Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan
pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk
meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri
amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia
dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh
mereka.
Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada
waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk
memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan
makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu,
buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.
Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung,
segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa
isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk
menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk
memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.
Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda
mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu
dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk
membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri
seorang suami yang baik.
Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami
perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya
belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih
bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat
merajuk dan sebagainya.
Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala
tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami
mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami
pula melakukan tugasan yang sama.
Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan
untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali
melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi
hubungan anda dan anak.
Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan
biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa,
bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan
ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian
pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.
Nuffnang Adds
ADVERTSLET
Ruang Iklan Sewa
WELCOME
Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...
Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~Di Sini macma-macam Ada..
~ Nak Ilmu..Nak info...
~Nak buat Duit.....
kita Akan kongsi kan Di Sini !
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
GuaBlog.com
Welcome marque
Ruang Iklan utk disewa
Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..