Nuffnang Adds

ADVERTSLET

Easy Money

Ruang Iklan Sewa

Ruang Iklan Sewa

WELCOME

Selamat Datang Ke Blog Macam Macam Ada...

Di Sini macma-macam Ada..

~ Nak Ilmu..Nak info...

~Nak buat Duit.....

kita Akan kongsi kan Di Sini !

~ Risiko Rendah Pulangan Tinggi~
~
~$$$$$$BLOG BUAT DUIT$$$$$$$~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

GuaBlog.com

Welcome marque

~WELCOME~SELAMAT DATANG~Thank You For VisiT~Terima Kasih

Ruang Iklan utk disewa

Ruang Iklan utk disewa

Promosi Terbaru!!!!! Sila KLIK!!!

Thursday, May 16, 2013

3R Kembali ~ 3R JANGAN GEDIK


3R Kembali Ker? Sesuai Ker..semua dah tak mcm dulu anak-anak Dara dan Remaja Matang..aku tengok dulu pun sbb semua masih anak-anak dara...So kalau Nak COME BACK kena tukar Hos Baru yg lebih REMAJA..Jom Kita tengok Apa cerita sebenar ZOMMMMMMMMMMMMM.........

3R Jangan gedik!




PASTI masih ramai yang mengingat program 3R (Respek, Relaks, Respon), iaitu sebuah program yang membincangkan isu-isu berkaitan kaum wanita khususnya golongan remaja secara terbuka yang diperkenalkan sekitar 2000.


Menariknya, program ini wujud sebelum laman sosial seperti Facebook dan Twitter hadir dalam kehidupan harian kita.

Dihoskan tiga gadis ketika itu, program tersebut didefinisikan antara tempat kita mencari penyelesaian kerana rata-rata hal yang dibawa berkait rapat dengan masyarakat sekeliling.

3R pernah membariskan Azah Yasmin Yusof (Azah), Rafidah Abdullah (Rafidah), Low Ngai Yuen (Yuen), Kartini Ariffin (Tini) dan Celina Khor (Celina) sebagai hos.

Bermula dengan Azah, Rafidah dan Yuen pada musim pengenalannya, persembahan sketsa yang melakonkan semula isu atau masalah sosial berlaku dalam masyarakat kita berjaya mengubah persepsi para penonton bahawa isu-isu berkaitan sosial bukanlah sesuatu yang berat dan sukar difahami.

Apa yang pasti untuk musim terbaru, 3R kembali dengan konsep yang lebih terkini serta matang bersama barisan hos yang baru.

Berkongsi mengenai hos baru program ini, baik Azah, Yuen, Rafidah dan Tini bagaimanapun, meletakkan syarat dalam memastikan hos terbaik menggantikan tempat mereka.

“Kami sangat sayangkan program ini dan kami telah bekerja keras untuk meletakkannya di satu tahap yang tinggi.

“Jadi kami minta kepada mereka yang mahu menjadi hos tidak mensia-siakan peluang yang ada.

“Bukan kami demand tetapi ia demi kepentingan hos itu dan program ini sendiri,” kata mereka.

Mengulas lanjut mengenai ciri-ciri hos pilihan mereka, masing-masing berpendapat hos tersebut bukanlah hanya bergantung kepada rupa semata-mata.

“Kami tidak mahu yang cantik atau yang gedik, yang penting menarik dan pandai membawa diri.

“Mereka juga harus bijak dan pantas lebih-lebih lagi sekarang semuanya berlaku dalam sekelip mata dan yang paling penting, boleh bercakap dengan baik, banyak idea dan prihatin dengan apa
berlaku di sekeliling mereka,” kata mereka.

Bakal disiarkan menerusi TV3 bermula Ogos 2013, 3R meneruskan usahanya untuk memperkasakan wanita muda dengan pelbagai mesej positif dan progresif.

Dalam pada itu, akui Azah, Yuen, Tini dan Rafidah, mereka bangga kerana 3R kembali setelah hampir tiga tahun perancangan untuk menayangkan semula program tersebut tertangguh.

Jelas mereka, bukan mudah membawa kembali program ini sementelah pelbagai program telah disajikan kepada penonton.

“Dulu ketika kami remaja, program ini boleh dikatakan berjaya menepati cita rasa masyarakat waktu itu.

“Apa kami nampak, 3R satu program yang kaya dengan pengisian menarik ditambah pelbagai info dan pengetahuan, jadi tidak sukar ia mendapat sambutan,” katanya.

Berkongsi keterujaan mereka, bekas hos 3R ini juga akan muncul dalam musim ke-14 ini mengikut kesesuaian.

“Memang akan ada slot-slot tertentu yang menyelitkan kami, pun begitu ia bergantung kepada apa dibincangkan.

“Lagipun, kami masing-masing sudah berpangkat ‘makcik’,” kata mereka sambil ketawa dan berharap kewujudan kembali 3R membuktikan program tersebut akan terus diminati.

Berbicara mengenai kewujudan semula 3R di zaman teknologi ini, Penerbit Eksekutif 3R, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, 3R tiada had waktunya dan ia tetap relevan meskipun zaman sudah berubah.

“Walaupun kaum wanita merupakan 50 peratus daripada populasi masyarakat Malaysia tetapi golongan ini masih tidak mendapat peluang yang sama rata dalam bidang politik, perniagaan mahupun akademik.

“Masih ada segelintir wanita Malaysia yang berasa kurang selamat walhal wanita peringkat global telah melangkah maju dan sentiasa yakin dalam menentukan hala tuju hidup dan mengejar cita-cita mereka,” katanya pada majlis pelancaran program itu di Sri Pentas, baru-baru ini.

Jelas Marina lagi, meskipun rancangan ini sudah lama menyepi namun baginya ia akan menjadi tumpuan para gadis dan remaja kerana kekurangan program sebegini dalam industri tempatan.

“Lagipun program ini akan membawa pelbagai isu sosial yang cenderung kepada permasalahan masa kini.

“Bagaimanapun, pendekatannya masih berbeza memandangkan jika dibandingkan dahulu dan kini, terdapat banyak perbezaan khususnya dari segi kewujudan teknologi yang moden dan canggih,” katanya.

Dalam pada itu, pihaknya turut menyediakan ruang di laman sosial bagi memudahkan penonton atau masyarakat berkongsi masalah atau sesuatu yang mereka ingin tahu.

“Ini adalah kesempatan bagi kami mendapat idea baru yang mana sekali gus dapat membantu mereka, sementelah kami juga perlu mengikut trend golongan masa kini,” ulasnya.

Mengulas lanjut mengenai penyiaran semula program ini, Penerbit Eksekutif Bersama 3R, Lina Tan berkata, sudah lama dia menunggu saat-saat ini.

“13 tahun adalah masa yang sangat lama, 3R sudah bersiaran sebanyak 13 episod dan kami nekad menyambungnya kerana yakin dengan program yang sangat dekat dengan masyarakat ini.

“Meskipun pelbagai program baru wujud namun ia tidak sama dengan 3R yang pernah melekat di hati penonton satu masa dahulu,” katanya.

Tambah Lina, 3R juga berevolusi dan menyediakan platform paling sesuai kepada golongan remaja dan muda terutamanya kaum wanita untuk bertukar pendapat tentang isu-isu yang dipaparkan supaya tidak berlakunya diskriminasi.

“3R sering membincangkan isu-isu yang berkait rapat dengan remaja dan wanita muda secara terbuka dan tanpa selindung yang mencabar piawaian penapisan TV di Malaysia.

“Dengan kemudahan akses teknologi maklumat pada zaman sekarang, semua orang lebih cenderung meluahkan pendapat dalam laman sosial.

“Justeru, wanita dan remaja adalah ejen perubahan dan 3R akan menyediakan ruang untuk mereka mencapai potensi mereka sambil mengambil berat tentang isu sosial dalam usaha mencipta sebuah masyarakat progresif yang akan meningkatkan taraf kehidupan rakyat Malaysia,” tegasnya dan memberitahu program 3R turut menampilkan kelainan dengan menyelitkan isu-isu mengenai lelaki.

Sementara itu, Lina menjelaskan, program pencarian hos baru itu diberikan nama Projek 3R yang mendapat kerjasama 3R Media selaku penerbit dan TV3.

“Projek 3R akan memaparkan pemilihan hos 3R pada setiap hari Sabtu jam 6 petang bermula 24 Ogos hingga 5 Oktober 2013.

“Ia bertujuan menghangatkan lagi musim terbaru 3R ini, yang mana mereka mestilah di kalangan wanita muda berumur antara 21 hingga 26 tahun,” katanya dan menjelaskan tidak dapat dinafikan bahawa personaliti menarik Azah, Rafidah, Yuen, Tini dan Celina telah menjadikan 3R sebuah jenama yang kukuh dalam hati penonton selama ini.

Mengulas mengenai perkara itu, akui Lina, mereka perlu mencari hos baru yang sama taraf atau lebih hebat dan bijak daripada bekas hos 3R.

“Hos baru yang bakal menyambung legasi 3R perlu mempunyai faktor X yang dicari,” katanya.

Bercerita tentang kriteria hos baru 3R, jelas Lina, pihaknya mahukan gadis yang mempunyai personaliti tersendiri.

“Mereka haruslah mempunyai pendirian, sentiasa melontarkan idea baru, mengambil berat dan peka tentang isu-isu sosial atau semasa.

“Lagipun, sebagai generasi muda yang bertanggungjawab dalam pembangunan masyarakat dan masa depan negara, mereka juga perlu berani menyahut cabaran, memperbaiki kelemahan diri dan berusaha ke arah yang lebih sempurna. Justeru, pencarian hos baru bukan sekadar rupa paras semata-mata,” katanya.

Sedikit mengenai musim terbaru program ini, ia akan bersiaran sebanyak 13 episod bermula 20 Oktober 2013, setiap hari Ahad jam 7.30 malam.

Manakala bagi mereka yang berminat menyertai pencarian hos 3R yang sedang rancak dijalankan sehingga Jun ini, bolehlah melayari laman sesawang rasmi, www.3r.com.my, dan ikuti perkembangan terkini 3R menerusi Facebook, Twitter, Instagram dan YouTube di bawah akaun nama 3R Malaysia.


No comments:

Post a Comment

~Apa2 Komen2 Anda Akan Di Baca, Akan Dilayan Mungkin juga Di KICK " Jadi Sendiri tanggung laa..

wangmaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...