Update Terkini !!! KL, Manila label penceroboh Sabah pengganas
KUALA LUMPUR – Malaysia menganggap penceroboh bersenjata Sulu yang membunuh lapan anggota keselamatan Malaysia di Lahad Datu dan
Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario.
Semporna, Sabah, sebagai pengganas, dan ini turut dikongsi Setiausaha Luar Filipina, Albert F. Del Rosario.
“Setiausaha
Rosario bersetuju kumpulan ini patut dilabelkan sebagai pengganas,”
kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua
mereka mengadakan pertemuan di ibu negara Malaysia ini malam tadi untuk
membincangkan perkembangan yang berlaku di kedua-dua pekan di Sabah
itu.
“Kita
menghargai pendirian kerajaan Filipina dan Presiden Benigno Aquino yang
menggesa kumpulan Sulu itu menyerah diri dan pulang kepada keluarga
dan rumah masing-masing di Filipina.
dan rumah masing-masing di Filipina.
“Kumpulan itu bagaimanapun memilih untuk mengabaikan seruan itu,” kata Menteri Luar Malaysia itu.
Mengenai
hasrat Manila supaya anggota kumpulan itu didakwa di mahkamah Filipina,
Anifah berkata, Malaysia perlu mendapatkan penjelasan mengenai
undang-undang yang mereka akan didakwa, dan untuk undang-undang itu dikaji oleh Peguam Negara Malaysia.
undang-undang yang mereka akan didakwa, dan untuk undang-undang itu dikaji oleh Peguam Negara Malaysia.
“Setiausaha
Rosario memberi jaminan bahawa kerajaan Filipina akan membawa kumpulan
Sulu yang terlibat dengan keganasan di Lahad Datu dan Semporna ke muka
pengadilan dan dikenakan tindakan undang-undang.
“Saya
juga menekankan bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Jamalul Kiram
ke atas pelbagai kenyataan beliau yang membangkitkan perasaan kebencian
dan kemarahan,” kata Anifah yang merujuk kepada Jamalul Kiram yang
mendakwa kononnya beliau ‘Sultan Sulu’.
Katanya, Rosario memaklumkan kepadanya bahawa kerajaan Filipina mengecam tindakan penceroboh tersebut.
“Beliau
memanjangkan ucapan takziah kepada anggota keluarga keselamatan yang
terkorban dan juga kepada rakyat Malaysia,” katanya. – Bernama
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..