Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Monday, March 11, 2013

Berita gembira buat Kakitangan Awam pada hari ini 11 Mac( 11.00 pagi live ada di tv1)

Berita gembira buat Kakitangan Awam pada hari ini 11 Mac

 Sukacita dimaklumkan bahawa Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) dengan kerjasama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan menganjurkan Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ketiga Belas (MAPPA XIII) pada 11 Mac 2013 (Isnin) jam 11.00 pagi bertempat di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). MAPPA XIII akan membawakan tema:

“Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020”.

Sedia maklum, MAPPA merupakan acara tahunan di mana YAB Perdana Menteri akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam dari pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan – government linked companies (GLC). MAPPA XIII kali ini dijangka akan melibatkan kehadiran seramai 10,000 anggota perkhidmatan awam dari seluruh Malaysia berhimpun bagi mendengar amanat YAB Perdana Menteri. Amanat YAB Perdana Menteri akan turut disiarkan secara langsung menerusi RTM saluran 1. Semua gabungan CUEPACS dijemput hadir..


 Ali berkata pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja Perdana Menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.
"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.
Katanya untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.
"Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya

Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.

Katanya tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat.


-- BERNAMA



~ Updated TERKINI 11 Mac 12.45tgh Hari

KGT kakitangan awam
Kerajaan setuju beri kaedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan yang diawalkan pada 1 Julai 2013 kepada semua penjawat awam - PM Najib



Tambahan KGT tiga kenaikan untuk semua struktur gaji maksimum

PUTRAJAYA 11 Mac - Berkuatkuasa 1 Januari lalu, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum diperuntukkan tambahan Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) sebanyak tiga kenaikan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Kenaikan itu kata Perdana Menteri, membabitkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat menikmati KGT. - UTUSAN


Kakitangan awam kontrak disambung setahun lagi: PM
2013/03/11 - 12:23:32 PM

PUTRAJAYA: Kakitangan awam yang kontraknya tamat pada 31 Disember 2013 akan disambung selama setahun lagi, umum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi.

 ~ Bacaa Lanjut KILK Sini

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...