Tiada terowong bawah tanah ditemui pasukan keselamatan: Polis
KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menafikan
dakwaan penceroboh dari selatan Filipina berjaya memasuki Kampung Tanduo
menerusi terowong bawah tanah yang dibina sejak November lalu.
"Setakat ini kami tidak mendapat sebarang maklumat mengenai adanya terowong itu.
Penduduk mendakwa penceroboh menggunakan jentera pengorek untuk mengali lubang seolah-olah sedang mencari emas tetapi didakwa helah membina kubu dan terowong bagi dijadikan tempat persembunyian apabila diserang.
Ditanya sama ada kemungkinan penceroboh Sulu hanya berada di sekitar Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu, Hamzah berkata: "Tak boleh anggap mereka (penceroboh) berada di dua kampung ini sahaja."
Mengulas mengenai insiden seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi lelaki cedera di kaki setelah terkena tembakan pasukan keselamatan dalam operasi memburu penceroboh di Kampung Sungai Bilis semalam, Hamza berkata kejadian itu berlaku di dalam liputan kawasan operasi.
Katanya apabila berada dalam kawasan operasi, kesiapsiagaan pasukan keselamatan sememangnya berada pada tahap yang tertinggi dan tidak akan memberi ruang dan peluang kepada pihak musuh untuk membuat serangan balas.
"Dalam apa keadaan sekali pun kita akan bertindak sebab itu pasukan keselamatan sering mengingatkan orang ramai jangan menghampiri kawasan operasi," katanya. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..