Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Wednesday, March 06, 2013

Info : Perlu tahu Mengapa Polis diberi Tugas dalam Ops Sekap

 Kecoh isu Lahad Datu..Sabah..Sultan Sulu...ramai dah posting n letak status pd FB laa..benda nie dah hampir sebulan berlaku..dan masih belum selesai...masa mula-mula Admin dpt info pasal Pendaratan Penceroboh Bersenjata Di Lahat Datu...Admin ingat sgt semua DINGIN shja..admin ingat dah selesai Isu nie tambahan pulak sibuk berkursus utk menambah ILMU..so hari ke 20 rentetan tragedi bila 2 anggota keselamatan kita gugur..bertalu talu posting, status FB tumbuh bagai cendawan dengan pelbagai status KENYATAAN-PERTANYAAN-KUTUKAN-POLITIK biasalah Laman Sosial kan..itu pun kalau rakyat Malaysia Faham..Laman Sosial FB nie Macam Sembang Kedai Kopi laa...

Ada kaki Auta..semua dia tau..semua putar alam..

Ada kaki keras kepala Fakta dia ajer BETUL, pendapat org sikit Tak Boleh terima

Ada Kaki dengar jer..Tapi batu Api....


So Admin nampak dan terdetik persoalan Apa Kenapa Mengapa.. so nie yg pertama..KENAPA POLIS YG DIARAH DAHULU BUKAN ASKAR


Perlu tahu Mengapa Polis diberi Tugas dalam Ops Sekap

 MENGAPA POLIS YANG DIKERAHKAN DAHULU?

Dalam situasi ini , kita kenalah faham , Mengapa Polis Hutan (PGA) dan VAT69 yang dikerahkan dahulu. Tujuan asal OPS Serkap / Sulu ini adalah untuk berunding dengan penceroboh (mundu) untuk keluar dari kawasan yang diceroboh dan untuk menangkap penceroboh sekiranya mereka enggan meninggalkan kawasan yang diceroboh.

Peristiwa berdarah dengan lepasan Mortar yang meragut 2 nyawa anggota VAT69 (Very Able Trooper 69) menandakan perang tercetus diantara penceroboh dan anggota keselamatan kita.

DIMANA LETAKNYA ASKAR KITA?

Ramai juga yang mempertikaikan dimana Askar kita ? GGK? Komando?Mengapa Polis yang diarahkan terlebih dahulu.Untuk pengetahuan anda , Tentera hanya akan bertindak dengan arahan dan sekiranya pihak Polis tidak dapat mengawal situasi tersebut , (dalam situasi ini , sekiranya perintah Darurat disytiharkan daripada Yang Di-Pertuan Agong, Tentera akan mengambil alih OPS) . Disaat ini pun , pihak tentera diarahkan untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.

MENGAPA TIDAK DISYTIHARKAN PERANG TERHADAP PENCEROBOH?

Pokok persoalan yang menjadi tanda tanya , mengapa tidak dihapuskan sahaja penceroboh ini? tembak? bom? hapuskan tanpa perlu berunding kerana ini melibatkan kedaulatan negara.Banyak perkara yang perlu diambil kira sekiranya Malaysia ingin mengisytiharkan perang.

Perkara-perkara berbangkit selepas ini sekiranya kita tidak mengadakan rundingan terlebih dahulu.Salah satunya seperti , diplomasi luar Malaysia. Tidak mustahil selepas ini sekiranya penceroboh (Kesultanan Sulu) ini terus digempur , akan wujudnya sekutu-sekutu (ghaib) yang cuba membantu penceroboh ini.

Janganlah politikkan isu ini dengan menyamakan konflik LahadDatu dengan demonstrasi jalanan Bersih , kerana ianya dua hal yang berbeza. Dalam apa-apa situasi pun , pihak keselamatan kita sememangnya akan berunding terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa tindakan. Dan isytihar perang juga bukanlah satu perkara yang boleh dibuat sewenangnya.

Negara kita mempunyai institusi beraja dan mengangkat Islam sebagai agama rasmi. Di dalam Islam , mengisytiharkan perang bukanlah sesuka hati , tetapi mempunyai proses-proses yang perlu diambil kira , seperti berunding dan sekiranya boleh mengelakkan pertumpahan darah. Kita masih memikirkan adab-adab tersebut.









Persoalan Kenapa guna polis tak tentera?

1) jika kita guna tentera dahulu bermakna kita dalam perang dengan Sultan SULU.

2) Juga bermakna kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan yang sah yang mengistiharkan perang kepada kita.

3)Dan jika ini berlaku ianya akan tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.

Jika Polis sebagai pemerintah operasi bermakna+>

1) kita masih anggap mereka itu penjenayah dan penceroboh bukan combatant perang.
2) Polis kita akan menangkap dan menahan (perkatannya untuk polis ialah menahan bukan menawan - Menawan ialah perkataan Tentera ada beza di antara keduanya)
3) Untuk mengelakkan mereka menjadi Tawanan Perang. Cukup sekadar sebagai tahanan penjenayah. Maka tuduahn di Mahkamah Awam boleh di lakukan. Seperti tuduhan yang boleh kita buat di atas lanun Somalia yang kita tahan sedikit masa lalu. Mereka tidak di anggap tawanan perang.
4) Boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap perang susah nak bicara dan mana nak tempatkan mereka dan diklasifikasikan mereka ini?
Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. Susah macam tu.
Itu sebab kita mengambil langkah Polis dahulu. Jika tentera ambil alih sudah jadi kes lain.Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Dengar cerita darurat telah di istiharkan dan curfew di kuatkuasakan di sana. Ini bermakna tentera sudah ambil alih di Lahad Datu atau kawasan pencerobohan sahaja (kawasan yang lebih kecil)
Ianya seperti darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu- tentera USA ambil alih bukan lagi polis tempatan)


Dalam keadaan ini bermakna bukan satu negara Malaysia darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan LOCAL AREA SAHAJA. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun.Hanya kawsan pencerobohannya sahaja. Nampak hati-hatinya dan telitinya Kerajaan dalam hal ini? Menurut langkah satu persatu?


Nota Tambahan. Ingat kes Maunah dahulu? Mula-mula polis. Kemudian Tentera ambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah)yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada YAng Di Pertuan Agung. Beliau tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh combatant Perang.
Persoalan sempadan bolos. Mereka masuk sikit demi sedikit dengan bot pancung dalam kawasan yang mana sempadan adalah kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang alik. Lagi pun kawasannya luas.Tiada ada negara dalam dunia yang tidak di tembusi sempadannya. Yang sukar sedikit ialah Israel dan Vatican. Israel sebab temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya dan juga di kepung oleh bandar Rom. Hatta USA pun sering di cerobohi sempadannya oleh orang Mexico. Negara China yang terkenal dengan Gerat wallnya sering di cerobohi orang bangsa Mongolia Nomad atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

------------------------------------------
Al-Fatihah kepada pejuang negara. Semoga Balu dan Anak-anak terus tabah menghadapi ujian Allah ini.

No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...