan, “pasangan diraja itu berasa sangat
 sedih setelah mengetahui mengenai penerbitan foto kontroversi itu
 dan menganggap mereka sudah melampaui batas-batas 
sebagai seorang pengamal media.”

Menurut BBC, walaupun gambar yang diambil itu kelihatan kabur
 tetapi memang jelas ia merupakan kelibat kedua-dua figura diraja popular itu.

Sebanyak empat keping gambar dimuatkan dalam majalah itu dengan
 sebahagiannya memaparkan gambar Kate dalam keadaan tidak berbaju.

Pasangan diraja itu yang kini masih dalam rangka lawatan ke Asia Pasifik
 termasuk ke Malaysia sempena ulang tahun pemerintahan jubli intan 
Queen Elizabeth, mengetahui mengenai perkara itu ketika sedang 
menikmati jamuan minum pagi yang diadakan di Kuala Lumpur khas
 untuk lawatan mereka ke Malaysia.

Menurut wakil rasmi mereka, Putera William dan Kate berasa kecewa 
dan dukacita apabila hak privasi mereka dicerobohi pihak-pihak tertentu.

Penyebaran gambar itu berlaku sebulan selepas insiden yang menimpa
 adik ipar Kate, Putera Harry apabila gambar aksi nakalnya ketika sedang
 bercuti di Las Vegas tersebar meluas malah akhbar sensasi 
The Sun UK turut menyiarkan gambar terbabit walaupun ianya melanggar hak dan undang-undang privasi di sana.

Gambar kontroversi itu mula tersebar melalui laman
 gosip popular di Amerika Syarikat, TMZ.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/global...rancis-1.85137

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...