Lelaki seiras Saddam diculik, diugut berlakon sebagai diktator Iraq dalam filem porno
KAHERAH: Seorang lelaki dengan wajah seiras
Saddam Hussain mendakwa sekumpulan samseng
cuba menculik dan memaksanya menyamar sebagai
diktator terkenal itu untuk berlakon dalam filem porno melampau.
Warga Mesir, Mohamed Bishr yang saling tak tumpah
menyerupai bekas pemerintah kuku besi itu
mendakwa dipaksa melakukan perbuatan itu oleh kumpulan
samseng berkenaan minggu lalu.p>
Kumpulan yang tidak dikenal pasti itu memberitahunya,
mereka akan menyiarkan rakaman palsu itu sebagai
pita porno asli Saddam dan menjualnya ke seluruh dunia
bagi mendapatkan wang.
Pada awalnya mereka berkata, akan membayarnya
205,000 pound (RM1.09 juta) untuk adegannya dalam
kerjasama itu, tetapi kemudian membelasahnya apabila
dia enggan.p>
Mohamed dari Iskandariah berkata, dia turut menerima ugutan
melalui panggilan telefon mengatakan dia akan diculik jika dia
enggan berlakon dalam filem itu. p>
Mohamed yang warak berkata, pada minggu lalu, tiga lelaki
berpakaian hitam keluar dari van dan memaksanya untuk
memasuki belakang kenderaan itu.
Dia memberitahu akhbar harian Mesir,
Al-Ahram: “Tiga lelaki itu yang mempunyai pistol tersisip di tali pinggang
mereka memaksa saya keluar dari kereta dan menolak saya ke dalam
sebuah van sambil memukul kepala saya.” p>
Menurutnya, orang yang lalu lalang berhimpun di tempat kejadian,
tetapi amat takut untuk campur tangan dan perkara terakhir yang
diingatnya, dia dicampak dari van ke kaki lima.
Mohamed juga telah diserang beberapa kali pada masa lalu oleh rakyat
Iraq yang menetap di Mesir.
Kebanyakan mereka tersilap menganggapnya sebagai pemimpin
mereka yang diguling (dihukum mati di penjara
Baghdad pada Disember 2006) dan mahu menyerahkannya kepada
pihak berkuasa untuk mendapatkan ganjaran. Dia terpaksa berpindah
rumah beberapa kali bagi mengelak diganggu.
Anak lelakinya, Mahmoud berkata: “Kami meminta polis supaya
memberi perlindungan khas kepada bapa kami kerana perkara
ini sudah berlaku beberapa kali.” - TS
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..